Skip to main content

Pihak Atasan Tahu Ke Tentang Blog Ni?

Terima kasih kepada Blogger kita Suria Amanda atas pertanyaan tersebut.


Satu soalan yang selalu berlegar-legar dalam minda sahabat sahabat blogger dan pembaca blog Di Sebalik Uniform adalah “Taufik, pihak atasan tahu ke kau ada tulis blog macam ni?” Haaa… yang ini Taufik nak jawab terus-terang dan jujur. Setakat hari ini, tidak... pihak atasan sama ada di peringkat kontinjen mahupun Bukit Aman sendiri, memang tidak tahu langsung tentang kewujudan blog ini.

Kenapa Taufik kata begitu? Sebab blog ini asalnya hanyalah tempat untuk Taufik luahkan sedikit sebanyak pengalaman harian sebagai anggota polis, terutama yang bertugas di Pusat Kawalan Daerah (PKD). Tak semua yang Taufik tulis ni terlalu rasmi atau berat, kadangkala hanyalah cerita santai selepas bertugas, pengalaman pergi rondaan, atau perbualan lucu dengan pengadu yang kadang-kadang buat kita senyum sendiri. Tapi, ia tetap membawa nilai dan cerita yang mungkin orang luar tak nampak dari kaca mata anggota PDRM sendiri.


Setakat ini, yang tahu tentang blog ni hanyalah sahabat-sahabat rapat Taufik, termasuk rakan-rakan sekerja yang kadang-kadang muncul dalam entri blog (walaupun tak disebut nama). Mereka tahu sebab kadang-kadang ada yang datang tegur, “Eh bro, yang kau cerita pasal kes jiran India gaduh hari tu tu macam kes malam kita jaga sama tu kan?” dan kita gelak je, sebab memang betul pun! Tapi dari segi pihak pengurusan yang lebih tinggi, belum pernah ada yang maklum atau bertanya secara langsung.

Taufik tak anggap ini satu perkara rahsia, cuma belum tiba masanya untuk diketengahkan secara rasmi. Bukan sebab nak sorok, tapi Taufik nak pastikan dulu semua kandungan yang ditulis tidak langgar mana-mana polisi atau peraturan dalaman. Setiap entri Taufik pastikan tidak dedahkan maklumat sulit, wajah mangsa, nama sebenar, nombor kad pengenalan, atau apa-apa data yang boleh jejaskan siasatan dan reputasi pasukan.


Ramai yang tanya  “Taufik, kau tak penat ke tulis tiap hari? Kerja penat, balik tulis blog pula?”  Sebenarnya, menulis blog ni macam terapi juga untuk Taufik. Selepas seharian atau semalaman bertugas, dengan pelbagai ragam manusia, suasana yang kadang-kadang mendesak dan tekanan tugasan yang tak menentu masa,  menulis blog memberi ruang untuk Taufik tarik nafas. Ia jadi tempat untuk luah sesuatu yang mungkin tak sesuai dikongsikan dalam group kerja atau media sosial terbuka macam Facebook.

Tambahan pula, ramai rakyat Malaysia masih belum benar-benar faham apa sebenarnya tugas harian polis. Ada yang anggap kami hanya ronda, saman, tahan orang tetapi sebenarnya skop kerja anggota polis sangat luas dan melibatkan banyak emosi, budi bicara, serta kesabaran yang tinggi. Blog ini adalah salah satu cara untuk berkongsi perspektif itu dengan masyarakat luar.


Kalau ditakdirkan satu hari nanti pihak atasan tahu tentang blog ini, Taufik harap mereka dapat lihat dari sudut positif. Blog ini tidak bermotifkan sensasi atau menjatuhkan maruah pasukan. Malah, Taufik sangat berhati-hati dalam setiap penceritaan. Tidak ada maklumat sulit dibocorkan, tidak ada rahsia dalaman disensasikan. Segala yang ditulis adalah kisah-kisah yang berlaku dalam konteks tugas biasa dan lebih kepada mendidik masyarakat.

Kalau blog ini boleh dijadikan platform untuk mendekatkan masyarakat dengan pasukan polis, itu satu bonus besar. Taufik sendiri terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak jika satu hari nanti ada keperluan untuk menjadikan blog ini sebagai medium rasmi perkongsian anggota barisan hadapan.


Taufik tahu tak semua orang pandang anggota polis dengan positif. Ada yang skeptikal, ada yang bersangka buruk, dan ada yang hanya tahu menilai berdasarkan klip video tular yang tidak lengkap. Maka blog ini juga Taufik harapkan boleh ubah sedikit sebanyak pandangan orang ramai terhadap realiti di sebalik uniform biru ini.

Kita juga manusia biasa. Kita juga ada keluarga, ada pasangan hidup, ada tekanan, dan ada emosi. Cuma kami dibalut tanggungjawab yang kadangkala berat di bahu, dan disuluh harapan masyarakat yang mahukan keamanan.


Buat masa ini, Taufik akan terus menulis. Entri demi entri akan diteruskan selagi diberi peluang, selagi kesihatan mengizinkan dan selagi ada semangat nak menaip. Bukan untuk glamor, bukan juga untuk dapat pujian tapi untuk berkongsi. Jika ada satu dua perkara yang boleh dijadikan pengajaran, maka itu sudah cukup bagi Taufik.

Dan kepada pembaca semua sama ada anda orang awam, blogger, anggota polis, atau pelajar. Taufik ucapkan terima kasih kerana sudi membaca, komen, dan sokong blog ini. Kalau ada sebarang teguran atau cadangan, boleh tinggalkan di ruangan komen atau hubungi Taufik secara terus.

Dan kalau anda salah seorang pihak atasan yang terbaca blog ini, jangan marah ya... Hahaha. Ni semua demi kebaikan bersama. ✊🏻


Kalau sudi, boleh share entri ini semoga lebih ramai faham bahawa di sebalik seragam biru ini, kami juga ada cerita.

Comments

  1. moga blog ni akan terus ada utk share info dan mendidik masyarakat. niat nya sgt murni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak.. mudah mudahan blog ni terus kekal....

      Delete
  2. Kadang-kadang sesuatu yang pada orang lain nampak macam rahsia tapi kadang-kadang ianya boleh menerangkan keadaan yang sebenarnya. Tapi apa pun setiap yang kita buat biarlah orang sangka baik dengan kita. Sebagai penjawat awam memang ada benda yang kita tidak boleh war-warkan sebab orang tak tahu apa situasi yang sebenarnya. Macam KKM masa PKP orang hentam pasal vaksin. Tapi vaksin tu kita dah terima masa kita kecil lagi di mana virus di suntik dalam badan untuk menjadi antibodi dalam badan menyerang virus lain.
    Sebab tu kita kena fikir positif jangan negatif semuanya. Apa pun akak sokong Taufik. Sebab kadang banyak info yang kita orang awam tak tahu. Dulu skeptikal juga dengan polis tapi bila dah bekerja dan berurusan oooo macam ni rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaaaaa Taufik bila dah masuk PKD... Memang rasa nak berkongsi cerita dengan orang awam apa yang selalu kes yang kami terima. Sekurang kurang nya ia jadi juga panduan buat orang awam dan jadikan pengajaran.

      Delete
  3. Kita berblog untuk suka menulis sesuatu sebagai kenangan..boleh menjadikan kita happy kerana menzahirkan kenangan lalu, ditatap anak-anak..Asal tak merosakkan emosi minda pembaca..niat baik..InshaAllah..mohon kita rahmat dariNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai kenangan dan tempat luahan perasaan. Betul tu, asalkan tak merosakkan emosi minda pembaca

      Delete
  4. betul..blog ni salah satu cara kita nak bercerita..asal tau batas2 nya..ok je

    ReplyDelete
  5. Interesting! Maknanya, blog ini very personal. Ada challenge nak ke personal branding...💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, ada terlintas macam nak buat personal branding tapi kita punya blog tak power lagi.

      Delete
  6. tahniah dik, moga terus bersemangat menulis....betul tu, tak semestinya kita menulis hal kerja official seharian kita....kita menulis dari pelbagai sudut yang kita alami dan rasa......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... Betul tu, Sebab blog ni takde laaaa semua nya berkaitan kes sahaja kan.... Adakala aktiviti seharian kita.

      Delete
  7. Teruskan berblogging. Kongsi pengalaman, menulis secara beretika dan tahu batasnya. In syaa Allah mesej akan sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak, semoga sentiasa diberikan semangat untuk teruskan berkongsi cerita.

      Delete
  8. Selagi tak berkonten dengan baju seragam lengkap dan tiada maklumat sulit, takde masalah pun bagi Linda...sebab berkecimpung dengan geng beruniform juga, faham sangat skeptikal masyarakat tu..lagi2 dekat abam uniform hijau nie...kalau uniform putih @ biru laut tu, yang tu femes..org suka...hihihi..darat nie apalah sangat...🤭🤭🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kak dalam Pdrm ni.... Selalu femes dengan baju putih... Mungkin sebab lain pakaian kot hahaha nampak smart.

      Delete
    2. Yang baju putih tu femes, risau "duit terbang"... Hahaha

      Delete
    3. Yang pasti surat cinta akan sampai kepada mereka yang terpilih

      Delete
  9. rileks saja. teruskan perkongsian utk diambil pelajaran dan pengajarannya. ayuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih terus support... Selagi tiada halangan memang Taufik akan terus berkarya.

      Delete
  10. Teruskan menulis sbb byk info dan input yg dapat disampaikan dlm cara yg santai. Kami dapat lihat kerjaya dan tugasan anggota beruniform ni dari sudut yg berbeza dan lebih memahami tugasan anggota polis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sentiasa support... Memang ada yang menjadi nila tapi ramai juga yang masih positif sifat nya

      Delete
  11. akak suka baca sebab tak semua faham tentang undang undang, banyak info yang taufik share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat juga beri manfaat kepada orang ramai

      Delete
  12. Selagi kita tahu batasnya, selagi tak menyalahi undang-undang dan selagi tak menjejaskan tugas okay je untuk menulis dalam blog berkongsi maklumat. Kann...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, yang penting tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh

      Delete
  13. Salam singgah lagi...teruskan berblog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sama sama kita terus bersemangat

      Delete
  14. Niat yang baik, pasti semuanya baik2 ajer. Ye la mana ada dedahkan nama etc kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah setakat ni tiada lagi pendedahan maklumat diri seseorang

      Delete
  15. dlm tempoh 24 jam tu tak kan keje je kannn... mesti ada masa utk menulis, relaks etc... kalau sy ok je kalau org atasan tahu. lg pun kita just menulis bkn bertujuan nak memburukkan atau menyebarkan benda yg tak betul... ni lg baik drpd terkinja2 tonggek sana sini dpn kamera hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Bila ada masa terluang, boleh laaaa tulis pengalaman bekerja untuk tatapan semua.

      Delete
  16. betul tu Ana setuju sangat blog ni sbg tempat kita nak tarik nafas & tempat healing kita hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang-kurangnya ada tempat kita melepaskan sesuatu yang trbuku

      Delete
  17. Tapi seronoklah baca blog ni. Banyak pengalaman yg saya jarang dengar dari sisi seorang polis dan ada info2 bermanfaat jugak. As long as tak burukkan nama pdrm, atau tayang maklumat sulit tu takde masalah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah .... Mana pengalaman yang boleh beri ikhtibar... Sy akan share kan....

      Delete
  18. Bagi saya pun, blog Abang juga masih kategori aman. Krn tak ada menuliskan data2 pribadi atau apapun yg menyangkut privacy seseorang. Hanya sekedar cerita harian yg aman untuk dikongsi. Apalagi banyak pelajaran yg bisa diambil juga.

    Pembaca jadi tahu seperti apa tugas2 polisi kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, tujuan saya memang sekadar untuk perkongsian dan memberikan sedikit sebanyak tentang tugas polis di sini...

      Delete
  19. Saya sendiri ada dapat info yang saya tak tahu, dari blog Taufik ni, contohnya entri tentang salah ke, orang minta IC dari kita tu. Ha.. jadi, teruskan berblogging ye, dan berkongsi maklumat berguna kepada orang ramai. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ...dan Alhamdulillah ilmu dapat juga beri manfaat kepada orang lain

      Delete
  20. Sorry CCL ada satu pertanyaan .boleh ke kalau kita nk buat pengesahan identiti kalau ada number badan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...