Skip to main content

Anak Bising, Jiran Mengamuk, Ditegur pun kena marah balik

Waktu tugas malam ni, 12 malam hingga 8 pagi. Aku bertugas bersama ‘adik bongsu’ dalam keluarga Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (BKDNKA).

Ingat nak selfie sorang sorang

Payung sekali adik bongsu

(Abaikan kotak makanan tu hihihi)


Namun sekitar jam lebih kurang 12.20 pagi, kami terima satu panggilan dari seorang wanita Cina yang nampaknya agak tertekan.

Dia maklumkan bahawa anak jiran sebelah rumah buat bising, ketuk dinding dan main pintu, sampai dia tak dapat tidur. Bila ditegur, dia pula kena marah. Jiran yang dimaksudkan tu keluarga India yang baru berpindah ke situ dua bulan lepas.

Aku arahkan anggota MPV ke lokasi untuk buat pemantauan. Sampai di tempat kejadian, anggota ambil keterangan kedua-dua pihak.

Apa yang jadi agak mengejutkan. Jiran pengadu tak puas hati dan ugut nak upah peguam untuk kenakan semula pengadu. Anggota dah beri nasihat, terangkan risiko tindakan yang terburu-buru dan pentingnya selesaikan hal secara baik. Tapi jiran tetap tak puas hati.

Akhirnya, anggota maklumkan jika isu masih berlarutan, buatlah laporan di balai polis. Selesai urusan, mereka sambung semula rondaan malam seperti biasa.

Kadang-kadang dalam hidup berjiran, sikit sabar dan minta maaf boleh selesaikan banyak perkara.

Di sebalik uniform, kami bukan hanya selesaikan jenayah… kami juga tangani perasaan manusia.


Comments

  1. Mencabar tugasnya, tengah malam pula tu.
    Itulah pentingnya kita semua belajar menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Hal jiran pun boleh cetuskan isu ye.
    Selamat menjalankan tugas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kena handle dengan sebaik mungkin. perlu ada sikap bertanggungjawab apabila melakukan kesilapan walaupun kecil...
      Apabila pergaduhan melibatkan lain² bangsa akan timbul isu perkauman

      Delete
  2. Mungkin pengadu dah lama xde jiran yang ada anak..Jadi dia rasa tertekan bila dgr bunyi bising...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap kedua dua belah pihak dapat selesaikan dengan cara baik

      Delete
  3. Dulu saya ada jiran yang toxic. siang hari tidur malam-malam buat kerja repair kereta. Tak ke bengang jiran sekeliling yang ada anak kecil. Fikir diri sendiri je. Nasib baik dah pindah dengan tinggalkan tunggakan bil air pada tuan rumah. Sian tuan rumah terpaksa bayar untuk kegunaan anaknya yang nak pindah masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah kediaman dijadikan sebagai bengkel kereta adalah suatu kesalahan.

      Delete
  4. jiran suka membising ni mmg masalah mengganggu kedamaian n stres

    ReplyDelete
  5. Challenging juga kalo ketemu case yg seperti ini ya bang. Sama2 tak mau mengalah ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. Memang hrs pandai untuk membujuk mereka agar mau selesaikan baik2. Upah lawyer utk masalah begini, pastilah wasting time dan Wasting money juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena banyak bersabar bila jumpa kes macam ni....kalau masing masing memang tak nak mengalah....haaa pandai² laa mereka settle dgn mahkamah...

      Delete
  6. Adik bongsu tu kalau orang datang buat laporan mesti nak berlama²๐Ÿ˜†
    Susah juga kalau duduk berjiran tapi buat hal camtu. Kalau tak hiraukan satu sama lain ok lagi Bila dah bergaduh sampai jadi kes susah juga sebab tinggal pun sebelah menyebelah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi awal² dulu masa terima panggilan memang lama nak faham...alhamdulillah da berbulan semakin cekap hihi

      Itu laaa, bila da bergaduh nak minta tolong pun segan

      Delete
  7. Sikit2 nak lawyer ye…ingat 30sen ke harga nak saman menyaman ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu laaa, benda boleh minta maaf je freee...nak jugak ikut keras kepala...

      Delete
  8. Yg kata nak amik lawyer bagai ni .. aduhh.. nama pun jiran akan hidup bersama lama bertahun tahun lamanya.. kalau blh settle cara baik maka pilih la jalan tu.. apa guna kalau berjiran tapi bermusuhan.. habis tak tenang nanti .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.... Benda boleh minta maaf ..percuma lagi... Lagi mau pilih jalan susah.

      Delete
  9. Berurusan dengan manusia yang pelbagai ragam perlukan kesabaran yang tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kami ni pun kalau dapat perangai mcm tu.. tahap sabar kena tinggi.

      Delete
  10. Ego pun jadi penyebab utama kan..sorang xde rasa hormat..sorang lagi x boleh tahan terus nak saman...kaya benau agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ingt upah peguam macam beli pisang goreng tepi jalan.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...