Ramai yang mungkin pernah dengar atau alami sendiri situasi begini:
“Tempat tu dulu pernah kena serbu dah. Tapi lepas beberapa bulan, tengok-tengok buka balik. Tak serik-serik ke?”
Dan baru-baru ni, ada juga yang tanya Taufik secara terus:
“Gengster judi ni kebal sangat ke? Siapa jaga diorang sampai berani buka balik?”
Haaa… soalan ni memang agak berat,
Kenapa Sindiket Perjudian Boleh "Muncul Balik"?
Jawapannya tak semudah satu ayat. Tapi Taufik cuba jelaskan dengan fakta lapangan, bukan dari andaian semata-mata.
1. Sindiket dah lama hidup, struktur kuat dan licik
Sindiket perjudian ni sebenarnya dah lama bertapak, bukan baru setahun dua. Mereka ada struktur tersusun, dari bahagian operasi, pemasaran, pengawal keselamatan, runner (penghantar wang), hinggalah ke ‘tauke’ yang memang jarang nampak muka.
Ada juga yang guna teknik "proxy" atau "dummy owner" iaitu nama pemilik dalam lesen adalah orang biasa, tapi dalang sebenar duduk belakang tabir. Jadi bila polis datang, orang depan yang kena tapi mastermind lepas.
2. Modal mereka besar senang buka semula
Lepas diserbu dan premis dirampas atau disita, ramai sangka mereka akan stop. Tapi tak ramai tahu bahawa modal mereka bukan ciput. Kalau satu outlet tu kena tutup, mereka dah standby lokasi lain dengan segala peralatan siap pasang. Kadang-kadang dalam masa 2 minggu pun dah boleh operasi balik.
Mereka guna sistem roaming contoh hari ini di Taman A, minggu depan pindah ke Taman B. Tukar lokasi macam tukar baju. Sampaikan sukar nak jejak tanpa maklumat tepat.
3. Guna teknik halimunan (operasi ala ninja)
Ada premis yang beroperasi secara sembunyi dengan letak signboard kedai runcit atau kafe, tapi dalamnya ada mesin slot atau komputer perjudian. Untuk pelanggan pula, mereka guna sistem ‘by appointment’ masuk pun kena kod, atau ada orang jaga pintu.
Kadang-kadang kami di PKD terima maklumat jam 2 pagi, ada premis buka sampai subuh. Tapi bila anggota sampai, premis tutup macam takde apa-apa berlaku. Itu pun satu taktik mereka.
Ada ‘orang jaga’ ke? Itu yang susah nak cakap terang-terangan…
Soalan paling sensitif ialah:
“Polis pun ada jaga ke? Sebab tu tak kena-kena?”
Taufik takkan nafikan wujudnya ‘elemen bocor’ dalam mana-mana organisasi, termasuk pasukan sendiri. Tapi tak adil kalau semua anggota polis dipukul rata hanya kerana segelintir individu yang tak amanah.
PDRM sekarang semakin tegas dalam menangani integriti. Bila ada aduan dalaman atau awam, pihak atasan akan siasat. Malah, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) juga sentiasa bekerjasama dalam kes-kes melibatkan jenayah terancang termasuk sindiket perjudian.
Ada juga kes di mana anggota polis sendiri dikenakan tindakan tatatertib atau digantung tugas kalau terbukti terlibat.
Tapi secara jujur, tidak semua sindiket disokong oleh ‘orang dalam’. Ada banyak kes yang berjaya dibanteras kerana kerjasama orang awam dan tindakan pantas dari jabatan siasatan jenayah, JSJ atau D7.
Orang buat jahat ni ada strategi tersendiri. Memang licik la.
ReplyDeletekita kona tang situ dia kona tang sini
DeleteDiorg pun dah ada sistem sendiri..dah bertapak lama..secara realitinya,susah nak buang akarnya mcm cerita Tamil yg 2jam setengah tu.. hihihi
ReplyDeletetamil lagi ganas cerita dia....tembak Headshot masih boleh main Phone lagi
DeleteDisini yang sedang ramai dibicarakan adalah judi on line, Mas.
ReplyDeleteBanyak sudah memakan korban, tapi tetap sampai saat ini masih tetap berlangsung.
Salam,
Ok baik baik.... Saya akan cuba buat entri baru
Delete