Skip to main content

Korang Sarapan Apa Pagi ni



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat blogger dan pembaca setia blog Di Sebalik Uniform. Korang sarapan apa pagi tadi? Ada yang sarapan nasi lemak? Roti canai? Atau cukup sekadar kopi o dan biskut kering?

Hari ni Taufik bangun agak awal. Lepas Subuh, duduk kejap tengok luar tingkap, langit masih samar-samar. Dengar bunyi burung berkicau, hati pun rasa tenang. jadi Taufik pun ambil peluang ni nak siapkan sarapan ringkas.

Buka peti ais, tengok ada pisang yang dah agak lembik, dan terus datang idea “Jom buat cekodok!”.

Bila makan cekodok ni, terus teringat zaman kecil. Dulu mak selalu buat bila tak sempat masak berat. Kadang-kadang masa nak pergi sekolah pun sempat capai satu dua ketul.

Taufik yakin ramai antara korang pun ada memori macam tu. Cekodok ni walaupun ringkas, tapi penuh makna. Kadang-kadang makanan simple la paling sedap. Tak payah ada sos istimewa pun.

Comments

  1. nak buat cekodok pun lama tau...hihihi

    ReplyDelete
  2. cokodok pisang peberet akak. Dulu keliling rumah banyak pokok pisang jadi selalu le buat cekodok. Kalau pisang nipah buat goreng. Lagi sedap dapat ubi rebus dengan keledek goreng atau keladi goreng. Cecah dgn sambal kicap. Tu peberet orang johor le semua gorengan nak cicah sambal kicap. Sedap hehehehe lagi best tempe goreng cicah sambal kicap. Perghhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaaa kat Johor kalau goreng goreng memang cecah dengan sambal kicap

      Delete
  3. Pokcik tak makan pisang, pokcik sarapan roti canai jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhhh roti canai pon sodap tu...peberet kalau roti canai telur...kuah banjir

      Delete
  4. pagi ni sis sarapan nasi lemak bungkus daun pisang.. ^^

    ReplyDelete
  5. bagusnyaaaaa pandai masak cekodok....kak mieja bf merangkap lunch nasi lemak daun pisang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak, sebab dulu dari kecik banyak tolong ada laaa sedikit ilmu tu

      Delete
  6. Sedap dah ni cekodok. Kalau ada pisang boleh la buat dia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...