Skip to main content

Kenapa Judi Online Masih Banyak Walaupun Dah Banyak Kena Tangkap?

Soalan ni memang sering ditanya bukan saja oleh orang awam, malah kadang-kadang kami sendiri dalam pasukan pun tertanya juga. Tapi jawapan dia lebih rumit daripada yang orang fikirkan.

Pertama sekali, kita kena faham bahawa judi online bukan macam kedai judi biasa yang ada fizikal. Kalau kedai fizikal, senang nampak, serbu, sita dan tutup. Tapi judi online ni ibarat hantu maya. Dia bergerak dalam dunia internet, dan kebanyakan server dia bukan pun kat Malaysia.


Majoriti website judi online yang beroperasi di Malaysia sebenarnya berpangkalan di negara luar seperti Filipina, Kemboja dan negara Eropah Timur. Jadi bila kita serbu atau tangkap individu yang kendalikan promosi kat sini, server utama dia masih jalan macam biasa. Pihak polis tak boleh sekat terus sebab perlu kerjasama antara negara, dan prosedur tu makan masa dan teknikal.


Sindiket judi sekarang makin bijak. Mereka tak lagi guna laman web yang mudah dikesan. Mereka guna platform sosial seperti Facebook, TikTok, Telegram, dan WhatsApp untuk promosi. Iklan dia pun bukan terang-terang cakap pasal judi, tapi guna istilah pelik-pelik macam "bola88", "slot lucky", atau "room bola".

Bila dapat mangsa, mereka akan berikan link khas yang hanya aktif beberapa jam. Lepas tu link tu hilang dan diganti dengan link baru. Pendek kata, sangat sukar untuk detect dan sekat secara kekal.


Biasanya orang tempatan yang ditangkap hanyalah sebagai ‘operator’ tugas dia promosi, ambil deposit dan layan pelanggan. Mereka ni pun kadang cuma ‘bekerja dari rumah’ untuk sindiket luar negara. Bila kena tangkap, sindiket akan lantik orang baru.

Boleh bayangkan macam call centre, tapi untuk judi. Bila pusat A kena serbu, esoknya pusat B mula beroperasi pula.


Zaman sekarang, banyak transaksi berlaku melalui e-wallet, transfer bank, dan platform digital yang sukar dikesan sebab mereka guna akaun ‘keldai’ iaitu akaun orang lain yang diambil atau disewa. Bila satu akaun dibekukan, sindiket akan guna akaun lain pula.


Nak tak nak kena terima, permintaan masih tinggi. Ramai yang masih mahu berjudi, walaupun tahu risikonya. Jadi selama mana ada permintaan, akan tetap ada pihak yang ambil peluang buat duit dari situ. Tambah pula zaman ekonomi mencabar, ramai yang terpedaya dengan janji “modal RM10 boleh menang RM1000”.


Pihak PDRM sebenarnya tak pernah berhenti buat operasi, cuma tak semua berita keluar kat media. Unit JSJ, Bahagian D7 dan Cyber Crime memang buat pemantauan harian, termasuk bekerjasama dengan SKMM untuk sekat laman web terlibat. Tapi seperti yang disebut tadi, laju mereka buka, laju juga link baru muncul.


Selagi ada permintaan, selagi teknologi makin canggih, dan selagi undang-undang antarabangsa memerlukan masa untuk bertindak, judi online ni akan tetap muncul semula.

Tapi percayalah, pihak berkuasa tetap berusaha hari-hari untuk banteras walaupun bukan mudah.

Jadi peranan masyarakat juga penting, kalau nampak iklan, laporkan. Kalau ada ahli keluarga terlibat, nasihatkan. Jangan hanya serah pada polis semata-mata. Judi online bukan sekadar jenayah, tapi juga ancaman sosial.


Jangan lupa untuk sertai CONTEST taufik ye... Setiap hari ada petunjuk hingga hujung bulan...teka seberapa banyak

KLIK SINI


Comments

  1. Judi online, scammer semuanya jenayah rentas sempadan, susah nak dibenteras. Kesedaran orang ramai yg perlu dipertingkatkan.
    Jap akk nak gi tengok apa yg ada dekat contest tu :D Terlepas info sbb weekend tak sempat nak b/w

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, bukan setakat masalah judi sahaja...tapi rakyat kita sendiri yang banyak menyokong sebab tu mereka tak kisah

      Delete
  2. susah nak benteras 😢😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sebab rakyat kita sendiri yang minat untuk sertai

      Delete
  3. trs teringat penyewa rumah sy skrg ni... penyakit gila judi online dia tu adoiiii... kitonyo kesian kat anak bini... haihhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau menyusahkan diri sahaja takpe...isi sampai dah menyusahkan ahli keluarga

      Delete
  4. kerja my asben dedulu ni, JSJK-Unit Keselamatan Siber, Bukit Aman. Pastu sambung belajar, pastu tukar Ketua MPV IPD Kuala Selangor pastu pencen. Penat jadi polis katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh banyak berjalan ni...merata pergi kalau JSJK ni

      Delete
  5. Kadang kalau main game Candy Crush kan....tiba2 ada iklan judi Plinko ke namanya.....geram je rasa. Nasib baik dah tak keluar dah iklan tu. Dia buat ads berbayar pulak dah. Itulah agama kita melarang main judi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. judi ni boleh rosakkan fikiran kita....nak lagi dan lagi

      Delete
  6. Memang masyarakat kena berganding bahu utk buat laporan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sama sama kita bantu benteras...harap rakyat kita juga dapat kesedaran

      Delete
  7. Betullah.. Selagi ada permintaan memang susah nak sekat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...