Skip to main content

Masa Free, Main Game Dulu


Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda.

Kalau korang pula, apa korang buat masa free?
Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online?

Kalau aku...

Aku memang suka main game!


Game Pilihan Aku? Shooter Games!

Antara game yang aku selalu layan:

  • Counter Strike (CS:GO)
  • Call of Duty Mobile (CODM) (tapi main guna PC ya bukan phone 😎)


Sekadar untuk hiburan diri sendiri, hilangkan stres dan rasa penat lepas seharian bertugas.
Bukan hardcore gamer pun, tapi cukup la buat "release tension". Kadang-kadang kalau kena shift malam ke, lepas habis kerja ada masa sikit tu aku akan layan se-round dua. Hihihi.


Gaming = Terapi Diri?

Bagi aku, main game ni bukan sekadar main suka-suka je. Tapi satu cara untuk reset otak, dan kekalkan semangat dalam tugas harian. Asalkan kita tahu had, tak lupa tanggungjawab.

“Kerja serius-serius, tapi rehat pun kena pandai layan.” 😉


Jadi, korang pula macam mana?
Ada game best nak cadang tak?
Boleh komen kat blog, nanti aku try! 😄


#DiSebalikUniform
#GameTime
#CallOfDutyMobile
#CounterStrike
#PolisPunAdaHobi


Comments

  1. Linda main game masak2 je...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhhh dulu selalu main game restoran dgn game pizza.

      Delete
    2. Ana dulu main farmville yg tanam-tanam tu ahahaha

      Delete
    3. Dulu2 main juga FV tu..zaman belajar,balik kelas je..terus harvest. Kdg tak sempat,dah mati pokoknya..hahaha

      Delete
    4. Wahhh ada juga pemain game ville kat sini...

      Delete
  2. Akak main game tanam-tanam farmvile. Sampai dah besor ladangnya. Nak menanam realiti tangannya panas jadi tanam dalam talian. Dulu kat fb rajin tolong kawan tapi lah ni dah hilang semua geng farmvile. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhh dulu kat facebook ada main jugak game ni. Tapi bila dah handphone sekarang da canggih ... Dah tak main game kat facebook.... Mungkin boleh tgk balik ni hahaha.... Da jadi hutan tebal apa la agak nya tu.

      Delete
  3. memang games ni terapi utk golongan adam! sama mcm shopping is terapi utk golongan hawa hhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa betul tu, walaupun cuci mata yeee.., kikiki

      Delete
  4. Sesuailah game tu dgn pekerjaannya ye hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn....... Dari zaman budak budak duk CC sampai sekarang hahaha.

      Delete
  5. CS memang mainan saya masa kerja kat cc dulu lepas habis spm. kena pulak yang datang tu semua classmate.. sekarang klau nak main pun dengan Bot je la.. dah xde geng.. ^^

    ReplyDelete
  6. Main candy crush je tapi time nak tunggu anak....masa terluang sikit....saje nak hiburkan hati.

    ReplyDelete
  7. kalau game shoot² ni suka main Game Max Payne. Mencabar nak selesaikan chapter by chapter. Menguji kepantasan dan minda jugalah. Graphic pun nice sangat. Ada gaya² ala Matrix tu best. Suka buat gaya tu. Sekarang tak tahulah ada lagi ke tidak. Dekstop pun tak compatible graphic dah. Nak main game ni kena ada dekstop yang graphic ok baru best. Kalau cakap pasal terapi ni, suka pergi jalan-jalan atau makan kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Game Max Payne ni pernah main masa tahun 2007 dulu ... Best jugak....

      Delete
  8. Bejeweled Classic 😅
    Perah otak sikit je.. kata nak release tension. Kalau main game yang berat karang terkeluar plak otak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhh memang klasik game ni... Org lejen je yg kenal game ni hihihi.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal: