Skip to main content

Hari Pekerja, Kami Tetap Bertugas



1 Mei. Ramai yang anggap ini hari untuk berehat, bersama keluarga, bercuti, atau mungkin keluar makan-makan dengan kawan-kawan. Tapi bagi kami yang berseragam — ini cuma satu lagi hari dalam jadual bertugas. Tiada beza dengan hari-hari lain.


Aku bertugas di Pusat Kawalan Daerah (PKD), mula syif jam 8 pagi hingga 4 petang. Walaupun tertulis dalam kalendar sebagai Hari Pekerja, kami tetap duduk di tempat masing-masing, bersedia menjawab setiap panggilan yang masuk — dari talian kecemasan 999, panggilan dalaman unit, sehinggalah aduan daripada orang awam.


Sekitar jam 10 pagi, satu aduan masuk. Pengadu memaklumkan berlaku pergaduhan kecil di sebuah kawasan rumah pekerja warga asing — berpunca daripada bunyi televisyen yang terlalu kuat. Aku terus maklumkan kepada unit ronda untuk ke lokasi. Mujur keadaan dapat dikawal, tiada kecederaan, hanya salah faham kecil antara penyewa.


Hari itu berjalan seperti biasa, walaupun dalam suasana cuti umum. Beberapa panggilan berkaitan aduan bunyi bising, lalu lintas dan pertanyaan lokasi balai turut diterima. Ada juga satu dua panggilan main-main, tapi itu bukan perkara luar biasa bagi kami di PKD.


Tengah hari, perut mula rasa lapar. Tapi kami tak boleh tinggalkan pos. Jadi penyelesaiannya — Foodpanda. Aku buat pesanan nasi ayam, rakan sebelah pesan mee goreng. Bila makanan sampai, kami makan bergilir, pastikan talian PKD tak pernah sunyi tanpa orang menjawab.


Sambil makan, aku teringat, hari ni Hari Pekerja. Tapi dalam dunia kami, panggilan tak mengenal cuti. Kerja tetap jalan seperti biasa. Ini bukan keluhan, tapi realiti — yang hanya difahami oleh mereka yang berada dalam uniform.


Menjelang jam 4 petang, laporan dilengkapkan dan semua tugasan diserah kepada syif petang.


Itulah hakikatnya — di sebalik uniform ini, ada komitmen yang tak mengenal hari merah dalam kalendar.

Comments

  1. Alhamdulillah.. Kita dah selesai menghadap hari tu. Kerja 24/7...nak cuti pun kena plan bebetul.. Tgh cuti pun kena panggil mengadap..bertabah lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. nak cuti tu memang kena plan betul² ... Ada juga time off kena panggil.

      Delete
  2. SELAMAT HARI PEKERJA KESUMA BANGSA

    ReplyDelete
  3. Beberapa pekerjaan memang tak mengenal libur tanggal merah kan. Saluuut saya. Demi tugas, rela tetap bekerja dan menjaga keamanan negara 👍👍.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi kami, jika dapat melihat senyuman orang ramai cukup buat kami ringan beban seketika.

      Delete
  4. Warga hospital tiada cuti rehat. Kalau cuti habis le orang sakit sapa nak jaga. Selamat hari pekerja semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pesakit hari hari ada..... Kalau semua cuti pening kepala dibuat nya

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...