Skip to main content

Panduan buat Laporan Polis jika Kehilangan Kad Pengenalan, Kad Bank & Dokumen Penting

Ramai orang bila kehilangan kad pengenalan, kad bank, lesen memandu atau dokumen penting lain, jadi panik dan tak pasti perlu buat apa dulu. Sebenarnya, buat laporan polis adalah langkah yang penting dan digalakkan, bukan semata-mata untuk kes jenayah, tapi sebagai rekod rasmi dan perlindungan diri.


Situasi Yang Biasa Berlaku

  1. Dompet tercicir di kedai makan.
  2. Kad pengenalan atau kad ATM terjatuh semasa isi minyak.
  3. Duit dan dokumen dilarikan penjenayah.
  4. Tersedar hilang lesen memandu semasa nak renew.

Apa Perlu Dibuat?

Langkah 1: Cuba Cari Dulu

Pastikan betul-betul dokumen tersebut hilang. periksa beg, kereta, rumah, pejabat. Kadang-kadang panik buat kita silap andaian.

Langkah 2: Terus ke Balai Polis Berdekatan

Maklumkan secara ringkas:

“Saya nak buat laporan kehilangan kad pengenalan / kad bank / lesen.”

Pegawai akan bantu catatkan butiran:

  • Nama penuh
  • Nombor kad pengenalan / lesen
  • Lokasi terakhir dipercayai hilang
  • Anggaran masa kejadian

Langkah 3: Simpan Salinan Laporan

Selepas laporan disahkan, simpan salinan untuk:

  • Tuntutan gantian di JPN, bank atau JPJ
  • Rujukan masa depan jika berlaku penyalahgunaan identiti

Nota Tambahan

  • Tiada tindakan siasatan lanjut biasanya untuk laporan kehilangan melainkan ada unsur jenayah (contohnya ragut).
  • Elakkan buat laporan palsu. Hukuman boleh dikenakan jika didapati menipu.

Kenapa Laporan Ini Penting?

  • Elak penyalahgunaan identiti – dokumen kita mungkin digunakan untuk perkara tidak sah.
  • Proses gantian lebih mudah bila ada laporan rasmi.
  • Rekod perlindungan undang-undang jika berlaku isu kemudian.

Di Sebalik Uniform

Kami di balai terima banyak laporan seperti ini setiap minggu.
Kadang-kadang pengadu datang dengan muka risau dan malu, takut kena marah sebab hilang barang sendiri.

Tapi kami faham benda boleh berlaku pada sesiapa saja.

Yang penting, ambil langkah bertanggungjawab dan jangan tunggu terlalu lama.
Kami bantu sebaik mungkin.



Comments

  1. salam kenal. mmg panic lah kalau hilang IC. lg2 bank card. mengelupur kejap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, lagi-lagi ada duit dalam bank... risau juga kalau di salahguna

      Delete
  2. terima kasih share tips, sungguh mmg panik bila kehilangan barang terpenting begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang nampak simple tapi benda-benda macam ni penting sangat.

      Delete
  3. Tiba2, nak renew roadtex, kaunter tanya lesen.. Dok cari dalam dompet takde.. Menggelupur jap.. Last pakai masa mengundi which is 3 bulan b4 tu... Aduhhh.. Cerita dulu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi 1 kalau lesen pulak kita renew tarikh nya lama sangat sampai lupa hihihihi....terjadi dgn sy juga

      Delete
  4. Kalau hilang dan ada yang ambil tu memang paling risau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sebab orang boleh guna data kita untuk buat jahat.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...