Soalan ni memang sering ditanya bukan saja oleh orang awam, malah kadang-kadang kami sendiri dalam pasukan pun tertanya juga. Tapi jawapan dia lebih rumit daripada yang orang fikirkan.
Pertama sekali, kita kena faham bahawa judi online bukan macam kedai judi biasa yang ada fizikal. Kalau kedai fizikal, senang nampak, serbu, sita dan tutup. Tapi judi online ni ibarat hantu maya. Dia bergerak dalam dunia internet, dan kebanyakan server dia bukan pun kat Malaysia.
Majoriti website judi online yang beroperasi di Malaysia sebenarnya berpangkalan di negara luar seperti Filipina, Kemboja dan negara Eropah Timur. Jadi bila kita serbu atau tangkap individu yang kendalikan promosi kat sini, server utama dia masih jalan macam biasa. Pihak polis tak boleh sekat terus sebab perlu kerjasama antara negara, dan prosedur tu makan masa dan teknikal.
Sindiket judi sekarang makin bijak. Mereka tak lagi guna laman web yang mudah dikesan. Mereka guna platform sosial seperti Facebook, TikTok, Telegram, dan WhatsApp untuk promosi. Iklan dia pun bukan terang-terang cakap pasal judi, tapi guna istilah pelik-pelik macam "bola88", "slot lucky", atau "room bola".
Bila dapat mangsa, mereka akan berikan link khas yang hanya aktif beberapa jam. Lepas tu link tu hilang dan diganti dengan link baru. Pendek kata, sangat sukar untuk detect dan sekat secara kekal.
Biasanya orang tempatan yang ditangkap hanyalah sebagai ‘operator’ tugas dia promosi, ambil deposit dan layan pelanggan. Mereka ni pun kadang cuma ‘bekerja dari rumah’ untuk sindiket luar negara. Bila kena tangkap, sindiket akan lantik orang baru.
Boleh bayangkan macam call centre, tapi untuk judi. Bila pusat A kena serbu, esoknya pusat B mula beroperasi pula.
Zaman sekarang, banyak transaksi berlaku melalui e-wallet, transfer bank, dan platform digital yang sukar dikesan sebab mereka guna akaun ‘keldai’ iaitu akaun orang lain yang diambil atau disewa. Bila satu akaun dibekukan, sindiket akan guna akaun lain pula.
Nak tak nak kena terima, permintaan masih tinggi. Ramai yang masih mahu berjudi, walaupun tahu risikonya. Jadi selama mana ada permintaan, akan tetap ada pihak yang ambil peluang buat duit dari situ. Tambah pula zaman ekonomi mencabar, ramai yang terpedaya dengan janji “modal RM10 boleh menang RM1000”.
Pihak PDRM sebenarnya tak pernah berhenti buat operasi, cuma tak semua berita keluar kat media. Unit JSJ, Bahagian D7 dan Cyber Crime memang buat pemantauan harian, termasuk bekerjasama dengan SKMM untuk sekat laman web terlibat. Tapi seperti yang disebut tadi, laju mereka buka, laju juga link baru muncul.
Selagi ada permintaan, selagi teknologi makin canggih, dan selagi undang-undang antarabangsa memerlukan masa untuk bertindak, judi online ni akan tetap muncul semula.
Tapi percayalah, pihak berkuasa tetap berusaha hari-hari untuk banteras walaupun bukan mudah.
Jadi peranan masyarakat juga penting, kalau nampak iklan, laporkan. Kalau ada ahli keluarga terlibat, nasihatkan. Jangan hanya serah pada polis semata-mata. Judi online bukan sekadar jenayah, tapi juga ancaman sosial.
Jangan lupa untuk sertai CONTEST taufik ye... Setiap hari ada petunjuk hingga hujung bulan...teka seberapa banyak
Judi online, scammer semuanya jenayah rentas sempadan, susah nak dibenteras. Kesedaran orang ramai yg perlu dipertingkatkan.
ReplyDeleteJap akk nak gi tengok apa yg ada dekat contest tu :D Terlepas info sbb weekend tak sempat nak b/w
betul tu, bukan setakat masalah judi sahaja...tapi rakyat kita sendiri yang banyak menyokong sebab tu mereka tak kisah
Deletesusah nak benteras 😢😢
ReplyDeletebetul tu, sebab rakyat kita sendiri yang minat untuk sertai
Deletetrs teringat penyewa rumah sy skrg ni... penyakit gila judi online dia tu adoiiii... kitonyo kesian kat anak bini... haihhh...
ReplyDeletekalau menyusahkan diri sahaja takpe...isi sampai dah menyusahkan ahli keluarga
Deleteye... sampai pihak sekolah terpaksa masuk campur sbb kesiankan bini (1 sekolah) & anak2...
Deletebenda tak datang kan hasil tapi tetap juga tergila gilakan judi tu
Deletekerja my asben dedulu ni, JSJK-Unit Keselamatan Siber, Bukit Aman. Pastu sambung belajar, pastu tukar Ketua MPV IPD Kuala Selangor pastu pencen. Penat jadi polis katanya.
ReplyDeletewahh banyak berjalan ni...merata pergi kalau JSJK ni
DeleteKadang kalau main game Candy Crush kan....tiba2 ada iklan judi Plinko ke namanya.....geram je rasa. Nasib baik dah tak keluar dah iklan tu. Dia buat ads berbayar pulak dah. Itulah agama kita melarang main judi ni.
ReplyDeletejudi ni boleh rosakkan fikiran kita....nak lagi dan lagi
DeleteMemang masyarakat kena berganding bahu utk buat laporan
ReplyDeletebetul tu, sama sama kita bantu benteras...harap rakyat kita juga dapat kesedaran
DeleteBetullah.. Selagi ada permintaan memang susah nak sekat..
ReplyDeleteYA, orang kita juga yang banyak support
DeleteBahaya benda ni kepada generasi kita, mereka kena bentuk sedari kecil agar teguh demi negara tercinta
ReplyDeletebetul, merosakkan minda generasi kita. bukan je merugikan duit tapi menyebabkan kehidupan jadi tak tentu arah
DeleteKalau di kuching ni kami panggil kedai slot, mmg banyak sgt, kononnya bukak kedai makan tapi ada stall jual maggi je... kerusi meja je banyak... tgk pattern mcm tu kami tau dah kedai slot... sbb dlmnya ada kaunter lagi... x boleh nak husnuzon... mcm susah sgt nk dibanteras, mcm senangnya mereka ni dpt lesen running kedai, entahlah
ReplyDeleteya mereka ni tumbuh macam cendawan... depan depan berniaga lain belakang belakang berniaga lain. lesen perniagaan juga perlu dipantau
DeletePolis, SKMM dan orang ramai kena berganding bahu banteras kegiatan judi ni. Kalau orang ramai peka dan tidak melibatkan diri sama sekali mungkin boleh dibenteras.. maklumlah tiada permintaan.
ReplyDeletebetul tu, sama sama lah kita rakyat supaya tidak bermain judi....biar mereka tiada demand...maka supply juga makin berkurang
DeleteDi Oakland Commercial Centre (belakang Hospital Columbia, Seremban) ada kedai yang mencurigakan. Sewa kedai situ rata-rata rm2500 untuk tingkat bawah tapi takde produk. Begitu juga di Rasah, sekadar jual raga.
ReplyDeletememang nampak betul mencurigakan tu. sebab produk tak berapa nampak sangat tapi masih kekal berniaga di situ
Deletedikawasan rumah ammi haritu ada serbuan atas maklumat org awam. ammi dok ingatkan itu cafe (tak pernah masuk sebab nampak yg jaga macam org Myanmar)...rupanya 2-3 meja diluar acah2 cafe tapi kat dalam pusat judi rupanya.
ReplyDeleteitu laaa kak, mereka jadikan perniagaan biasa itu sekadar sampingan sahaja...hakikat nya pusat judi
DeleteLagi banyak berita pusat mereka di Kamboja. Dan berkali2 polisi sini juga bagian imigrasi menahan orang2 , kebanyakan lelaki muda yg ingin pergi ke Kamboja, Krn dicurigai akan kerja sebagai admin judol (judi online).
ReplyDeleteBahkan ada yg meninggal akhirnya Krn disiksa di sana. Sementara yg terjerat judol, sampai tega dia menghabiskan uang keluarga. Malah ada kejadian suami istri, polisi keduanya, dan istrinya sudah tidak tahan Krn suami kecanduan judol. Akhirnya bertengkar, dan berakhir istri membunuh suami. Jujur saat itu netizen banyak yg support istrinya. Yg dia lakukan tak benar, tapi semata Krn tak tahan suami yg sudah menghabiskan uang hanya utk judol, padahal dia termasuk polisi yg seharusnya tidak melakukan itu 😞.
Saya pun tak tahu cara memberantasnya bagaimana. Apalagi modal mereka kuat sangat kan
bila sudah kecanduan ni memang payah nak lepas...akibat nya diri sendiri dan ahli keluarga yang jadi mangsa... nama pasukan pun terjejas sama...kasihan terhadap isteri nya yang terpaksa menanggung keadaan sebegitu....
Deletejudi online takda kesudahan. buatlah apa pun, takkan nak block mediasosial kita pula, esok akan ada medium baru untuk tarik orang ramai. moga ada jalan untuk pihak berkuasa kita membanteras masalah ini. baik judi, arak dan rokok/vape,
ReplyDeletebetul tu, memang susah...kalau kedai kita nampak fizikal tapi online ni tumbuh macam cendawan...rakyat kita juga yang ramai sokong...payah tu
DeleteMakin canggih teknologi, makin bijak mereka kan. Macam scammer juga. Payah betul nak membanteras. Mereka bijak guna teknologi yang ada. Makin berleluasa pulak ye.
ReplyDeleteSusah nak benteras ni sebab permintaan banyak dan juga penyokong dia pun banyak. Sian pada anggota yang bertungkus lumus nak basmi tapi ianya tumbuh bagaikan cendawan naik.
ReplyDelete