Waktu tugas malam ni, 12 malam hingga 8 pagi. Aku bertugas bersama ‘adik bongsu’ dalam keluarga Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (BKDNKA).
(Abaikan kotak makanan tu hihihi)
Namun sekitar jam lebih kurang 12.20 pagi, kami terima satu panggilan dari seorang wanita Cina yang nampaknya agak tertekan.
Dia maklumkan bahawa anak jiran sebelah rumah buat bising, ketuk dinding dan main pintu, sampai dia tak dapat tidur. Bila ditegur, dia pula kena marah. Jiran yang dimaksudkan tu keluarga India yang baru berpindah ke situ dua bulan lepas.
Aku arahkan anggota MPV ke lokasi untuk buat pemantauan. Sampai di tempat kejadian, anggota ambil keterangan kedua-dua pihak.
Apa yang jadi agak mengejutkan. Jiran pengadu tak puas hati dan ugut nak upah peguam untuk kenakan semula pengadu. Anggota dah beri nasihat, terangkan risiko tindakan yang terburu-buru dan pentingnya selesaikan hal secara baik. Tapi jiran tetap tak puas hati.
Akhirnya, anggota maklumkan jika isu masih berlarutan, buatlah laporan di balai polis. Selesai urusan, mereka sambung semula rondaan malam seperti biasa.
Kadang-kadang dalam hidup berjiran, sikit sabar dan minta maaf boleh selesaikan banyak perkara.
Di sebalik uniform, kami bukan hanya selesaikan jenayah… kami juga tangani perasaan manusia.
Mencabar tugasnya, tengah malam pula tu.
ReplyDeleteItulah pentingnya kita semua belajar menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Hal jiran pun boleh cetuskan isu ye.
Selamat menjalankan tugas.
Betul, kena handle dengan sebaik mungkin. perlu ada sikap bertanggungjawab apabila melakukan kesilapan walaupun kecil...
DeleteApabila pergaduhan melibatkan lain² bangsa akan timbul isu perkauman
Mungkin pengadu dah lama xde jiran yang ada anak..Jadi dia rasa tertekan bila dgr bunyi bising...
ReplyDeleteHarap kedua dua belah pihak dapat selesaikan dengan cara baik
DeleteDulu saya ada jiran yang toxic. siang hari tidur malam-malam buat kerja repair kereta. Tak ke bengang jiran sekeliling yang ada anak kecil. Fikir diri sendiri je. Nasib baik dah pindah dengan tinggalkan tunggakan bil air pada tuan rumah. Sian tuan rumah terpaksa bayar untuk kegunaan anaknya yang nak pindah masuk
ReplyDeleterumah kediaman dijadikan sebagai bengkel kereta adalah suatu kesalahan.
Deletejiran suka membising ni mmg masalah mengganggu kedamaian n stres
ReplyDeleteperkara macam memang selalu berlaku
DeleteChallenging juga kalo ketemu case yg seperti ini ya bang. Sama2 tak mau mengalah ๐ ๐ . Memang hrs pandai untuk membujuk mereka agar mau selesaikan baik2. Upah lawyer utk masalah begini, pastilah wasting time dan Wasting money juga
ReplyDeleteMemang kena banyak bersabar bila jumpa kes macam ni....kalau masing masing memang tak nak mengalah....haaa pandai² laa mereka settle dgn mahkamah...
DeleteAdik bongsu tu kalau orang datang buat laporan mesti nak berlama²๐
ReplyDeleteSusah juga kalau duduk berjiran tapi buat hal camtu. Kalau tak hiraukan satu sama lain ok lagi Bila dah bergaduh sampai jadi kes susah juga sebab tinggal pun sebelah menyebelah je.
Hihihi awal² dulu masa terima panggilan memang lama nak faham...alhamdulillah da berbulan semakin cekap hihi
DeleteItu laaa, bila da bergaduh nak minta tolong pun segan
Sikit2 nak lawyer ye…ingat 30sen ke harga nak saman menyaman ni?
ReplyDeleteitu laaa, benda boleh minta maaf je freee...nak jugak ikut keras kepala...
DeleteYg kata nak amik lawyer bagai ni .. aduhh.. nama pun jiran akan hidup bersama lama bertahun tahun lamanya.. kalau blh settle cara baik maka pilih la jalan tu.. apa guna kalau berjiran tapi bermusuhan.. habis tak tenang nanti .
ReplyDeleteBetul.... Benda boleh minta maaf ..percuma lagi... Lagi mau pilih jalan susah.
DeleteBerurusan dengan manusia yang pelbagai ragam perlukan kesabaran yang tinggi
ReplyDeleteBetul, kami ni pun kalau dapat perangai mcm tu.. tahap sabar kena tinggi.
DeleteEgo pun jadi penyebab utama kan..sorang xde rasa hormat..sorang lagi x boleh tahan terus nak saman...kaya benau agaknya...
ReplyDeleteDia ingt upah peguam macam beli pisang goreng tepi jalan.
Delete