Skip to main content

Hobi Simple Tapi Boleh Buat Senyum


Siapa kat sini suka kumpul sesuatu?
Aku yakin ramai je antara kita yang ada hobi atau minat kumpul benda-benda tertentu walaupun tak rancang pun dari awal.

Aku pun tak terkecuali 😄


Hari ni, masa tengah kemas barang dalam mini studio dalam rumah, tiba-tiba ternampak satu kotak kecil yang lama tak terusik.

Bila buka je...
Wahhhh! Koleksi keychain yang aku pernah beli dulu kat kedai RM2!

Ada keychain Dragonball, ada Naruto...
Memang nostalgia. Dah lupa pun aku pernah kumpul.
Semua sekali ada 19 biji, tapi 2 aku dah guna kat beg, jadi tinggal 17 je dalam simpanan. Hahaha.







Memang simple bukan barang mahal pun.
Tapi bila tengok balik koleksi tu, buat hati aku senyum sendiri.
Kadang-kadang benda kecik macam ni pun boleh jadi terapi, kenangan dan hiburan untuk diri sendiri.


Korang pulak minat kumpul apa?
Sticker? Duit lama? Aksesori anime?
Jom kongsi dalam komen, siapa tahu kita geng! 😄


#DiSebalikUniform
#PolisPunAdaHobi
#KeychainRM2
#DragonballNaruto
#MiniStudioKenangan


Comments

  1. Betul tu..Kak SA plak suka kumpul novel..setakan ni dah ada banyak giler..dah boleh buat mini library kat rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu saya peminat juga baca novel....(masa tu acah-acah jadi doktor cinta zaman sekolah) hahaha

      Delete
  2. biasanya sis suka kumpul alat tulis n buku nota yang comel-comel.. walaupun kadang-kadang cik abang bising bila nak guna semua tu.. hehehehe..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Kannnnn.... Zaman ni kaki NINSO jugak ni hahahhaha.... Tahun bila beli tak ingat...tak pasti sekarang ada lagi ke tak

      Delete
  4. waaahhh keychain dragon ball! tu lah hobi simple je tp buat kita tersenyum hehehe... dulu hobi collect setem sampai ada album, pastu pindah2 brg entah mana dduk dah album tu :(

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Mesti penuh ni.. ada sampai keliling tak hihihi.

      Delete
  6. Huyoo.. dah boleh geng dengan Bola Katok ni.
    Akk kumpul keychain dan fridge magnet je, itu pun kalau ada yang bagi😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhhh peminat anime jugak ke.... Ada geng ni hahaha

      Delete
  7. Sy pun sama suka kumpul mainan kinder bueno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru kali pertama jumpa orang yang kumpul mainan kinder bueno ni..menarik....

      Delete
  8. Dulu time sekolah pernah kumpul lencana besi sekolah2 lain. Banyak juga sebab akak join pancaragam jadi bila jumpa sekolah lain bertukar2 lencana. Tapi tu lah tak tahu mana dia pi dah bertahun pindah sana pindah sini entah mana lesapnya. Lepas tu kumpul keychain dan frigemagnet. Novel dah banyak sangat sampai kan mana yang agak2 tak baca lagi sedekah kat perpustakaan KKM dulu. Ni pun banyak nak clearkan lagi. Tak cukup space nak simpan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh mesti aktif zaman sekolah dulu ni...
      frigemagnet tu mesti penuh sampai kiri kanan ni hihihi

      Delete
  9. Dulu suka kumpul setem..sekarang kumpul photobook pula...hihihi..boleh tengok gambar² lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jumpa balik setem lama tu jual memang mahal tu hehehehe
      owhhh yaaa photobook menarik juga kan dari tersimpan je dalam memori telefon

      Delete
  10. Dulu saya ni suka kumpul setem, kemudian suka kumpul sajak. Bila dah berusia lain pula saya suka, suka tanam tanam herba dan bunga bunga kertas..Tahniah hobi yang MT buat menarik..memang buat tersenyum bahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh setem lama tu sangat bernilai .... Tanaman herba pun boleh buat kita tenang tgk

      Delete
  11. Seronok kadang melayan hobi kumpul benda-benda yang kita suka. Dulu zaman sekolah suka kumpul setem dari penpal. Sekarang ni rasa macam malas nak kumpul apa-apa. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, dari buat perkara yang tak betul.
      Wahh kalau masih ada setem lama tu mesti sangat berharga ....

      Delete
  12. layan hobi sesuatu yang menarik sebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... Memang sangat menarik..kita dapat juga sesuatu yang berfaedah.

      Delete
  13. Rare . Dari satu jadi dua… tahu-tahu dah penuh satu kotak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu laaaaa masa ni tengok ada tersusun kat situ... Terus ambik hahahaha...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...