Part 2 sambungan semalamnya
Keesokan harinya selepas majlis aqiqah dan sesi berjalan-jalan yang agak padat semalam, Taufik bangun seawal jam 6 pagi. Memang dah terbiasa bangun awal setiap hari, tambahan pula badan terasa lebih segar bila bangun awal pagi. Malah ada masanya, sebelum jam 4 pagi pun Taufik dah terjaga sendiri tanpa perlu alarm.
Lepas bangun, Taufik dan isteri menunaikan solat Subuh bersama-sama. Tenang sungguh rasa hati bila dapat bersolat dalam suasana pagi yang damai, bunyi unggas pun masih kedengaran di luar rumah. Usai solat, isteri Taufik terus turun ke dapur untuk tolong memasak bersama adik-beradik ipar yang lain. Kebiasaan dalam keluarga besar ni, pagi-pagi memang meriah di dapur. Taufik pula ambil kesempatan duduk berbual santai dengan bapa mertua, berbincang hal-hal semasa, politik pun ada sikit, dan tak lupa juga berkongsi kisah lawak tentang kehidupan sebagai anggota polis.
Sementara itu, abang ipar Taufik dah keluar awal pagi lagi, katanya nak cari nasi lemak yang betul-betul sedap. Kawasan tempat kami bermalam tu katanya nasi lemak biasa-biasa je, jadi dia sanggup ke Gadong semata-mata nak beli nasi lemak yang katanya ‘Padu’. Begitulah orang kalau dah tahu kedai kegemaran, sanggup meredah awal pagi demi sepinggan nasi lemak yang puas hati.
Beberapa ketika kemudian, abang ipar pun balik dengan plastik besar berisi nasi lemak dan telur mata. Bila semuanya sudah siap terhidang, kami semua berkumpul makan bersama di ruang makan. Seronok betul rasanya bila dapat makan beramai-ramai suasana meriah, gelak ketawa tak putus. Dengan adik-beradik isteri yang ramai, suasana pagi tu memang rasa macam suasana raya.
Selesai makan, kami semua mula bersiap untuk balik ke rumah masing-masing. Jam 8.30 pagi, kakak ipar bersama ibu dan bapa mertua bergerak lebih awal sebab perlu pulangkan kereta sewa yang digunakan sepanjang kenduri. Jam 9 pagi pula, adik ipar bersama suaminya bergerak pulang ke Kulai, Johor. Sementara Taufik dan isteri pula bercadang nak gerak sekitar jam 10 pagi, tetapi bila duduk berbual dengan abang ipar dan isterinya, masa pun berlalu tanpa sedar.
Sembang punya sembang, macam-macam topik keluar dari cerita lama zaman sekolah, hal anak-anak buah, kisah kerja seharian, sampailah ke topik resepi lauk kenduri semalam. Bila bersama keluarga ni, masa memang cepat betul berlalu. Tahu-tahu jam di dinding dah tunjuk pukul 12 tengah hari!. Terus kami minta diri untuk bergerak sebab ada satu tempat yang dari semalam isteri Taufik dah teringin sangat nak singgah di Cendol Sagu Rumbia berdekatan Gadong kalau tak silap.
Tempat ni memang terkenal di Negeri Sembilan, khususnya di sekitar kawasan Gadong dan Rantau. Kedai ni hanya buka pada hujung minggu dan memang menjadi tumpuan ramai, jadi tak hairanlah bila sampai je di sana, kawasan parkir dah penuh dan orang ramai beratur menunggu giliran. Tapi demi isteri tercinta yang dah lama sebut-sebut nak makan situ, Taufik sabar je beratur dan cari tempat duduk.
Kami pun order Cendol Sagu campur merah dan hijau Add-On kacang, manakala isteri Taufik siap tambah pulut sekali dalam cendolnya. Taufik pula tak berani nak makan pulut kalau nak memandu jauh sebab tahu kalau makan pulut, mudah sangat rasa mengantuk, tambahan pula jalan balik ke Johor bukan dekat. Tapi alhamdulillah, walaupun tak makan pulut, cendol tetap cukup nikmat sejuk, lemak, manis cukup-cukup. Sesuai sangat cuaca panas tengahari dengan semangkuk cendol segar.
Di bahagian dalam kedai tu juga, ada pelbagai kuih-muih dan pencuci mulut lain, termasuk seri muka, kuih lopes, agar-agar dan pulut inti. Malah, ada juga gerai sup, laksa dan pelbagai makanan panas yang lain. Tapi kami cuma fokus pada cendol je kali ni tak nak terlalu kenyang sebab nanti dalam kereta tak selesa.
Selesai makan dan lepak sekejap untuk hilangkan penat, kami pun mulakan perjalanan pulang ke rumah. Dalam hati, terasa puas sangat dengan percutian pendek ni walaupun singkat, tapi padat dengan momen kekeluargaan, makan sedap, dan kenangan manis.
Sepanjang dalam perjalanan balik, Taufik dan isteri saling berbual tentang betapa seronoknya suasana kenduri dan berkumpul ramai-ramai. Taufik sendiri rasa sangat bersyukur kerana dapat menikmati masa berkualiti dengan keluarga, satu perkara yang kadangkala sukar dicari bila bekerja dalam bidang yang sibuk macam dia.
Banyak jagung tu...sedap betul..
ReplyDeleteSekali sekala dapat berkumpul,memang meriah
ya betul tu kak..sedap jugak cendol kat sini....
Deletebetul tu, bukan selalu kan
Cendol ni kalau bubuh jagung krim ditambah pula kacang merah memang habis licin!
ReplyDeletememang sedap kak
DeleteSedapnya cendol pekena pulak dengan laksa memang ngam minum petang.
ReplyDeletecendol kena lak waktu tengahari memang sedap lalu tekak
Deletekebetulan saya pun baru jer makan laksa semalam ;) makan area uia jer, murah dan sedap!
ReplyDeletewahhhh ....laksa kegemaran isteri saya jadi memang kerap jugak laaa die cari makan
DeleteWah, nampak cendol lazat, membasahkan tekak..memand ramai suka minum cendol tu tuan..segar rasa tekak
ReplyDeletesedap cendol kat sini...tengok ramai orang datang
DeleteSedapnya cendol tu
ReplyDeleteKat mana kedainya ya.... tak pernah pula nampak bila otw balik kampung...
Ini kena cari ni...
kat area berdekatan gadong... search kat MAP je aritu kebetulan dekat dengan rumah abang ipar
Deletecendol tu nampak menyelerakan sungguh.. pekena pulak dengan laksa, syahdu.. ^^
ReplyDeletecendol tengahari memang lalu kat tekak....basah je rasa
Deleteseb baik datang sini hari tak puasa, lega sikit leh tgk mknn. lelagi time panas2 begini, lazat pekena yg manis dan sejuk. pergh!
ReplyDeletetime puasa tu boleh menggugat tu kak
DeleteLaksa tu menarik =D
ReplyDeletenampak pekat kuah nya tu
Deletedari tampilan visualnya saja sudah ngiler, gk kebayang rasanya gimana
ReplyDelete