Skip to main content

Orang Hilang: Betul Ke Kena Tunggu 24 Jam Baru Boleh Buat Laporan?

Soalan ni sangat popular. Malah, ada yang keliru sebab dengar-dengar daripada orang lain atau filem, “kena tunggu 24 jam dulu baru boleh buat report orang hilang.”

Jawapannya: TIDAK BENAR.


Tak Perlu Tunggu 24 Jam

Kalau ada tanda-tanda awal yang mencurigakan, keluar rumah tapi tak pulang, tak dapat dihubungi langsung, atau tinggalkan barangan penting seperti telefon/dompet, anda boleh terus ke balai polis untuk buat laporan SEGERA.

Semakin awal laporan dibuat, semakin cepat polis boleh bertindak.


Kenapa Ramai Salah Faham?

Filem, drama atau cakap-cakap orang lama sering gambarkan seolah-olah perlu tunggu sehari baru boleh lapor. Tapi realitinya, setiap minit itu penting terutama jika:

  • Individu yang hilang adalah kanak-kanak, warga emas, atau orang kurang upaya.
  • Ada sejarah kesihatan mental atau cubaan membunuh diri.
  • Kali terakhir dilihat dalam keadaan mencurigakan atau bersama orang yang tidak dikenali.

Apa Perlu Dibawa Bila Nak Buat Laporan?

  1. Gambar terbaru individu yang hilang.
  2. Maklumat pakaian terakhir dipakai.
  3. Lokasi dan waktu terakhir dilihat.
  4. Nombor telefon, kenderaan (jika ada), dan maklumat berkaitan.

Apa Polis Akan Buat?

  • Ambil maklumat lengkap dan masukkan dalam sistem e-Tracking.
  • Sebar maklumat ke semua balai dan unit yang berkaitan.
  • Aktifkan pencarian termasuk melalui rondaan, CCTV dan bantuan masyarakat.

Kes orang hilang bukan perkara kecil. Jangan tunggu-tunggu. Kalau rasa tak sedap hati, cepat bertindak.


#DiSebalikUniform
#OrangHilang
#JanganTunggu24Jam
#BuatLaporanSegera

Comments

  1. Zaman sekarang nie, macam2 boleh jadi.. Risau betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kadang kadang budak zaman sekarang lain macam ...risau

      Delete
  2. Haaaa....selalu dengar macam tu kena tunggu 24 jam baru bleh report tapi fikir secara logik..kecemasan kan..x kan nak tunggu 24 jam baru nak report..camne polis nak bertindak..so dah ada jawapan sebenar so harap2 lepas ni semua berjalan dengan lancar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dulu dulu antara sebab nya mereka lari rumah sebab merajuk ka....jadi dalam tempoh 24 jam akan balik semula ke rumah...tapi tengok keadaan sekarang sudah lain

      Delete
  3. Now i only i know.sgt2 informatif ni.tq tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman sekarang sudah berbeza kes yang menyebabkan tidak dapat nak dielakkan menunggu 24 jam

      Delete
  4. Setiap minit tu sangat berharga. Kalau kena tunggu sampai 24 jam dan lambat bertindak, lagi lambat nak jumpa. Risau betul sekarang banyak kes orang hilang. Tambah lagi sedih kalau pengakhirannya tragis. Mintak dijauhkanlah perkara-perkara sebegini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, setiap minit itu sangat berharga....
      semakin cepat bertindak semakin cepat dapat elak indeks jenayah yang berlaku

      Delete
  5. Terima kasih untuk info berguna begini...nak kena educate balik orang buat drama/filem ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, mereka kena kaji semula skrip drama sebelum di buat. mungkin atas dasar mereka nak panjangkan lagi penceritaan.

      Delete
  6. TQ sharing pasal ni.. skrg Ana dah tawu tak perlu tggu 24 jam kalau kita rasa smthing wrong terus buat report

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu, supaya pihak polis dapat bertindak dengan cepat

      Delete
  7. Dalam masa 24jam tu macam macam benda boleh berlaku. Jadi eloklah pergi balai secepat mungkin. Tak payahlah nak tunggu 24jam. Hati dah tak tenang, perasaan pun dah risau sangat sangat dah time tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu, kalau merajuk tu lain laaa cerita kan....kalau mencurigakan sebaik nya datang ke balai

      Delete
  8. haaa betullah.. kat TV selalu citer kena tunggu 24 jam.. patut producer ke pengarah ke kena tegur sebab bagi maklumat yang salah.

    ReplyDelete
  9. Baiklah. Maklumat diterima. Info yang bagus.

    ReplyDelete
  10. Sayangnya kalo di sini masih seperti itu bang 😞😞. Pernah ada case hilang , dilapor ke polisi, mereka minta tunggu pula. Akhirnya si pelapor buat pencarian dari IG. Di share dan forward. Tak tahulah aturan di sini .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi cepat maklumat sampai, makin cepat tindakan yang pihak polis boleh lakukan.

      Delete
  11. Terima kasih di atas maklumatnya. Sekarang ni ramai betul orang hilang. Kena extra berhati-hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, anak² merajuk pun sekarang banyak lari ikut boyfriend.

      Delete
  12. Tahun lepas banyak kes kehilangan orang . Setiap bulan dengar kes orang kat sana sini hilang . Sampaikan CCL jadi berhati-hati tiap kali nak keluar rumah .. betul .. KPN ada umum sekarang kalau org yg disyaki hilang xperlu tunggu 24jam baru report polis . Ni lagi memudahkan operasi Mencari mangsa hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sebab kita sudah terbiasa dengan filem.... Padahal ia kalau mencurigakan perlu buat dgn segera mungkin.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...