Skip to main content

Template Masih Dalam Ujikaji! 😅

 Hai semua! 👋

Pertama sekali, terima kasih sebab sudi singgah dan baca blog aku ni. Aku tahu… mungkin ada yang pening kepala sikit bila tengok template blog aku sekarang ni. Warna kejap lain, susun atur kejap beralih, kadang-kadang font pun berubah-ubah. Haha! 😅

Jujurnya, blog ni masih dalam fasa ujikaji, aku tengah cuba-cuba cari template yang paling sesuai, bukan saja untuk nampak kemas dan mesra pembaca, tapi juga yang mesra Google AdSense. Yelah, nak mohon AdSense ni ada banyak kriteria nak kena jaga, termasuklah reka bentuk blog. Jadi sekarang ni aku tengah uji beberapa layout dan ciri-ciri tertentu untuk pastikan semuanya ‘on point’ sebelum hantar permohonan.

Kalau korang ada cadangan atau pernah ada pengalaman dengan AdSense, jangan segan-segan nak kongsikan kat ruang komen ya! Mana tahu, perkongsian korang boleh bantu aku dan blogger lain juga. 😊

Sekali lagi minta maaf kalau mata korang ‘tersesat’ sikit bila scroll kat blog ni. Harapnya tak lama lagi aku dapat settlekan template yang betul-betul stabil dan sedap mata memandang. Doakan proses mohon AdSense aku nanti dipermudahkan. 🤲

Comments

  1. Geram dah nak apply GA tu asyik not approved je. Sekarang ni susah sikit dah dorg nak approved.

    ReplyDelete
  2. Pokcik dulu pernah mohon.. tak dapat dapat.. akhirnya pokcik malas dah dengan GA

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe...kuatkan semangat...mungkin ada yang tak kena tuhuhuhu

      Delete
  3. Terbaik sahabat blog..teruskan usaha..ada juga ya rezeki bila kita updated blog dan istiqomah..asal jangan lupa yang wajib..solat, baca quran dan lain-lain amalan yang baik..inshaAllah.nasihat untuk ku juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih sedang perbaiki...moga moga dapat laaaa huhuhu

      Delete
  4. Alhamdulillah ada GA membantu publishkan iklan..

    ReplyDelete
  5. rasanya template yg simple2/tak berat utk loading..dan menulis secara konsistent! MZ baru jer tepek adsense last week. all the best utk taufik jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. atau mungkin Taufik baru masuk 3 bulan lebih tak...masih baru lagi huhuhu

      Delete
  6. Tak pasti sekarang ni mudah ke tak nak apply GA. Dulu memang payah. Macam-macam kriteria kena ada dalam blog.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi mohon GA
    Ngeblog pun buat suka2 aje
    Sebulan dapat buat 2- 3 entri jadilah

    ReplyDelete
  8. Takpe gitulah bila berblog. Sama mcm kita deco rumah. Ada masa nak tukar langsir yg itu, nak tambah langsir di pintu, nak tambah alas kaki

    ReplyDelete
  9. all the best. usaha tangga kejayaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sebab masih baru kot dalam blog tu punca x lulus adsense

      Delete
  10. Chayook!! Chayook!! Mesti boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu laaaa ..masih meneruskan usaha...mungkin salah satu nya sebab blog yang ni masih baru ...tu yang tidak lulus adsense

      Delete
  11. Semuga berjaya. Tak pe cuba pelan-pelan dulu istiqoma. Mungkin ada rezeki nanti insya Allah

    ReplyDelete
  12. Faham, takpe. Ambil masa pilih yang terbaik. Semoga usaha berhasil dengan kejayaan lulus adsense nanti. Biasanya cari template yang responsive, simple dan tak lambat loading.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, youtube Taufik dulu pun makan 9 bulan nak cukup syarat 1000 subscribers dan 4000 jam tontonan... Usaha sampai berjaya..

      Terima kasih kak beri tips

      Delete
  13. Blog CCL , adsense kena banned 😆😆 ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius laaaaa... Sebab apa.... Langsung da tak boleh mohon semula ke

      Delete
  14. Semoga ada jalan penyelesaian.
    Minta maaf tak dapat bantu.. sekadar memeriahkan majlis je😅

    ReplyDelete
  15. bagi saya template ni selesa je. semoga lulus GA tu!

    ReplyDelete
  16. itu laaa Taufik pun cuba baiki mana yang perlu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Membantu Urusan Jenazah di Pagi Hari

Pagi tadi, sekitar jam 9.00 pagi , suasana di lorong taman perumahan Taufik agak sunyi. Hanya bunyi kicauan burung dan deruan enjin kereta jiran yang baru berangkat kerja kedengaran. Taufik yang ketika itu sedang bersiap untuk menghantar isteri ke tempat kerja, secara tidak sengaja terlihat sebuah van jenazah berhenti di hadapan salah sebuah rumah di lorong tersebut. Dalam hati Taufik terus terdetik, “Mesti ada jiran yang meninggal ni…” Walaupun jarang berlaku di taman itu, tetapi setiap kali ada kematian, suasananya memang terasa berbeza, ada kesedihan yang tersirat walaupun tiada bunyi tangisan kuat. Selepas menghantar isteri Taufik ke tempat kerja, Taufik memutuskan untuk singgah sebentar di rumah jiran tersebut. Sebagai jiran, walaupun kurang kenal dengan beberapa ahli keluarga mereka, terasa tak manis kalau sekadar lalu tanpa bertanya khabar. Setibanya di halaman rumah itu, Taufik melihat beberapa ahli keluarga dan saudara-mara sedang duduk menunggu. Wajah mereka kelihatan sed...

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal: