Skip to main content

Induksi Koperal Langkah Pertama Jadi Penyelia

Beberapa hari lepas, Taufik berpeluang terlibat dalam satu program penting dalam kerjaya sebagai anggota polis Program Induksi Pegawai Rendah Polis Time-Based (PRP-TB) untuk pangkat Koperal.

Sebenarnya, Taufik baru sahaja dinaikkan pangkat Koperal pada hujung tahun lepas, jadi secara automatik nama tersenarai untuk menyertai program ni. Program ini diwajibkan kepada semua anggota yang dinaikkan ke  pangkat Koperal Time Base sebagai persediaan awal menjalankan tanggungjawab sebagai penyelia kepada anggota bawahan.


Pendaftaran bermula seawal jam 7.15 pagi, dan program ini menghimpunkan seramai 104 orang peserta dalam daerah. Suasana memang meriah dan penuh semangat yelah, masing-masing hadir dengan harapan dan tanggungjawab baru. Rata-rata peserta adalah mereka yang naik pangkat macam Taufik, dan ada juga yang berpengalaman lama, jadi banyak perkara yang boleh dikongsi.


Tepat jam 8.00 pagi, program bermula dengan slot pertama mengenai Kuasa-Kuasa Polis. Walaupun Taufik dah lama bertugas di lapangan dan memang biasa guna kuasa-kuasa ni, tapi bila diulang dan dihuraikan dalam bentuk teori, banyak juga benda yang kita terlepas pandang.

Slot ini menjelaskan kuasa menangkap, memeriksa, menahan, dan menggeledah, serta bila dan bagaimana kuasa itu boleh digunakan secara sah dan profesional. Sebagai seorang koperal yang kini penyelia, kami kena faham kuasa bukan untuk disalahguna, tapi untuk digunakan secara bertanggungjawab terutama bila memberi arahan kepada anggota bawah.


Slot kedua pula bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Topiknya sangat menarik iaitu hak mempertahankan diri semasa bertugas.

Taufik memang sangat suka topik ni sebab dalam tugas seharian, kita sering berdepan dengan situasi mencabar kadang-kadang ada penjenayah yang agresif, orang awam yang emosi, atau suasana rusuhan. Dalam slot ini, kami diterangkan secara jelas tentang peruntukan undang-undang berkaitan pertahanan diri, termasuk batasan penggunaan kekerasan, bila dibenarkan, dan bila ia dianggap salah guna kuasa.

Sebagai penyelia, penting untuk faham semua ni sebab kita yang akan jadi rujukan bila anggota bawahan terlibat dengan kes keganasan atau konflik.


Tepat jam 12.00 tengah hari, kami diberi waktu rehat selama 1 jam.

Ramai yang balik sekejap ke rumah atau ke warung untuk makan. Tapi Taufik buat keputusan untuk rehat di pejabat PKD sahaja. Tak jauh, jimat masa dan boleh rehat tenang. Kadang-kadang, bila dah lama kerja, kita akan rasa nikmat bila dapat rehat sekejap walaupun hanya atas kerusi pejabat asal ada kipas dah cukup syukur hahaha.


Jam 1.00 petang, slot petang bermula dengan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), khusus untuk kawad kaki.

Sebelum praktikal, kami diajar dulu teori asas tentang pergerakan kawad, disiplin barisan, dan komunikasi antara komander dan anggota. Cuaca waktu tu sangat panas, jadi memang bagus bila kami dimulakan dengan teori dulu sebelum turun ke padang. Tak ramai yang tahu, kawad kaki adalah asas disiplin dalam pasukan beruniform dan penyelia kena tahu memimpin kawad dengan tepat.


Jam 3.00 petang, kami turun ke padang kawad IPD dan mulakan sesi praktikal. Memang penat tapi menyeronokkan. Bayangkan lebih 100 orang berkawad serentak, ada yang kena tegur sebab tak seiring, ada yang tersalah langkah, tapi semua tu jadi kenangan yang kelakar dan berharga. Yang penting, semangat berpasukan tu jelas terasa.


Selesai kawad, kami yang beragama Islam terus ke masjid berdekatan IPD untuk Solat Asar secara berjemaah.

Slot ini memang menyentuh jiwa sebab lepas penat fizikal dan mental seharian, dapat solat berjemaah rasa tenang sangat. Ini juga jadi simbol kepada nilai kerohanian dan disiplin dalam tugas sebagai anggota polis. Kita bukan saja jaga undang-undang, tapi jaga akhlak dan hubungan dengan Tuhan juga.


Bila Taufik renung balik hari pertama program ni, satu perkara yang jelas, induksi ini bukan sekadar prosedur kenaikan pangkat. Ia satu tanggungjawab baru, amanah untuk jadi contoh kepada anggota bawah dan pemimpin kecil dalam pasukan.

Bila kita bawa pangkat koperal, mata anak buah akan pandang kita. Kalau kita cuai, mereka pun ikut cuai. Kalau kita tegas dan adil, mereka pun akan ikut. Maka pangkat bukan sekadar lambang, tapi satu peranan besar.


InsyaAllah untuk hari kedua dan ketiga program ini, Taufik akan sambung dalam entri yang seterusnya. Harap perkongsian ni beri sedikit gambaran tentang kehidupan di balik uniform polis bukan mudah, tapi penuh nilai dan tanggungjawab.


Comments

  1. Moga tuan taufik terus komited berkhidmat utk negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, taufik juga berusaha untuk buat yang terbaik

      Delete
  2. Tahniah tuan.. Berkhidmat Untuk Negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas ucapan.. Taufik akan berusaha untuk buat yang terbaik

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah dapat melatih diri sebagai seorang penyelia

      Delete
  4. tahniah dik moga sukses seterusnya berkat amanah bertanggungjawab jalankan tugas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, walaupun dapat naik ke pangkat koperal tetapi tanggungjawab itu yang sebenarnya

      Delete
  5. Naik pangkat naik gaji agaknya hehe ... Tahniah! Semoga terus cemerlang dlm tugas 👍🏻
    Pangkat dlm polis muka dgn Lans Koperal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu kak, naik pangkat naik la gaji sikit....
      berusaha yang terbaik untuk jalankan tugas.
      pangkat dalam polis bermula dengan KONSTABEL

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...