Skip to main content

Jumpa Berus Gigi Ultraman di Shopee!

Tadi masa Taufik tengah belek-belek Shopee, cari barang keperluan macam biasa... sekali terpandang satu benda yang mencuri perhatian! Wahhhhh sekarang ni dah ada berus gigi Ultraman laaaa 😱🔥

Kalau jumpa peminat tegar ni siap lahhhh..


Bukan main-main tau, berus gigi bentuk badan Ultraman siap dengan penutup kepala sekali, bila buka je kepala tu terus keluar berus gigi. Kreatif betul design dia! Memang confirm budak-budak peminat Ultraman akan suka sangat ni. Siap boleh anggap macam mainan sambil gosok gigi.

Kadang-kadang, kita sebagai ibu bapa ni pun pening kepala nak suruh anak gosok gigi pagi dan malam, kan? Tapi kalau guna berus gigi Ultraman ni, dijamin anak-anak sendiri yang akan berlari nak gosok gigi setiap kali masuk bilik air. Serius, memang comel dan menarik.

Taufik tengok design dia pun memang padu, warna merah, biru, perak, kuning semua nampak macam dalam siri sebenar Ultraman. Material pun nampak tahan lasak, sesuai sangat untuk geng-geng kecik yang kadang-kadang ganas sikit bila pakai barang 😅


Siapa Patut Beli?

  • Mak ayah yang ada anak suka Ultraman
  • Hadiah hari jadi untuk anak buah
  • Atau... untuk koleksi sendiri kalau kau memang peminat tegar Ultraman! (Eh tak salah kan? 😜)

Haaaa cepat masukkan dalam wishlist Shopee siap-siap. Manalah tahu boleh jadikan hadiah istimewa bila anak buat sesuatu yang membanggakan nanti. Atau bagi siapa yang suka reward anak bila habis baca buku ke, puasa penuh ke, haaa ini pun salah satu cara hadiah yang berguna.

Korang yang baca ni pernah nampak ke benda ni kat Shopee atau kedai lain? Kalau ada yang dah beli, boleh la share pengalaman selesa ke? tahan lama tak? anak suka ke? Jom sembang sikit kat ruangan komen.


Nak Taufik letakkan link Shopee pun boleh kalau korang nak cari cepat 😉

Cuba klik sini untuk beli

Comments

  1. utk dewasa takde ke? taufik tak beli ke? hahaaa comey weih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk dewasa x de pulak dia keluar .... Nasib takde Naruto atau Dragonball kalau tak memang jadi koleksi tu hahaha.... Kaannnnn ...untuk peminat tegar boleh jadi koleksi tu...

      Delete
  2. berus gigi yg comel macam ni selalu untuk budak-budak je.. cubalah buat utk size orang dewasa jugak kan. kita pun berminat nak beli

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...