Soalan ni agak sensitif, tapi penting untuk masyarakat tahu, kalau ada rumah pelacuran di kawasan kita, adakah polis hanya akan bertindak jika ada laporan orang awam sahaja? Atau boleh ke polis terus serbu tanpa tunggu aduan?
Jawapan pendeknya: Ya dan Tidak.
Macam pelik kan? Tapi biar Taufik terangkan dalam konteks sebenar dari pengalaman kerja di lapangan.
Pertama sekali, pihak polis tidak boleh sewenang-wenangnya menyerbu mana-mana premis hanya berdasarkan syak wasangka atau cakap-cakap orang. Ada peraturan dan prosedur ketat yang perlu diikuti.
Untuk buat serbuan rumah pelacuran contohnya, pegawai polis perlukan:
- Siasatan awal (melalui maklumat risikan, intipan dan pengumpulan bukti)
- Laporan awam atau maklumat yang boleh dipercayai
- Perintah mahkamah (warrant) jika perlu
- Atau tindakan serta-merta jika berlaku jenayah secara terbuka
Jadi kalau kita sebagai orang awam hanya sekadar dengar “rumah ni macam ada aktiviti mencurigakan je,” tapi tiada bukti kukuh, pihak polis tak boleh terus serbu.
Namun begitu, laporan orang awam sangat penting dalam membuka ruang siasatan. Kalau ada jiran-jiran, penduduk kawasan atau pihak pengurusan kondominium hantar aduan bertulis kepada balai polis, barulah kes tu boleh dibuka secara rasmi dan dikaji oleh bahagian siasatan.
Contohnya:
- Pelanggan keluar masuk waktu malam
- Nombor rumah sering ditutup tapi bunyi bising
- Ada pengunjung asing yang mencurigakan
- Aktiviti mencurigakan berlaku secara konsisten
Maklumat macam ni akan disalurkan ke Bahagian D7 (Anti Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap) yang memang bertanggungjawab terhadap operasi berkaitan aktiviti tidak bermoral.
Kalau laporan tersebut disahkan, unit risikan akan mula buat pemantauan. Kadang-kadang pegawai akan menyamar sebagai pelanggan, atau guna kamera tersembunyi untuk dapatkan bukti. Semua ni bukan kerja sehari dua ya, kadang-kadang makan masa minggu atau bulan untuk kumpul maklumat mencukupi.
Apabila bukti dah cukup, barulah pihak polis akan buat permohonan serbuan dan susun operasi tangkapan bersama pihak imigresen, majlis perbandaran (jika perlu), dan NGO.
Tapi dalam sesetengah kes, polis boleh bertindak serta-merta tanpa aduan rasmi jika kesalahan dilakukan secara terang-terangan atau semasa rondaan terjumpa aktiviti tidak bermoral secara terbuka.
Contohnya:
- Terserempak semasa rondaan MPV
- Ada serahan maklumat dari agensi lain (seperti Imigresen atau AADK)
- Video tular yang menunjukkan aktiviti jenayah jelas
Dalam kes macam ni, polis boleh serbu tanpa perlu laporan formal, tapi masih perlu buat laporan polis selepas tindakan diambil untuk dokumentasi.
Tak semua kes rumah pelacuran boleh diselesaikan sekelip mata. Kadang-kadang suspek sangat licik. Ada yang buat perniagaan urut di hadapan, tapi “perkhidmatan lain” di belakang. Ada juga yang guna khidmat wanita warga asing yang diperdagangkan dan dikurung, jadi ini akan jadi kes pemerdagangan manusia, bukan sekadar maksiat.
Polis perlu berhati-hati sebab serbuan tanpa asas boleh dianggap pencerobohan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Kalau anda tahu atau syak sesuatu premis digunakan untuk aktiviti pelacuran, laporkan segera ke balai polis berdekatan atau hubungi 999.
Jangan rasa takut, maklumat anda akan dirahsiakan, dan anda tidak perlu dedahkan identiti secara terbuka.
Lagi cepat anda lapor, lagi cepat tindakan boleh diambil. Kadang-kadang hanya dengan 1 laporan, banyak nyawa mangsa boleh diselamatkan terutamanya jika melibatkan sindiket pemerdagangan orang.
Jadi, polis memang perlukan laporan awam atau bukti kukuh untuk serbu rumah pelacuran. Tapi dalam kes tertentu, tindakan boleh diambil serta-merta jika cukup elemen jenayah yang nyata.
Yang penting:
- Jangan takut buat laporan
- Simpan bukti jika ada (gambar, nombor plat, video)
- Jangan viralkan dahulu biar pihak berkuasa siasat dulu
#DiSebalikUniform
#SerbuanPolis
#KesPelacuran
#EdukasiMasyarakat
Info yang sangat membantu. Kadang mungkin orang nak lapor takut identiti mereka tersebar takut diapa apakan oleh pihak tertentu. Polis bahagian risikan tu tinggi jugak risiko mereka tu ya sebab kena menyamar ketika masuk premis tersebut.
ReplyDeleteYa..selalu juga terima panggilan dari pengadu tapi tak mahu kenalkan diri...
DeleteBahagian risikan memang berisiko semasa bekerja
Bagus penerangan Taufik bab kes ni...akak nak tanya..sepanjang Taufik bergelar anggota polis, pernah tak terlibat operasi besar- besaran?tak kisah apa kes pun...
ReplyDeleteTerima kasih .. akan cuba buat untuk next entri
DeleteWah.. Macam tu rupanya.. Terima kasih Taufik sebab berkongsi info disini.. Memang info yang penting dan bagus untuk pengetahuan umum..
ReplyDeleteSama sama kak.... Alhamdulillah semoga dapat berguna buat semua
Deleterisau baca kisah polis benteras jenayah ni
ReplyDeleteya sebab berisiko tinggi
Deleteyessss Ana suka sgt tengok 999 TV3 masa dorang buat serbuan apa-apa kes.. puas hati bila polis berjaya buat tgkapan terutama yg melibatkan pemerdagangan manusia..
ReplyDeleteYaaaa..... Bila dah dapat maklumat lengkap baru boleh terus serbu ke lokasi tersebut.
Deletetak pernah lagi nampak kes mencurigakan macam ni dekat kawasan rumah. Mungkin sebab tak banyak warga asing. thanks share info ni taufik!
ReplyDeleteAlhamdulillah makna nya persekitaran selamat...sama sama.... Mudah mudahan info ini berguna buat semua
DeleteMencabar sebanarnya tugas pihak keselamatan ni, baca saja artikal ini kita tahu kena ada sistem bukan terus bertindak..bahaya kan diri..Polis yang terbaik seperti Tuan M Taufik
ReplyDeleteYa mencabar..setiap anggota yang Taufik arahkan ke lokasi kena pastikan keselamatan yang pasti
DeleteSorry ejaan ..abaikan ya
ReplyDeleteNo hal punya....
DeleteSemoga dipermudahkan usaha pihak polis untuk membanteras aktiviti sebegini. Takut juga kan, kalau terus berleluasa tentu risiko penyakit kelamin semakin tinggi.
ReplyDeleteTerima kasih kongsi info, sangat jelas dan faham.