Soalan ni sangat popular. Malah, ada yang keliru sebab dengar-dengar daripada orang lain atau filem, “kena tunggu 24 jam dulu baru boleh buat report orang hilang.”
Jawapannya: TIDAK BENAR.
Tak Perlu Tunggu 24 Jam
Kalau ada tanda-tanda awal yang mencurigakan, keluar rumah tapi tak pulang, tak dapat dihubungi langsung, atau tinggalkan barangan penting seperti telefon/dompet, anda boleh terus ke balai polis untuk buat laporan SEGERA.
Semakin awal laporan dibuat, semakin cepat polis boleh bertindak.
Kenapa Ramai Salah Faham?
Filem, drama atau cakap-cakap orang lama sering gambarkan seolah-olah perlu tunggu sehari baru boleh lapor. Tapi realitinya, setiap minit itu penting terutama jika:
- Individu yang hilang adalah kanak-kanak, warga emas, atau orang kurang upaya.
- Ada sejarah kesihatan mental atau cubaan membunuh diri.
- Kali terakhir dilihat dalam keadaan mencurigakan atau bersama orang yang tidak dikenali.
Apa Perlu Dibawa Bila Nak Buat Laporan?
- Gambar terbaru individu yang hilang.
- Maklumat pakaian terakhir dipakai.
- Lokasi dan waktu terakhir dilihat.
- Nombor telefon, kenderaan (jika ada), dan maklumat berkaitan.
Apa Polis Akan Buat?
- Ambil maklumat lengkap dan masukkan dalam sistem e-Tracking.
- Sebar maklumat ke semua balai dan unit yang berkaitan.
- Aktifkan pencarian termasuk melalui rondaan, CCTV dan bantuan masyarakat.
Kes orang hilang bukan perkara kecil. Jangan tunggu-tunggu. Kalau rasa tak sedap hati, cepat bertindak.
#DiSebalikUniform
#OrangHilang
#JanganTunggu24Jam
#BuatLaporanSegera
Zaman sekarang nie, macam2 boleh jadi.. Risau betul
ReplyDeletebetul tu, kadang kadang budak zaman sekarang lain macam ...risau
DeleteHaaaa....selalu dengar macam tu kena tunggu 24 jam baru bleh report tapi fikir secara logik..kecemasan kan..x kan nak tunggu 24 jam baru nak report..camne polis nak bertindak..so dah ada jawapan sebenar so harap2 lepas ni semua berjalan dengan lancar
ReplyDeletekalau dulu dulu antara sebab nya mereka lari rumah sebab merajuk ka....jadi dalam tempoh 24 jam akan balik semula ke rumah...tapi tengok keadaan sekarang sudah lain
DeleteNow i only i know.sgt2 informatif ni.tq tuan
ReplyDeleteZaman sekarang sudah berbeza kes yang menyebabkan tidak dapat nak dielakkan menunggu 24 jam
DeleteSetiap minit tu sangat berharga. Kalau kena tunggu sampai 24 jam dan lambat bertindak, lagi lambat nak jumpa. Risau betul sekarang banyak kes orang hilang. Tambah lagi sedih kalau pengakhirannya tragis. Mintak dijauhkanlah perkara-perkara sebegini.
ReplyDeletebetul tu, setiap minit itu sangat berharga....
Deletesemakin cepat bertindak semakin cepat dapat elak indeks jenayah yang berlaku
good sharing.. tq!
ReplyDeleteterima kasih, sama sama ilmu kita kongsikan
DeleteTerima kasih untuk info berguna begini...nak kena educate balik orang buat drama/filem ni...
ReplyDeletebetul tu, mereka kena kaji semula skrip drama sebelum di buat. mungkin atas dasar mereka nak panjangkan lagi penceritaan.
DeleteTQ sharing pasal ni.. skrg Ana dah tawu tak perlu tggu 24 jam kalau kita rasa smthing wrong terus buat report
ReplyDeleteya betul tu, supaya pihak polis dapat bertindak dengan cepat
DeleteDalam masa 24jam tu macam macam benda boleh berlaku. Jadi eloklah pergi balai secepat mungkin. Tak payahlah nak tunggu 24jam. Hati dah tak tenang, perasaan pun dah risau sangat sangat dah time tu.
ReplyDeleteya betul tu, kalau merajuk tu lain laaa cerita kan....kalau mencurigakan sebaik nya datang ke balai
Deletehaaa betullah.. kat TV selalu citer kena tunggu 24 jam.. patut producer ke pengarah ke kena tegur sebab bagi maklumat yang salah.
ReplyDeletemungkin nak memanjangkan lagi jalan cerita
DeleteBaiklah. Maklumat diterima. Info yang bagus.
ReplyDeleteterima kasih.
DeleteSayangnya kalo di sini masih seperti itu bang ππ. Pernah ada case hilang , dilapor ke polisi, mereka minta tunggu pula. Akhirnya si pelapor buat pencarian dari IG. Di share dan forward. Tak tahulah aturan di sini .
ReplyDeleteLagi cepat maklumat sampai, makin cepat tindakan yang pihak polis boleh lakukan.
DeleteTerima kasih di atas maklumatnya. Sekarang ni ramai betul orang hilang. Kena extra berhati-hati
ReplyDeleteBetul tu, anak² merajuk pun sekarang banyak lari ikut boyfriend.
DeleteTahun lepas banyak kes kehilangan orang . Setiap bulan dengar kes orang kat sana sini hilang . Sampaikan CCL jadi berhati-hati tiap kali nak keluar rumah .. betul .. KPN ada umum sekarang kalau org yg disyaki hilang xperlu tunggu 24jam baru report polis . Ni lagi memudahkan operasi Mencari mangsa hilang
ReplyDeleteYa, sebab kita sudah terbiasa dengan filem.... Padahal ia kalau mencurigakan perlu buat dgn segera mungkin.
Delete