Pada 18 Disember yang lalu, Taufik dan isteri menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke-5. Alhamdulillah, lima tahun bukan satu tempoh yang singkat. Banyak fasa telah kami lalui bersama, daripada awal perkahwinan yang penuh penyesuaian, sehinggalah hari ini yang lebih matang dalam memahami dan menyokong antara satu sama lain.
Tahun ini kami memilih untuk menyambutnya secara sederhana sahaja. Tidak perlu perancangan besar, cukuplah sekadar meluangkan masa bersama. Pada jam lebih kurang 2 petang, kami singgah di Railway Coffee di Bandar Seri Impian, kawasan berhampiran dengan kediaman kami. Suasananya santai dan selesa. Isteri Taufik memesan air coklat bersama roti bakar, manakala Taufik pula memilih kopi dan wafer. Sambil menikmati minuman, kami berbual ringan dan menikmati suasana petang yang tenang. Cuma satu yang kelakar, kami terlupa untuk ambil gambar sebagai kenangan, mungkin sebab terlalu menikmati masa itu tanpa sibuk dengan telefon.
Selepas itu, kami pusing-pusing sekitar bandar Kluang. Sepanjang hampir sembilan tahun Taufik menetap di sini, baru perasan kewujudan Rumah Seni, sebuah tempat bergambar dengan lukisan 3D. Jadi kami pun singgah untuk ambil gambar puas-puas. Banyak lukisan kreatif yang menarik dan sesuai untuk kenangan bersama. Rasa tak perlu pun keluar jauh dari Kluang semata-mata untuk cari tempat bergambar.
Pada waktu malam pula, kami singgah makan di sebuah Cafe Kluang yang terletak berhampiran SK Tunku Mahmood 1. Selepas selesai makan dan berehat seketika, kami pun pulang ke rumah.
Walaupun sambutan ulang tahun kali ini sederhana, ia tetap bermakna. Kadang-kadang, momen paling indah bukan pada tempat yang mewah, tetapi pada kebersamaan dan kesederhanaan yang kita nikmati bersama.


.jpg)

.jpg)

.jpg)


.jpg)



.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Tahniahnyer
ReplyDeleteEppi annibersari
Happy anniversary, moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
ReplyDeleteSeronoknya jalan² dating..happy anniversary untuk Taufik dan isteri..moga yang baik² saja
ReplyDelete