Skip to main content

Bowling, Bekal & Barang Comel

Petang tadi, lebih kurang jam 5 petang, aku ambil keputusan untuk keluar jalan-jalan. Hari ini tiada mesyuarat, dan rasa rugi pula kalau duduk saja di rumah. Kebetulan pula isteri tengah cuti, jadi kami rancang nak keluar “dating”.

Tapi biasalah… mula-mula semangat nak keluar, tapi tak tahu pula nak ke mana. Last-last aku ajak isteri main bowling. Hari tu masa geng BKDNKA main ramai-ramai, aku seorang saja pergi sebab isteri tak dapat join, dia kena kerja masa tu.

Jadi hari ini, bila ada masa terluang sama-sama, kami ambil peluang itu sebaiknya.

Sebelum ke Sunway Kluang Mall, kami singgah dulu di kedai dessert, beli sikit buat bekal. Hihihi… bukan nak berjimat sangat, tapi nak ada manis-manis pengikat selera sebelum layan baling bola.

Isteri Taufik memang pemalu orang nya


Sampai saja di pusat bowling Sunway Kluang Mall, kami tempah lorong dan mula bermain. Kami bukan hebat sangat pun main bowling, tapi yang penting pengalaman, ketawa, dan rasa seronok tu tak ternilai.

Lepas main bowling, kami pun pusing-pusing dalam Sunway Kluang Mall. Dah lama rasanya tak betul-betul jalan-jalan dalam mall tu. Tiba-tiba kami terjumpa satu kedai barang permainan dan aksesori comel. Macam-macam ada, dari figura kecil sampai ke barangan kraf. Boleh jadi ‘perangkap’ kalau lama-lama singgah, sebab semuanya nampak comel dan menggoda poket!






Inilah sisi kecil yang ramai tak nampak…

Di sebalik uniform, di sebalik tugas malam, panggilan kecemasan, dan rondaan tak tentu masa, kami juga manusia biasa. Ada kehidupan. Ada rasa penat. Ada perlunya untuk senyum, ketawa dan rehat seketika dari dunia seragam biru.

Kadang-kadang, detik kecil macam ni cukup untuk redakan tekanan kerja dan kuatkan hubungan. Alhamdulillah.


Comments

  1. kami kalau ada masa nak berdating, memang akan tuju ke panggung wayang dulu...baru boleh tenang2 menonton tanpa anak2..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kena dengan tajuk movie jadi ni hehehehe....

      Delete
  2. comelnya bidadari hati. Walaupun seketika momen yang manis gitu

    ReplyDelete
  3. aishhhh... yang sebelah tu lagi comel 🥰

    ReplyDelete
  4. Main bowling tuh memang asyik, walaupun tak pandai main juga, tapi seru saja kalo bisa mengalahkan suami 😄.

    Betuuul bang, tempat seperti itu memang buat kalap mata. Biasanya tak rencana beli, jadi terbeli 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isteri saya kalahkan saya 2 mata ke depan huhu..
      Kalau nak singgah lama lama pastikan poket penuh hahaha

      Delete
  5. disebalik wajah polis serius 24jam ada pasangan yg berwajah comel.
    (eh macam nak cakap diri sendiri je ni, leh la... kasi can). tuan asben jom dating!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu laaa kawan-kawan wife selalu cakap..muka memang tka pernah nak nampak senyum...manjang serius je...hihihihi

      Delete
  6. Mesti isteri selalu menunggu nak dating. Alhamdulillah semoga sentiasa diberikan waktu bersama selalu amin...

    ReplyDelete
  7. SA kalau dating, kalau x berdua selalunya bertiga...nak plak 3 bulan ni anak dara tu ada kat rumah cuti semester..x leh la tinggalkan dia...kalau dia balik kolej semula nanti baru la merasa dating berdua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.... Kena tunggu anak balik kolej laaaa baru betul² setting balik hihi

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...