Skip to main content

Pagi yang Damai dan Cendol Penutup Perjalanan

Part 2 sambungan semalamnya


Keesokan harinya selepas majlis aqiqah dan sesi berjalan-jalan yang agak padat semalam, Taufik bangun seawal jam 6 pagi. Memang dah terbiasa bangun awal setiap hari, tambahan pula badan terasa lebih segar bila bangun awal pagi. Malah ada masanya, sebelum jam 4 pagi pun Taufik dah terjaga sendiri tanpa perlu alarm.

Lepas bangun, Taufik dan isteri menunaikan solat Subuh bersama-sama. Tenang sungguh rasa hati bila dapat bersolat dalam suasana pagi yang damai, bunyi unggas pun masih kedengaran di luar rumah. Usai solat, isteri Taufik terus turun ke dapur untuk tolong memasak bersama adik-beradik ipar yang lain. Kebiasaan dalam keluarga besar ni, pagi-pagi memang meriah di dapur. Taufik pula ambil kesempatan duduk berbual santai dengan bapa mertua, berbincang hal-hal semasa, politik pun ada sikit, dan tak lupa juga berkongsi kisah lawak tentang kehidupan sebagai anggota polis.

Sementara itu, abang ipar Taufik dah keluar awal pagi lagi, katanya nak cari nasi lemak yang betul-betul sedap. Kawasan tempat kami bermalam tu katanya nasi lemak biasa-biasa je, jadi dia sanggup ke Gadong semata-mata nak beli nasi lemak yang katanya ‘Padu’. Begitulah orang kalau dah tahu kedai kegemaran, sanggup meredah awal pagi demi sepinggan nasi lemak yang puas hati.

Beberapa ketika kemudian, abang ipar pun balik dengan plastik besar berisi nasi lemak dan telur mata. Bila semuanya sudah siap terhidang, kami semua berkumpul makan bersama di ruang makan. Seronok betul rasanya bila dapat makan beramai-ramai suasana meriah, gelak ketawa tak putus. Dengan adik-beradik isteri yang ramai, suasana pagi tu memang rasa macam suasana raya.

Selesai makan, kami semua mula bersiap untuk balik ke rumah masing-masing. Jam 8.30 pagi, kakak ipar bersama ibu dan bapa mertua bergerak lebih awal sebab perlu pulangkan kereta sewa yang digunakan sepanjang kenduri. Jam 9 pagi pula, adik ipar bersama suaminya bergerak pulang ke Kulai, Johor. Sementara Taufik dan isteri pula bercadang nak gerak sekitar jam 10 pagi, tetapi bila duduk berbual dengan abang ipar dan isterinya, masa pun berlalu tanpa sedar.

Sembang punya sembang, macam-macam topik keluar dari cerita lama zaman sekolah, hal anak-anak buah, kisah kerja seharian, sampailah ke topik resepi lauk kenduri semalam. Bila bersama keluarga ni, masa memang cepat betul berlalu. Tahu-tahu jam di dinding dah tunjuk pukul 12 tengah hari!. Terus kami minta diri untuk bergerak sebab ada satu tempat yang dari semalam isteri Taufik dah teringin sangat nak singgah di Cendol Sagu Rumbia berdekatan Gadong kalau tak silap.



Tempat ni memang terkenal di Negeri Sembilan, khususnya di sekitar kawasan Gadong dan Rantau. Kedai ni hanya buka pada hujung minggu dan memang menjadi tumpuan ramai, jadi tak hairanlah bila sampai je di sana, kawasan parkir dah penuh dan orang ramai beratur menunggu giliran. Tapi demi isteri tercinta yang dah lama sebut-sebut nak makan situ, Taufik sabar je beratur dan cari tempat duduk.

Kami pun order Cendol Sagu campur merah dan hijau Add-On kacang, manakala isteri Taufik siap tambah pulut sekali dalam cendolnya. Taufik pula tak berani nak makan pulut kalau nak memandu jauh sebab tahu kalau makan pulut, mudah sangat rasa mengantuk, tambahan pula jalan balik ke Johor bukan dekat. Tapi alhamdulillah, walaupun tak makan pulut, cendol tetap cukup nikmat sejuk, lemak, manis cukup-cukup. Sesuai sangat cuaca panas tengahari dengan semangkuk cendol segar.

order cendol dan laksa sekali makan untuk  tengahari


Di bahagian dalam kedai tu juga, ada pelbagai kuih-muih dan pencuci mulut lain, termasuk seri muka, kuih lopes, agar-agar dan pulut inti. Malah, ada juga gerai sup, laksa dan pelbagai makanan panas yang lain. Tapi kami cuma fokus pada cendol je kali ni tak nak terlalu kenyang sebab nanti dalam kereta tak selesa.


Selesai makan dan lepak sekejap untuk hilangkan penat, kami pun mulakan perjalanan pulang ke rumah. Dalam hati, terasa puas sangat dengan percutian pendek ni walaupun singkat, tapi padat dengan momen kekeluargaan, makan sedap, dan kenangan manis.

Sepanjang dalam perjalanan balik, Taufik dan isteri saling berbual tentang betapa seronoknya suasana kenduri dan berkumpul ramai-ramai. Taufik sendiri rasa sangat bersyukur kerana dapat menikmati masa berkualiti dengan keluarga, satu perkara yang kadangkala sukar dicari bila bekerja dalam bidang yang sibuk macam dia.

Comments

  1. Banyak jagung tu...sedap betul..
    Sekali sekala dapat berkumpul,memang meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu kak..sedap jugak cendol kat sini....
      betul tu, bukan selalu kan

      Delete
  2. Cendol ni kalau bubuh jagung krim ditambah pula kacang merah memang habis licin!

    ReplyDelete
  3. Sedapnya cendol pekena pulak dengan laksa memang ngam minum petang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cendol kena lak waktu tengahari memang sedap lalu tekak

      Delete
  4. kebetulan saya pun baru jer makan laksa semalam ;) makan area uia jer, murah dan sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh ....laksa kegemaran isteri saya jadi memang kerap jugak laaa die cari makan

      Delete
  5. Wah, nampak cendol lazat, membasahkan tekak..memand ramai suka minum cendol tu tuan..segar rasa tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap cendol kat sini...tengok ramai orang datang

      Delete
  6. Sedapnya cendol tu
    Kat mana kedainya ya.... tak pernah pula nampak bila otw balik kampung...
    Ini kena cari ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat area berdekatan gadong... search kat MAP je aritu kebetulan dekat dengan rumah abang ipar

      Delete
  7. cendol tu nampak menyelerakan sungguh.. pekena pulak dengan laksa, syahdu.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. cendol tengahari memang lalu kat tekak....basah je rasa

      Delete
  8. seb baik datang sini hari tak puasa, lega sikit leh tgk mknn. lelagi time panas2 begini, lazat pekena yg manis dan sejuk. pergh!

    ReplyDelete
  9. saya selalu perasan kalau kedai tu jual cendol kan, mesti kena ada laksa. dah macam set pulak
    mesti sedap sangat cendolnya sampai parking luar pun penuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la kak....kebiasaan nampak die orang jual gitu....ingatkan saya sorang je yang perasan gitu

      Delete
  10. laksa & cendol..gandingan yg mantap...banyak jagung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...rezeki dapat penjual yang suka bersedekah

      Delete
  11. iya kak, saya yang rasa pun terbayang bayang di kepala lagi ni hihihi

    ReplyDelete
  12. Ah cendol nya terlihat segar saat di makan ya Mas.
    Cendol disini mirip juga dengan cendol seperti pada foto, tapi laksa ini yang beda dengan laksa disini.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cendol dgn Air Batu Campur (ABC) kalau tengahari memang sedap ... Sejuk je tekak.... Laksa kat sana macam mana bentuk nya

      Delete
  13. Alhamdulillah memang seronok kumpul beramai2 dgn keluarga. Rezeki Taufik dapat family mertua yg mesra dan rapat macam ni.

    Hari panas2 minum cendol mmg surr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah keluarga mertua yang jenis suka bermesra bual...memang tak berhenti bercakap selagi isteri Taufik tak potong borak tu hahahaa

      Delete
  14. Tercapailah hajat puan isteri nak makan cendol ya... siap ada laksa tu. Memang kombinasi yang ngam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaa ....dari hari sebelum tu lagi nak tapi kesuntukan masa.
      nasib baik esok nya ada rezeki..
      kebanyakan sekarang memang kalau berjual macam ni mesti ada masakan Sup Sup dan laksa

      Delete
  15. pernah makan sekali di sini... dedekat Labu kan?

    ReplyDelete
  16. Tiap kali balik ke Penang, saya pun selalu cari nasi lemak langganan . Memang sukaaa sangat, dari zaman kuliah di Penang dulu, rasa2nya sarapan nasi lemak paling sering 😁.

    Kalo di KL fav saya juga ada utk nasi lemak.

    Cendolnya, 😍😍😍😍. Jadi teringiiiin nak cobaaa 👍. Memang cendol paling best jika dipasangkan dengan laksa 😁👍

    ReplyDelete
  17. Bila berkumpul, memang tak sedar masa berlalu..
    Meriah betul cendolnya, memang puas hati..

    ReplyDelete
  18. Begitulah kalau balik kampung. Bila berkumpul ramai-ramai meriah, bersembang memang tak sedar masa berlalu. Nikmat dapat balik kampung kan. Kalau tak silap cendol sagu rumbia tu di Labu. Dah lama juga teringin makan cendol di situ tapi tak sampai-sampai lagi. Padahal dekat juga tu. Ada macam-macam menu lain juga ye. Baru tahu buka on weekend je.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Membantu Urusan Jenazah di Pagi Hari

Pagi tadi, sekitar jam 9.00 pagi , suasana di lorong taman perumahan Taufik agak sunyi. Hanya bunyi kicauan burung dan deruan enjin kereta jiran yang baru berangkat kerja kedengaran. Taufik yang ketika itu sedang bersiap untuk menghantar isteri ke tempat kerja, secara tidak sengaja terlihat sebuah van jenazah berhenti di hadapan salah sebuah rumah di lorong tersebut. Dalam hati Taufik terus terdetik, “Mesti ada jiran yang meninggal ni…” Walaupun jarang berlaku di taman itu, tetapi setiap kali ada kematian, suasananya memang terasa berbeza, ada kesedihan yang tersirat walaupun tiada bunyi tangisan kuat. Selepas menghantar isteri Taufik ke tempat kerja, Taufik memutuskan untuk singgah sebentar di rumah jiran tersebut. Sebagai jiran, walaupun kurang kenal dengan beberapa ahli keluarga mereka, terasa tak manis kalau sekadar lalu tanpa bertanya khabar. Setibanya di halaman rumah itu, Taufik melihat beberapa ahli keluarga dan saudara-mara sedang duduk menunggu. Wajah mereka kelihatan sed...

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal: