Assalamualaikum semua pembaca blog Di Sebalik Uniform. Hari ini Taufik nak kongsikan satu kisah yang sangat menyentuh hati dan membuka mata tentang realiti yang kadang-kadang berlaku di sekeliling kita, cuma kita tak nampak.
Baru-baru ni, semasa Taufik belum mula syif lagi, rakan setugas dalam syif sebelumnya telah menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki, pengadu yang tinggal di kawasan perumahan. Pengadu ini maklumkan sesuatu yang agak pelik… katanya ada satu kertas surat yang dicampak masuk ke tingkap rumahnya. Bukan risalah iklan, bukan juga surat cinta... Tapi satu nota merayu pertolongan.
Taufik dapat tahu, surat tu memang sangat menyentuh hati. Dari gaya bahasa dan ejaan, sangat jelas ia ditulis oleh seseorang yang berasal dari Indonesia, mungkin seorang pembantu rumah atau pekerja domestik asing.
Antara isi kandungan surat itu:
Kertas nota (1):
“Saya mohon kak, tolong saya. Saya disiksa tak boleh istirahat.
Saya besok pagi mau lompat dari atap.
Tolong boleh lah, saya nyuruk di rumah kakak. Saya mohon kak.
Lama saya di sini bisa mati.
Anak saya menunggu di rumah masih kecil. Saya tak boleh telefon, tak boleh sembahyang.
Saya dibentak, disiksa.
CCTV di belakang tak ada.
Satu malam saja. Saya takut kak. Tolong hubung nomor yang saya beritahu.”
Kertas nota (2):
“Akak tolong saya. Saya mohon. Saya ingin nelefon saudara minta jemput.
Saya takut sekali kak.”
Bayangkan, surat ini dilempar masuk ke dalam rumah orang asing, kerana si penulis sudah sampai tahap tak tahan dan mahu melarikan diri. Tak sangka masih berlaku kes seperti ini, kes pemerdagangan orang dan eksploitasi pekerja domestik.
Rakan sekerja Taufik yang terima laporan itu terus bertindak bijak. Beliau segera hubungi Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) untuk tindakan lanjut. Kes sebegini memang berada dalam bidang kuasa jenayah berat dan perlu diambil serius.
Pihak jenayah pun segera bergerak ke lokasi rumah pengadu, buat pemantauan dan pemeriksaan. Benda ni tak boleh tangguh-tangguh, sebab nyawa mungkin sedang dalam bahaya. Sementara itu, di bahagian PKD, satu Laporan Maklumat Pertama (Initial Information Report) telah dibuat bagi merekodkan panggilan yang diterima, ini penting untuk dokumentasi rasmi dan rujukan siasatan lanjut.
Beberapa jam kemudian selepas Taufik masuk kerja dan sambung syif petang, kami dimaklumkan bahawa satu tangkapan telah dibuat. Majikan kepada wanita warga Indonesia itu telah ditahan oleh pihak polis atas kesalahan memerdagangkan orang dan mengeksploitasi mangsa untuk tujuan seks.
Tak boleh nak bayang penderitaan mangsa tu. Tak boleh solat, tak dibenarkan telefon, malah diseksa secara fizikal dan emosi. Bila seseorang sampai tahap sanggup lompat dari atap, itu bukan main-main. Itu tanda mangsa dah sampai ke titik putus harap dan mungkin tak nampak jalan keluar.
Taufik secara peribadi sangat bangga dan salute dengan tindakan pantas rakan-rakan di Bahagian Jenayah. Bukan mudah nak bertindak segera, lebih-lebih lagi dalam kes yang melibatkan rumah persendirian. Tapi bila kita bergerak cepat, mungkin kita dah selamatkan satu nyawa, atau lebih tepat lagi, sebuah kehidupan.
Kes ni juga jadi satu peringatan kepada semua, kalau kita nampak sesuatu yang tak kena, jangan tunggu, jangan anggap bukan urusan kita. Mungkin pertolongan kecil kita seperti jawab panggilan, buat laporan atau bantu dengan maklumat, boleh ubah hidup seseorang.
Kes macam ni bukan kali pertama berlaku. Taufik pernah juga terbaca dan dengar laporan-laporan berkaitan penderaan amah, pembantu rumah, atau warga asing yang dijadikan mangsa eksploitasi. Mereka datang jauh dari kampung halaman untuk mencari rezeki, tapi ada yang malangnya diperlakukan lebih teruk dari binatang.
Ada yang kena kunci dalam rumah, tak diberi makan cukup, disuruh kerja tanpa rehat, malah ada juga didera secara seksual. Dan malangnya, ramai yang takut untuk melawan kerana tak tahu hak mereka, atau kerana tiada tempat nak lari. Mereka hanya bergantung harap pada Tuhan dan keajaiban dari luar, seperti dalam kes kali ini, surat dilempar ke tingkap orang.
Sebagai masyarakat, kita semua ada peranan. Kita boleh bantu dengan ambil berat dan peka dengan keadaan sekeliling. Kalau dengar jeritan pelik, nampak seseorang dalam keadaan mencurigakan atau menerima mesej bantuan seperti dalam kes ini, buat laporan. Jangan takut.
Dan kepada majikan yang masih tak sedar diri, yang ingat pekerja boleh dilayan macam hamba, ingat, undang-undang Malaysia melindungi mangsa pemerdagangan orang, dan hukuman sangat berat. Jangan ingat semua orang diam itu bermaksud tak tahu.
Taufik harap perkongsian kali ini dapat buka mata dan hati semua. Semoga Allah lindungi mereka yang dizalimi dan berikan kekuatan kepada petugas barisan hadapan untuk terus bantu masyarakat.
Ya Allah ada lagi rupanya benda macam ni. Semuga Allah melindungi mereka yang teraniya tu. Sian dengornya. Pi merantau cari rezeki tapi akhirnya di dera.
ReplyDeleteItu laaaa pasal, datang nak cari rezeki tetapi yang jadi hal sebalik nya pulak.
Deletebiasanya apa yang akan berlaku pada mangsa ye? dorang akan dihantar balik ke negara asal masing2 ke?
ReplyDeleteOk, terima kasih atas soalan tu.... Taufik akan buat entri untuk esok bagi menjawab persoalan.
Deletethanks for sharing. kesian sgt2 those yg jd mangsa kezaliman gini. syabas utk taufik dan pasukan kerana bertindak pantas!
ReplyDeleteSama sama kak, manusia berhati binatang harap dihukum dengan hukuman yang setimpal.
DeleteAllahuakbar, sedihnyaaaa ....😥😥😥😥...mujur cepat bertindak. Akak bayangkan kita pergi negara orang untuk berkerja tetapi jadi sebaliknya....
ReplyDeleteYa kak, nasib pengadu pun seorang yang ambil berat dan menghubungi pihak polis... Kalau tidak mesti lambat dapat bertindak.
DeleteYa Allah....allah nak bantu mangsa la tu sebab notanya sampai ke rumah orang lain dengan selamat. Scary betul zaman sekarang masih ada kes pemerdagangan orang untuk tujuan yg tertentu.
ReplyDeleteAllah hadirkan seseorang untuk nampak kertas nota tu.
DeleteNasib jugak pakcik yang terima kertas tu cepat membantu, bukan biarkan kertas tu tanpa dibantu. Rakyat kita masih ada lagi rasa empati dan prihatin sesama manusia. Nasib juga pihak polis cepat menjalankan siasatan kalau tidak entah jadi kes bunuh diri dahla pulak ya. Manusia sekarang ramai yang lebih binatang dari binatang.
ReplyDeleteItu laaaaa nasib baik pengadu tu tergerak hati nak call polis untuk minta bantuan. Masih tertulis rezeki untuk mangsa dapat dibantu
DeleteTq ceritakan hal ini. Tak dapat bayang kejadian begini ada lagi.
ReplyDeleteBetul, Taufik sepanjang 8 tahun di sini belum ada lagi aduan macam ni... Tak sangka ada manusia yang macam ni
DeleteAllahuakbar kesiannya mangsa mesti tak tertanggung beban disiksa mental emosi jd hamba seks camtu :(
ReplyDeleteSampai dah tahap minta pertolongan macam tu... Memang sudah teruk tu
DeleteAllahuakbar. Kesiannya. Syukurlah ada orang bantu dia. Kejam betul majikan macam tu. Aniaya orang je kan. Elok-elok orang nak cari rezeki, majikan pula buat yang tak baik ambil kesempatan. Syukur kes berjaya diselesaikan dan tangkapan dah pun dibuat. Syabas juga untuk pihak polis.
ReplyDeleteItu laaa tu. Majikan macam ni da jadi kategori binatang dahhhh...
DeleteAlhamdulillah cepat bertindak.. tahniah dan syabas..
ReplyDeleteAlhamdulillah Allah telah gerakkan hati pengadu untuk menghubungi pihak polis
DeleteMacam pernah baca @ tengok cerita tentang cara mangsa minta tolong.. Naseb baik juga, nota sampai di tangan org yg benar.
ReplyDeleteBanyak kes macam ni kalau di bandar bandar besar.. cuma berita tu sampai atau tak je...
DeleteNasib baik rezeki nota tu sampai kepada orang yang prihatin
Alhamdulillah sempat diselamatkan. Tahniah!
ReplyDeleteKadang apa yg dilakukan majikan terhadap pekerja² tu tak terjangkau dek akal kita kan. Hati kering sungguh boleh buat zalim sesama makhluk :(
Betul tu, siapa yang sangka majikan akan buat oerangai macam ni
DeleteAllahu, nasib baik si pengadu jenis cakna jugak dan buat report polis... alhamdulillah si penulis dpt diselamatkan
ReplyDeleteBetul tu, memang salute laaa kat pengadu... Tindakan yang sangat mulia
Deletebila baca ni entah kenapa otak sy terus teringat kes2 maid yg didera majikan smpi hilang nyawa mereka...
ReplyDeleteKesian mereka didera oleh majikan yang tidak ada perikemanusiaan
DeleteKesiannya mangsa. Sama mcm kes baru ni yg finalist masterchef dera pembantu rumah tu kan. Bila mereka dah rasa ada di atas, senang2 nak tindas orang susah. Semoga pelaku diberi hukuman setimpal
ReplyDeleteSyabas utk semua polis yg terlibat!
Dia org jenis pandang level .. mentang mentang orang tu kje pembantu rumah je ...
DeleteHarap kena hukuman berat.
Sedih bacanya... Kadang saya tak paham, kenapa orang2 ini tega melakukan hal begitu. 😔. Saya dengan asisten2 rumah yg bekerja dengan saya, macam tak sampai hati jika mereka kerja terlalu berat. Sebisa mungkin pun saya anggab keluarga, sebab dalam hal ini, bukan hanya mereka yg butuh kerja, tapi terlebih saya yg butuh bantuan mereka.
ReplyDeleteKrn itu tak masuk logika bagi orang2 yg tega menyiksa para pekerjanya, siapapun itu. Di sini pun banyak case macam itu bang. Sedihnya hukum di Indonesia nih masih tumpul ke atas. Kadang hukuman yg dibagi tak masuk akal, terlalu ringan 😔
Alhamdulillah di sana masih ada orang2 yg mau ambil berat dengan nota yg dia dapat. Krn banyak juga yg tak peduli kan
Alhamdulillah ...Tuhan gerak kan hati mereka untuk bantu kepada mereka yang memerlukan....
Deletekalau bagi saya memang setuju kalau mereka juga kita anggap seperti keluarga..kerana mereka yang banyak membantu keperluan harian .
Kiranya PKD kena analisa sesuatu laporan dengan pantas lah kan samada hantar polis peronda atau terus ke BSJ.
ReplyDeleteBetul tu, PKD kena pantas berfikir dan buat tindakan...
Deleteteringat pada maid jiran belakang rumah yang selalu juga berbual dengan arwah mama waktu dia menjemur kain dibelakang rumah. Dia pun terpaksa larikan diri sebab dah tak tahan sangat dengan majikan yang suruh buat macam2 diluar perjanjian sampai ke tahap kena potong daging ba*i, kena mandikan anjing.
ReplyDelete