Terima kasih kepada sahabat Blogger Sueann atas komen pada entry yang lepas.
Topik kali ni mungkin menarik perhatian warga beruniform yang dah biasa sangat dengan situasi cuti dibekukan secara mengejut. Tengah syok plan nak balik kampung, dah mohon cuti siap-siap sebulan awal, tiba-tiba keluar arahan rasmi: “Semua cuti dibekukan sehingga notis berikut.”
Masa tu, soalan pertama yang muncul dalam kepala:
“Habis tu cuti aku macam mana?”
Kenapa Cuti Dibekukan?
Biasanya, cuti dibekukan bila ada perkara besar memerlukan semua kekuatan anggota — contohnya:
- Pilihan Raya
- Banjir dan bencana alam
- Lawatan kenamaan atau YDPA
- Ancaman keselamatan awam
Waktu macam ni, seluruh organisasi perlu bersedia sepenuhnya. Tapi... macam mana dengan mereka yang dah rancang awal, atau ada urusan keluarga yang tak boleh dielak?
Masih Ada Budi Bicara
Berdasarkan pengalaman aku sendiri, ya, masih ada ruang budi bicara, tapi ia bergantung pada beberapa faktor:
- Tarikh permohonan cuti: Kalau dah mohon sebulan dua awal, peluang dipertimbangkan lebih cerah.
- Tujuan cuti: Contoh kalau isteri nak bersalin, urusan perkahwinan adik, atau ada ahli keluarga masuk hospital.
- Kekuatan unit: Kalau unit masih ada anggota yang cukup untuk cover tugasan, ada ruang kelonggaran.
- Bukti sokongan: Kalau ada surat, kad jemputan atau dokumen rasmi, lebih mudah pihak atasan nak nilai.
Apa Yang Perlu Buat?
Kalau anda dalam situasi ni, jangan terus putus asa. Cuba:
- Hubungi penyelia atau ketua unit
- Maklumkan secara rasmi sebab cuti
- Sediakan bukti sokongan jika perlu
- Bersedia jika diarahkan tukar tarikh cuti
Kesimpulan
Arahan pembekuan cuti bukan bermaksud semua orang kena batalkan cuti tanpa kompromi. Setiap kes ada pertimbangan. Kita sendiri tahu, sebagai manusia biasa, ada urusan peribadi yang kadang tak boleh dielakkan. Tapi dalam masa yang sama, kita juga faham tuntutan tugas sebagai anggota keselamatan.
Akhir kata, bila dah pakai uniform ni, kesetiaan dan pengorbanan memang sebahagian dari rutin. Tapi jangan lupa, komunikasi yang baik dengan penyelia kadang-kadang boleh beri kita ruang untuk selesaikan hal keluarga juga.
#DiSebalikUniform
#PolisDanPengorbanan
#CutiDibekukanTapiBerbudiBicara
Alhamdulillah ada budi bicara... Kadang terfikir juga, kesiannya anggota keselamatan kalau tak dapat cuti
ReplyDeleteAlhamdulillah beri pada yang sangat mendesak
DeleteSemoga ada jalan keluar.
ReplyDeleteAmiiin...terima kasih.
DeleteOk.. jadi paham. Intinya, dilihat juga dari seberapa penting dan kritikal tujuan cuti yg terlanjur diminta kan. Saya yakin atasan pun pasti ada pertimbangan juga untuk mengizinkan anggotanya ttp cuti saat itu.
ReplyDeleteTapi sebagai polisi yg memang tugasnya membela negara , saya yakin sudah mengerti resiko bila mereka bekerja di bidang ini. Setiap saat wajib mengutamakan tugas. Dan seharusnya keluarga atau spouse mereka juga sudah tahu resiko menikah dengan polisi atau tentara.
Mungkin Krn itu juga teman saya yg suaminya polisi, lebih suka traveling sendiri, sebab susah menunggu izin suaminya bisa pergi
betul tu, ahli keluarga seorang polis memang akan travel sendiri kerana kekangan waktu tidak dapat bersama.
DeleteYang penting kena inform jujur, pernah dengar tuan asben marah anggota sebab main cuti begitu saja, syeram ye kena marah dengan dia, pedih je rasa ayat2nya tu.
ReplyDeletebetul tu, yang penting kena jujur dengan atasan sebab apa berrcuti untuk mereka menapis dan mengatur waktu bertugas....
Deletenada tegas itu memang auto ketika menjadi seroang penyelia
Selalu incas org last cuti, tup tup.. Tang dia tak dapat cuti.. Yang kat rumah mula lah nak geram... Hahaha...
ReplyDeleteNasib baik kita orang bukan klinikal kalau tak emmm kena bersabor le kalau nama naik
ReplyDeleteitu suatu ujian juga tu huhuhuhu
Deletebetul.. ada je yg bergantung budi bicara bos & kepentingan
ReplyDeletekalau benar benar kecemasan dan keperluan mendesak.... kita terus terang je...
DeleteAda budi bicaranya....saya ingatkan kuasa veto. Alhamdulilah.....tapi ya memang manusia ni macam2 la urusannya. Ada kecemasan dan sewaktu dengannya....
ReplyDeletebetul, masih ada budi bicara....kalau tiada kepentingan yang mendesak sebaiknya utamakan tugas
DeleteIncase kan kalau dh mohon cuti awal² , untuk pergi travel luar negara. Tiket flight semua dh beli . Incase permohonan cuti tu ditarik balik tnp budi bicara, so segala tiket flight auto burn ??
ReplyDeleteBergantung kepada keperluan.... Tapi kalau kita berbincang baik baik mungkin akan dipertimbangkan.
Delete