Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca setia blog Taufik.
Lama betul blog ni menyepi ya? Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tiada entri baru sejak beberapa episod lalu. Bukan sebab Taufik berhenti menulis, tapi sebenarnya... banyak perkara penting yang sedang berlaku dalam hidup ni.
Ya betul! Baru-baru ni, nama Taufik telah tersenarai untuk menghadiri Temuduga Integriti PDRM. Satu peluang besar dan penting dalam kerjaya sebagai anggota polis.
Temuduga ni bukan sekadar soal naik pangkat, tapi lebih kepada menilai tahap kejujuran, ketelusan, dan rekod peribadi serta profesional seseorang anggota. Dalam erti kata lain, temuduga ni menguji nilai integriti seseorang anggota sebagai tulang belakang kepada kepercayaan masyarakat.
Jujur Taufik cakap, bukan senang nak bersedia untuk temuduga macam ni. Antara perkara yang Taufik perlu fokus:
-
Semakan rekod peribadi & tugas:
- Pastikan tiada isu tatatertib.
- Laporan tugas yang kemas dan telus.
-
Fahami Kod Etika & Nilai Integriti PDRM:
- Isu rasuah.
- Salah guna kuasa.
- Etika ketika bertugas & di luar tugas.
-
Kemahiran komunikasi & keyakinan diri:
- Sebab temuduga ni juga uji cara kita bercakap dan bawa diri.
-
Latihan menjawab soalan temuduga:
- Contoh soalan seperti:
- “Apakah tindakan anda jika rakan sekerja terlibat dengan jenayah?”
- “Bagaimana anda menjaga integriti ketika menerima tekanan dari luar?”
- “Apa langkah anda elak salah guna kuasa dalam tugas harian?”
- Contoh soalan seperti:
Inilah sebab kenapa blog ni agak sunyi beberapa minggu ni. Taufik perlu beri tumpuan sepenuhnya untuk buat persiapan. Tapi jangan risau, minat menulis dan berkongsi cerita sebagai anggota PDRM takkan pernah padam.
In shaa Allah lepas temuduga ni selesai, Taufik akan kembali dengan lebih banyak entri yang padu
❤️ Terima Kasih Kepada Semua Pembaca, Sokongan korang selama ni sangat Taufik hargai. Tak sangka kisah-kisah santai dalam blog ni boleh jadi sumber inspirasi dan informasi kepada ramai.
Jangan lupa doakan agar temuduga integriti ni berjalan lancar dan membawa berita baik untuk masa depan Taufik dalam PDRM.
Patutle... napa tak nampak dan tertanya2 mungkin pi kursus ke apa. Apa pun semuga berjaya dalam temuduga yang di jalani. Sekarang macam-macam kan nak kena perbaiki kredibiliti penjawat awam apa lagi staf PDRM yang begitu banyak cabaran yang timbul. Chaiyok chaiyok Taufik. Semuga Allah permudahkan urusan. Aamiin
ReplyDeletesemoga dipermudahkan semua urusan taufik ye.. takpe, utamakan urusan hakiki dulu.. kami di sini sentiasa menunggu update dari taufik.. ^^
ReplyDeleteSemoga berjaya.. in Sha Allah..
ReplyDeleteSalams hari jumaat Taufik, insyaallah moga rezeki milik Taufik πΌπΌπ·
ReplyDeleteinsyaAllah...semoga ada rezekinya...adik kak linda lepas beberapa tahun dah naik incas, kena pindah ke balai yang lebih kecil pula...nasib baik masih tak jauh dari rumah...boleh la ulang alik,,kita bab2 polis nie, tak tahu sangat...walaupun ada adik polis dan abang PGA...hihihi
ReplyDeleteTemuduga ini pastilah lebih penting bang, dan memang harus fokus ππ. Menyepi sekejab dari blog, tak apa. Nanti kalau dah lapang, bisa menulis lagi ☺️. Saya doakan dilancarkan apa2 yg berkaitan dengan pekerjaan Abang yaa.
ReplyDelete