Skip to main content

Mabuk Punca Gaduh di Tempat Kerja

Jam menunjukkan hampir 8.30 malam ketika satu panggilan masuk ke Pusat Kawalan Daerah (PKD). Kali ini, pemanggil seorang lelaki Cina nada suara jelas tegas, tapi terkawal.

“Polis, saya tokey kedai. Pekerja saya, Bangladesh… dia mabuk dan gaduh dengan saya. Boleh hantar polis mari tengok?”

Kami segera arahkan unit MPV dari lokasi rondaan berhampiran untuk ke lokasi kejadian. Tak lama kemudian, anggota melaporkan mereka sudah tiba dan sedang mengambil keterangan daripada pengadu.

Menurut tokey kedai itu, pekerjanya sebenarnya baik-baik sahaja jika tidak dalam keadaan mabuk. Tapi bila mabuk, sering timbul masalah dan sukar dikawal. Malam itu, katanya berlaku sedikit pertengkaran mulut, tapi tiada kecederaan atau kerosakan berlaku.

Anggota MPV memberikan nasihat dan menjelaskan pilihan sama ada untuk membuat laporan polis atau menyelesaikan secara dalaman. Setelah berbincang seketika, tokey tersebut memilih untuk tidak membuat laporan, sebaliknya menyatakan hasrat untuk menyelesaikan isu itu secara baik dengan pekerjanya keesokan hari.

Di Sebalik Uniform, beginilah sebahagian daripada cerita yang jarang diketahui umum. Bukan semua kes berakhir di balai, tapi setiap laporan tetap diberi perhatian. Kadang-kadang, kehadiran kami saja sudah cukup untuk meredakan keadaan.

Comments

  1. Aduhaiiiiii inilah masalah dunia. Kalau dah mabuk dari baik boleh lupa dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tidak menyusahkan orang takpe lagi kan ...

      Delete
  2. bila mabuk semua jadi x tnetu hala, malahan boleh jadi jenayah juga kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Kalau mabuk tak ganggu orang boleh maafkan lagi.
      Ini kalau menganggu kerja kan susah.

      Delete
  3. Masa mabuk emosi terganggu.
    Esoknya mungkin sudah berbaik-baik dan kerja macam biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tokey tu beritahu pun pekerja dia buat hal waktu mabuk je...

      Delete
  4. Sebab tu arak dilarang sekeras-kerasnya dalam Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, bagi mengelak kejadian contoh seperti ini...menyusahkan orang lain.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...