Skip to main content

Bila Cuti Dibekukan: Masih Ada Budi Bicara?

Terima kasih kepada sahabat Blogger Sueann atas komen pada entry yang lepas. 


Topik kali ni mungkin menarik perhatian warga beruniform yang dah biasa sangat dengan situasi cuti dibekukan secara mengejut. Tengah syok plan nak balik kampung, dah mohon cuti siap-siap sebulan awal, tiba-tiba keluar arahan rasmi: “Semua cuti dibekukan sehingga notis berikut.”

Masa tu, soalan pertama yang muncul dalam kepala:
“Habis tu cuti aku macam mana?”


Kenapa Cuti Dibekukan?

Biasanya, cuti dibekukan bila ada perkara besar memerlukan semua kekuatan anggota — contohnya:

  • Pilihan Raya
  • Banjir dan bencana alam
  • Lawatan kenamaan atau YDPA
  • Ancaman keselamatan awam

Waktu macam ni, seluruh organisasi perlu bersedia sepenuhnya. Tapi... macam mana dengan mereka yang dah rancang awal, atau ada urusan keluarga yang tak boleh dielak?


Masih Ada Budi Bicara

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, ya, masih ada ruang budi bicara, tapi ia bergantung pada beberapa faktor:

  1. Tarikh permohonan cuti: Kalau dah mohon sebulan dua awal, peluang dipertimbangkan lebih cerah.
  2. Tujuan cuti: Contoh kalau isteri nak bersalin, urusan perkahwinan adik, atau ada ahli keluarga masuk hospital.
  3. Kekuatan unit: Kalau unit masih ada anggota yang cukup untuk cover tugasan, ada ruang kelonggaran.
  4. Bukti sokongan: Kalau ada surat, kad jemputan atau dokumen rasmi, lebih mudah pihak atasan nak nilai.

Apa Yang Perlu Buat?

Kalau anda dalam situasi ni, jangan terus putus asa. Cuba:

  • Hubungi penyelia atau ketua unit
  • Maklumkan secara rasmi sebab cuti
  • Sediakan bukti sokongan jika perlu
  • Bersedia jika diarahkan tukar tarikh cuti

Kesimpulan

Arahan pembekuan cuti bukan bermaksud semua orang kena batalkan cuti tanpa kompromi. Setiap kes ada pertimbangan. Kita sendiri tahu, sebagai manusia biasa, ada urusan peribadi yang kadang tak boleh dielakkan. Tapi dalam masa yang sama, kita juga faham tuntutan tugas sebagai anggota keselamatan.

Akhir kata, bila dah pakai uniform ni, kesetiaan dan pengorbanan memang sebahagian dari rutin. Tapi jangan lupa, komunikasi yang baik dengan penyelia kadang-kadang boleh beri kita ruang untuk selesaikan hal keluarga juga.


#DiSebalikUniform
#PolisDanPengorbanan
#CutiDibekukanTapiBerbudiBicara

Comments

  1. Alhamdulillah ada budi bicara... Kadang terfikir juga, kesiannya anggota keselamatan kalau tak dapat cuti

    ReplyDelete
  2. Ok.. jadi paham. Intinya, dilihat juga dari seberapa penting dan kritikal tujuan cuti yg terlanjur diminta kan. Saya yakin atasan pun pasti ada pertimbangan juga untuk mengizinkan anggotanya ttp cuti saat itu.

    Tapi sebagai polisi yg memang tugasnya membela negara , saya yakin sudah mengerti resiko bila mereka bekerja di bidang ini. Setiap saat wajib mengutamakan tugas. Dan seharusnya keluarga atau spouse mereka juga sudah tahu resiko menikah dengan polisi atau tentara.

    Mungkin Krn itu juga teman saya yg suaminya polisi, lebih suka traveling sendiri, sebab susah menunggu izin suaminya bisa pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, ahli keluarga seorang polis memang akan travel sendiri kerana kekangan waktu tidak dapat bersama.

      Delete
  3. Yang penting kena inform jujur, pernah dengar tuan asben marah anggota sebab main cuti begitu saja, syeram ye kena marah dengan dia, pedih je rasa ayat2nya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, yang penting kena jujur dengan atasan sebab apa berrcuti untuk mereka menapis dan mengatur waktu bertugas....

      nada tegas itu memang auto ketika menjadi seroang penyelia

      Delete
  4. Selalu incas org last cuti, tup tup.. Tang dia tak dapat cuti.. Yang kat rumah mula lah nak geram... Hahaha...

    ReplyDelete
  5. Nasib baik kita orang bukan klinikal kalau tak emmm kena bersabor le kalau nama naik

    ReplyDelete
  6. betul.. ada je yg bergantung budi bicara bos & kepentingan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau benar benar kecemasan dan keperluan mendesak.... kita terus terang je...

      Delete
  7. Ada budi bicaranya....saya ingatkan kuasa veto. Alhamdulilah.....tapi ya memang manusia ni macam2 la urusannya. Ada kecemasan dan sewaktu dengannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, masih ada budi bicara....kalau tiada kepentingan yang mendesak sebaiknya utamakan tugas

      Delete
  8. Incase kan kalau dh mohon cuti awal² , untuk pergi travel luar negara. Tiket flight semua dh beli . Incase permohonan cuti tu ditarik balik tnp budi bicara, so segala tiket flight auto burn ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada keperluan.... Tapi kalau kita berbincang baik baik mungkin akan dipertimbangkan.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...