Pagi ini, selepas solat Subuh, aku seperti biasa buka telefon sambil baring sekejap sebelum mula aktiviti harian. Tiba-tiba muncul satu video pendek dalam group Facebook KHI , sahabat-sahabat dari Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Kluang sedang membantu seorang penunggang motosikal yang mengalami masalah tayar.
Walaupun malam tadi aku tak bertugas di PKD, hati ini rasa bangga sangat tengok sahabat-sahabat aku tetap menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan keprihatinan.
Kadang-kadang kita ingat tugas anggota polis hanya soal rondaan, cegah jenayah atau tangkap penjenayah. Tapi sebenarnya, ada banyak momen kecil di sebalik uniform membantu warga emas lintas jalan, hantar orang awam yang terkandas, bahkan macam malam tadi, bantu betulkan tayar motor orang awam yang ditimpa kesusahan.
Mungkin kecil bagi sesetengah orang, tapi besar maknanya bagi yang dibantu.
Inilah nilai fardhu kifayah yang sahabat MPV pernah sebut sebelum ini. Menjadi polis bukan sekadar kerja tapi ia amanah. Dan bila kita lihat sahabat seperjuangan benar-benar faham makna itu, kita sendiri jadi termotivasi.
Syabas Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Kluang! Teruskan menyebar kebaikan, walau dalam diam.
Alhamdulillah, setiap pekerjaan tu mmg ada hikmahnya utk insan lain di sekeliling kita krn kerja kita mmg fardu kifayah
ReplyDeleteBetul, tak kisah bekerja dalam bidang apa pun ia tetap fardhu kifayah.
DeleteMaknanya tugas polis bukan sekadar meronda tapi membantu orang awam juga. Syabas polis yang membantu!
ReplyDeletebetul tu, meronda bagi mecegah jenayah berlaku dan membantu bagi mereka yang memerlukan
DeleteAlhamdulillah terbaik 👍🏻
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteSalute pdrm Kluang
ReplyDeleteTerima kasih 👍
DeleteMulti tasking... baguih la PDRM Kluang.
ReplyDeleteLuas betullah job scope nya tu.
Alhamdulillah...semoga usaha ini dapat membantu masyarakat
DeleteTahniah kpd anggota polis yg sedia berkhidmat membantu org awam yg dlm kesusahan. Hanya Allah yg dpt membalas jasa baik kalian. Comel blog ni jd sy follow ye. Keep up the good work!
ReplyDeleteterima kasih atas doa nya...terima kasih juga kerana follow blog ini.
DeleteTahniah kepada anggota polis yang selalu berkhidmat untuk masyarakat. Salam kenal dari Blog LeYa
ReplyDeletetahniah memikul amanah tugas penuh taggungjawab
ReplyDeleteterima kasih...
DeleteBetul... Pekerjaan polisi dan tentara ini sebenarnya banyak macam. Di sinipun mereka banyak membantu evakuasi semisal ada bencana alam di suatu tempat. Atau hal2 kecil lainnya. 👍👍
ReplyDeleteYa... Bukan hanya tertumpu kepada penjenayah sahaja... Yang mana memerlukan juga adalah tanggungjawab
DeleteInsyaallah…semoga Fiq juga dapat terus kekal cemerlang dengan amanah yang diberikan.
ReplyDeleteKalau boleh ammi cadangkan Fiq tukar setting blog (di Theme) kalau tak silap utk mobile view. Lebih seronok view di phone kalau guna mobile setting dari desktop setting
Amiinnn In shaa Allah moga-moga Taufik kekal bersemangat untuk bertugas.
DeleteOwhhh...ok jugak tu idea...sebab dah lama tak buat blog kan...terima kasih berikan idea.
Cenggini lah terbaik anggota.. masalah tayar pun boleh tlg.. mmg respect habis.. fardhu kifayah yg kecil tapi besar nilainya..
ReplyDeleteYa, kadang² mungkin orang pandai benda ni simple tapi boleh halang dari jadi nya sesuatu.
Deletehaaa..ini memang mantap...bab tayar pun boleh tolong...terbaik...
ReplyDeleteYa, itu yang penting nya petugas di lapangan.
Delete