Soalan yang menarik dan agak “panas” juga: Adakah polis lain kenal siapa anggota risikan yang selalu buat kerja-kerja penyamaran ni? Atau mereka ni beroperasi secara total rahsia?
Jawapan jujur: Ya dan tidak. Jom Taufik kupas satu-persatu.
Dalam PDRM, ada beberapa unit yang ditugaskan buat kerja risikan atau penyamaran:
- JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) – Bahagian D7 (Anti Maksiat, Perjudian, Kongsi Gelap).
- Narkotik – Risikan terhadap pengedar, penagih dan rangkaian dadah.
- CTU (Counter Terrorism Unit) – Biasanya rahsia sangat.
- SB (Special Branch / Cawangan Khas) – Ni paling “senyap”, risikan terhadap keselamatan negara, politik, dan elemen subversif.
Mereka Ni Sesama Polis Kenal Ke?
✅ Kenal Bila:
- Satu daerah / balai yang sama. Kadang-kadang bila bertugas bersama, atau dah lama dalam pasukan, ada juga kenal.
- Pernah kerja sama dalam operasi besar.
- Peringkat atasan (pegawai penyelia, OCPD) – Memang tahu siapa yang buat kerja risikan dan untuk apa.
❌ Tak Kenal Bila:
- Tugas mereka sangat tertutup (covert ops). Sesetengah anggota SB atau CTU takkan perkenalkan diri pun, dan tak masuk dalam sistem biasa.
- Berpakaian awam dan guna identiti lain. Kalau buat penyamaran, identiti sebenar disorok, termasuk nama, unit dan pangkat.
- Pindah tempat / daerah. Kalau anggota risikan dari luar kawasan, memang polis tempatan takkan kenal langsung.
Tujuan utama penyamaran & risikan:
Dapatkan maklumat tanpa dikesan.
Kalau semua polis kenal siapa anggota risikan:
- Sasaran akan berjaga-jaga.
- Operasi gagal.
- Nyawa anggota penyamaran pun boleh dalam bahaya.
Contohnya:
Seorang anggota risikan menyamar sebagai pembantu restoran — kalau ada polis lain pergi makan situ dan terlepas cakap "Tuan, bila masuk balai semula?" — Hancur penyamaran tu.
Macam Mana Mereka Berkomunikasi? Biasanya guna:
- Kod operasi.
- Arahan terus daripada pegawai penyelia atau pegawai atasan.
- Melapor direct kepada pegawai risikan / Bahagian Jenayah / SB.
Kadang-kadang, anggota biasa di balai tak tahu pun penyamaran sedang dijalankan di kawasan mereka.
- Ada yang kenal, ada yang tak.
- Bergantung kepada peringkat operasi, lokasi dan kerahsiaan.
- Lagi tinggi tahap risikan, lagi senyap mereka bekerja.
Terima kasih perkongsiannya. Menarik sebenarnya kerja-kerja risikan. Teringat zaman kanak-kanak sudah terdedah dengan tugas perisik melalui bacaan novel penyiasatan seperti Siri Salma, Nancy Drew, Tujuh Perisik, Lima Sekawan dll.
ReplyDeletePerkongsian yang menarik
ReplyDeleteSangat penting menjaga kerahsiaan agar penyamaran tak terbongkar, yg akhirnya jeopardize the ops.
ReplyDeleteBesar t/jawab anggota polis menjaga kerahsiaan negara.
ReplyDeleteTakut juga kan cakap sembanrangan ..Polis yang baik pasti Allah selamatkan ya tuan...
ReplyDeletePernah x polis menyamar jadi orang gila...sebab pernah nampak org gila lalu lalang dekat kawasan yg sama...tiba2 org gila tu dah x nampak...
ReplyDeleteabah pernah cerita, jiran depan rumah di SB.. isteri di rumah takkan tahu bila dia balik, kecuali kalau ada pertukaran beg luggage di rumah.. kiranya isteri dia dah standby beg baju siap2 je.. tinggal drop and pickup je kalau ada operasi..
ReplyDeletethanks for sharing info. now lebih byk kami sbg public tahu bila tuan taufik kongsi mcm2 info
ReplyDeleteLogic lah 👍... Namanya juga undercover kan. Apalagi untuk operasi yang sangat beresiko, takut ada kelepasan cakap, gagal langsung semua.
ReplyDeleteBerisiko juga operasi penyamaran ni. Kalau kantoi bahaya lah. Kena betul-betul licik menyamar ni.
ReplyDeleteterima kasih atas info.. sangat bermanfaat.. saya suka dengar kisah F-Team yang sangat rahsia by tuan Kenny
ReplyDeleteNi perkongsian yang unik sebab tak pernah tahu pun pasal ni dan pernah juga ada seorang kawan saya cakap ayahnya special branch. Tak pakai uniform polis pun. Pakai baju biasa.
ReplyDelete