Skip to main content

Scammer Menyamar Jual Kenderaan? Hati-hati!

Baru-baru ini, Taufik sendiri mengalami satu situasi yang agak mengejutkan. Sedang trend sekarang ni, ramai scammer yang menggunakan taktik baru, menyamar sebagai penjual kenderaan dan menghubungi orang melalui WhatsApp. Modus operandi mereka mudah tetapi licik. Mereka akan menghantar mesej kepada nombor rawak (mungkin diperoleh dari iklan umum atau laman web jual beli), dan memberitahu kononnya mereka dapat maklumat kita berkaitan pembelian kenderaan.

Contohnya, mereka akan kata:

“Saya dapat detail encik/puan dari pihak penjual. Encik ada minat nak beli motor ya? Boleh saya bantu pilih model?”

Masalahnya, dalam kes Taufik sendiri, memang langsung tak ada niat pun nak beli motor atau apa-apa kenderaan ketika itu. Tiba-tiba dapat mesej begitu, siap sebut nak bantu pilih model motor, memang pelik. Tambahan pula, bila kita tanya mereka dapat nombor dari mana, mereka akan berdolak-dalik atau memberi jawapan kabur.

Lebih bahaya, kalau kita terus melayan, scammer ini akan cuba memancing maklumat peribadi. Mungkin mereka akan minta nama penuh, alamat rumah, salinan IC, slip gaji atau sebagainya. Kononnya untuk permohonan pinjaman kenderaan atau tempahan awal. Padahal, semua tu hanya untuk digunakan bagi tujuan penipuan.

Apa patut kita buat bila terima mesej macam ni?

Jangan layan!, Jika mesej itu nampak meragukan, jangan balas. Abaikan sahaja.

Block dan report, Gunakan fungsi “Block & Report” di WhatsApp. Ini akan bantu pihak WhatsApp kenal pasti aktiviti mencurigakan.

Jangan sesekali beri maklumat peribadi, Terutamanya nombor kad pengenalan, alamat rumah, salinan IC atau apa-apa dokumen rasmi.

Jika mereka mendesak atau mengugut, contohnya mengancam untuk ‘blacklist’ kita, terus maklumkan bahawa anda akan buat laporan polis. Ini penting untuk lindungi diri kita.

Taufik sendiri dalam kes yang berlaku baru-baru ni, memang tolak sekeras-kerasnya mesej tersebut. Bila si scammer tu masih cuba mendesak, Taufik terus nyatakan yang jika dia terus ganggu, satu laporan polis akan dibuat.

Kadang kala scammer ni tak berhenti di WhatsApp sahaja. Ada juga yang akan cuba telefon kita menggunakan nombor tidak dikenali, dengan nada profesional seperti ejen jualan sah. Tapi ingat, jangan terpedaya dengan nada suara atau cara mereka bercakap. Ramai yang tertipu kerana scammer ni bijak menyusun ayat, seolah-olah betul-betul dari pihak syarikat jualan.

Kenapa orang boleh terpedaya?

Kadang-kadang terdesak nak beli kenderaan, jadi terus percaya.

Scammer guna ayat yang meyakinkan dan tawaran harga ‘murah gila’ sebagai umpan.

Mangsa rasa segan atau takut nak bertanya lebih lanjut dan akhirnya mengikut saja arahan mereka.


Nasihat Taufik, Kalau betul korang sedang cari motor atau kereta, pastikan korang hanya berurusan melalui saluran rasmi, seperti:

  • Kedai kenderaan berdaftar
  • Laman web rasmi
  • Syarikat yang ada alamat fizikal dan nombor telefon sah

Jangan sesekali berurusan melalui mesej WhatsApp tanpa pengesahan. Kalau rasa ragu, rujuk dulu dengan rakan, keluarga atau pihak polis.

Jadi, kepada semua pembaca, sentiasa berhati-hati dengan taktik baru scammer ni. Jangan sampai terpedaya dengan ayat manis dan tawaran murah. Biar rugi peluang, jangan rugi duit dan maruah.

Kalau korang pernah kena juga mesej sebegini, kongsikan pengalaman di ruangan komen ya. Biar kita sama-sama sedarkan yang lain!


Comments

  1. kadang2 scammer ni dah ada nombor ic dan alamat lengkap kita, entah dari mana dia dapat n scary pulak rasanya. kalau nombor yg saya tak kenal camni, memang matikan call terus je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang² data kad pengenalan kita banyak yang sudah bocor
      . Yaaa seelok nya matikan terus..

      Delete
  2. Dah ramai terpedaya..penipuan akibat kecanggihan IT masa kina, semoga kita dijauhi scammer

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...