Petang tadi, lebih kurang jam 5 petang, aku ambil keputusan untuk keluar jalan-jalan. Hari ini tiada mesyuarat, dan rasa rugi pula kalau duduk saja di rumah. Kebetulan pula isteri tengah cuti, jadi kami rancang nak keluar “dating”.
Tapi biasalah… mula-mula semangat nak keluar, tapi tak tahu pula nak ke mana. Last-last aku ajak isteri main bowling. Hari tu masa geng BKDNKA main ramai-ramai, aku seorang saja pergi sebab isteri tak dapat join, dia kena kerja masa tu.
Jadi hari ini, bila ada masa terluang sama-sama, kami ambil peluang itu sebaiknya.
Sebelum ke Sunway Kluang Mall, kami singgah dulu di kedai dessert, beli sikit buat bekal. Hihihi… bukan nak berjimat sangat, tapi nak ada manis-manis pengikat selera sebelum layan baling bola.
Isteri Taufik memang pemalu orang nya
Sampai saja di pusat bowling Sunway Kluang Mall, kami tempah lorong dan mula bermain. Kami bukan hebat sangat pun main bowling, tapi yang penting pengalaman, ketawa, dan rasa seronok tu tak ternilai.
Lepas main bowling, kami pun pusing-pusing dalam Sunway Kluang Mall. Dah lama rasanya tak betul-betul jalan-jalan dalam mall tu. Tiba-tiba kami terjumpa satu kedai barang permainan dan aksesori comel. Macam-macam ada, dari figura kecil sampai ke barangan kraf. Boleh jadi ‘perangkap’ kalau lama-lama singgah, sebab semuanya nampak comel dan menggoda poket!
Inilah sisi kecil yang ramai tak nampak…
Di sebalik uniform, di sebalik tugas malam, panggilan kecemasan, dan rondaan tak tentu masa, kami juga manusia biasa. Ada kehidupan. Ada rasa penat. Ada perlunya untuk senyum, ketawa dan rehat seketika dari dunia seragam biru.
Kadang-kadang, detik kecil macam ni cukup untuk redakan tekanan kerja dan kuatkan hubungan. Alhamdulillah.
kami kalau ada masa nak berdating, memang akan tuju ke panggung wayang dulu...baru boleh tenang2 menonton tanpa anak2..kikiki
ReplyDeleteKalau kena dengan tajuk movie jadi ni hehehehe....
Deletecomelnya bidadari hati. Walaupun seketika momen yang manis gitu
ReplyDeleteTerima kasih, Alhamdulillah
Deleteaishhhh... yang sebelah tu lagi comel 🥰
ReplyDeleteorang ingat kami ni adik beradik...hihihihi
DeleteMain bowling tuh memang asyik, walaupun tak pandai main juga, tapi seru saja kalo bisa mengalahkan suami 😄.
ReplyDeleteBetuuul bang, tempat seperti itu memang buat kalap mata. Biasanya tak rencana beli, jadi terbeli ðŸ¤
Isteri saya kalahkan saya 2 mata ke depan huhu..
DeleteKalau nak singgah lama lama pastikan poket penuh hahaha
disebalik wajah polis serius 24jam ada pasangan yg berwajah comel.
ReplyDelete(eh macam nak cakap diri sendiri je ni, leh la... kasi can). tuan asben jom dating!
itu laaa kawan-kawan wife selalu cakap..muka memang tka pernah nak nampak senyum...manjang serius je...hihihihi
DeleteMesti isteri selalu menunggu nak dating. Alhamdulillah semoga sentiasa diberikan waktu bersama selalu amin...
ReplyDeleteMemang pun, manjang jarang kat rumah...
DeleteSA kalau dating, kalau x berdua selalunya bertiga...nak plak 3 bulan ni anak dara tu ada kat rumah cuti semester..x leh la tinggalkan dia...kalau dia balik kolej semula nanti baru la merasa dating berdua...
ReplyDeleteHihihi.... Kena tunggu anak balik kolej laaaa baru betul² setting balik hihi
Delete