Skip to main content

Hari Kedua Program Induksi Koperal Time Base

Hari kedua program induksi untuk Pegawai Rendah Polis berpangkat Koperal Time Base bermula dengan suasana yang berbeza dari hari biasa. Taufik bangun lebih awal daripada kebiasaan, tepat jam 4 pagi. Perkara pertama yang dilakukan adalah memasang eksesori pada pakaian uniform kerja. Disebabkan pakaian itu baru dibasuh malam tadi, Taufik mengambil masa hampir 20 minit untuk memasangnya. Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali ada program formal atau tugasan khas, Taufik akan pasang sendiri semua aksesori uniform  sebabnya cerewet sikit bab eksesori ni hahaha

Selesai memasang eksesori, dia terus mandi dan mengenakan pakaian berkolar serta seluar tracksuit dan kasut sukan. Uniform kerja, tuala mandi dan kasut kerja pula dibungkus kemas dalam plastik. Alasannya mudah, malas nak balik ke rumah semata-mata untuk tukar pakaian nanti. Tepat jam 5 pagi, Taufik menjenguk keluar tingkap. Cuaca nampak mendung dan angin bertiup agak kuat. "Mesti hujan kejap lagi ni," bisik hati kecilnya. Tak tunggu lama, aku terus panaskan enjin motor. Betul tekaan Taufik, sebaik sahaja bergerak keluar rumah jam 5.10 pagi, hujan mula membasahi bumi. Nasib baik sempat pakai baju hujan, kalau tidak basah kuyup sebelum sampai ke destinasi.

Destinasi pertama hari itu adalah Masjid berdekatan IPD, tempat program bermula dengan Solat Subuh berjemaah. Setibanya di masjid, Taufik terus mendaftar kehadiran dan menunaikan solat bersama rakan-rakan. Selesai solat, program diteruskan dengan aktiviti senaman pagi (PT pagi) di dataran kawad kaki IPD. Kali ini sesi dikendalikan oleh seorang Sarjan yang mengajar pergerakan Karate sebagai sebahagian daripada senaman. Walaupun letih, latihan ini penting untuk mengingatkan kembali asas pergerakan mempertahankan diri.

Selepas sesi PT pagi tamat, peserta diberi masa rehat selama 45 minit untuk sarapan dan menukar pakaian. Taufik memilih untuk mandi di tandas pejabat dan bersiap dengan uniform kerja. Sarapan ringkas sahaja biskut dan kopi Kluang sudah cukup untuk mengalas perut sebelum kelas bermula.

Jam 8 pagi hingga 10 pagi, slot pertama dimulakan dengan kelas pengucapan awam. Dalam sesi ini, para peserta diajar teknik untuk bercakap di hadapan orang ramai. Ini penting kerana sebagai koperal, ada kalanya kita akan diminta memberikan ucapan ringkas semasa majlis rasmi atau sesi taklimat kepada orang awam. Bagi Taufik, sesi ini sangat membantu menambah keyakinan diri.

Sesi seterusnya jam 10 pagi hingga 12 tengahari adalah berkenaan dengan penyeliaan dan tatatertib. Banyak perkara penting dikongsikan, termasuk tanggungjawab sebagai seorang penyelia, bagaimana memberi arahan dengan jelas, serta bagaimana menangani salah laku anggota bawahan. Taufik mengakui banyak ilmu baru yang dipelajari.

Jam 12 tengahari, peserta diberi waktu rehat selama 2 jam. Taufik mengambil peluang ini untuk lepak bersama seorang rakan dari BKDNKA di sebuah kedai makan. Rezeki tidak disangka, kawannya belanja makan tengah hari. Menu Taufik hari itu: Nasi Ayam Penyek dan Teh O Ais. Selesai makan, mereka kembali ke pejabat untuk mandi dan berehat seketika.

Nasi Ayam Penyet + Teh O Ais
Member Nasi Ikan Keli Penyet + Air Soda


Jam 2.30 petang, program bersambung dengan slot ketiga: Arahan-arahan Semasa. Sesi ini memberi penekanan kepada semua arahan terkini yang perlu diketahui oleh setiap penyelia termasuk pekeliling baru, SOP operasi, dan prosedur penugasan semasa. Dalam dunia kepolisan yang sentiasa berubah, penyelia perlu sentiasa peka dengan perkembangan terkini.

Selesai kelas jam 4.30 petang, para peserta Muslim bersiap untuk Solat Asar berjemaah di masjid berdekatan IPD. Selesai solat, program untuk hari kedua pun berakhir. Taufik dan rakan-rakan masing-masing pulang ke rumah dengan perasaan puas walaupun penat, ilmu dan pengalaman yang diperoleh sangat berbaloi.

Nantikan sambungan hari ketiga/terakhir dalam entri seterusnya, kerana lebih banyak modul dan latihan menanti.

Comments

  1. Rezeki makan tengahari, sedap.. selamat berkursus dengan penuh semangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...ni kedai 6ang dekat dekat je ....malas nak jauh²...

      Delete
  2. bagus pengisian program/training ni. moga terus sukses utk Tuan Taufik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak ilmu yang bermanfaat Taufik belajar dalam program ni. Terima kasih... Aminnnnn

      Delete
  3. uoh kena ada berucap juga..bgs juga ada kelas sebegitu...lapar plak tgk menu nasi ayam penyet..tk sempat lunch lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu, sebab kat sekolah sekolah mesti ada sesi untuk ceramah dari PDRM

      Delete
  4. aksesori untuk uniform polis memang mengambil masa yang lama untuk dipasang.. belum lagi ambil masa untuk pakai full uniform..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Kena teliti.. kalau tidak.... Tak pasal-pasal kena denda.

      Delete
  5. sedapnya ayam penyet jamu selera rezeki timba ilmu alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki...kawan nak belanja pulak

      Delete
  6. Terus teringat sek angkat adik...naseb baik tak dapat sek anak sendiri,kalau tak..memang 1 sekolah tau anak dia yang mana..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha .. kalau tak ...kecoh nanti 1 sekolah hihihi.... Asal ada program memang (budak² pun fuyohhhh mak kau laaaaaa)

      Delete
  7. Gigih berprogram..ganjaran makan pun sedap..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.... Rezeki...sedap makanan nya...

      Delete
  8. Banyak modulnya tu ya....moga menjadi seorang Koperal yang berdedikasi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu, sebab bila sudah menjadi penyelia ni macam macam tanggungjawab kena bawa......In shaa Allah Taufik akan cuba sebaik mungkin

      Delete
  9. Accesories kalau silap pasang tak boleh juga kan. Kena bersiap sendiri baru puas hati dan yakin gitu. Banyak pengisiannya di hari kedua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap pasang memang kena kiri kanan kiri kanan...berkawad tengah panas huhuhu

      Delete
  10. Tp training seperti ini walau penat, cuma biasanya dinanti sangat. Dulu saat saya masih kerja, kalo dpt time training, pasti happy. Krn bisa ganti suasana dari kantor , ke tempat yg baru 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya....sebab sudah sering berada di kantor.. maka nya jika beralih cara kerja, memang happy

      Delete
  11. Jenuh nak bubuh aksesori dekat uniform tu ye.. Biasanya tuan yang pakai je tahu kedudukan dan kekemasan aksesori tu.. Selamat berinduksi Taufik.. Sedap menu tengahari tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni betul... Sebab tak boleh terbalik sikit...nanti kena berlari pulak gara gara terbalik kepala harimau

      Delete
  12. Eksesori uniform tu buat anggota PDRM makin hensem. hehehehe selamat bertugas

    ReplyDelete
  13. Ayam dia garing kat luar, juicy kat dalam… sambal pula memang pedas menyengat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa ni rehat masa pendek... Jadi makan mana yang cepat disediakan..

      Delete
  14. Bila Taufik cerita pasal siapkan accessories teringat arwah abah dulu pernah jadi anggota sukarekawan polis di zaman mudanya. Ada few gambar yang dia simpan. Paling ingat gambar beramai² dalam mahkamah dan gambar depan lori polis. Yang akak perasan kat bahagian kaki tu ada macam sarung kaki warna putih tapi bukan stokin. Bila pernah menyertai pasukan beruniform, penampilan arwah abah sangat kemas terbawa2 sehingga akhir usianya. Kalau nak keluar rumah je.. pasti slack dan kemeja akan digosok dahulu.

    Ada lagi ke pasukan polis sukarelawan sekarang ni. Apa pula fungsi mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sarung putih tu di panggil ANGKLET dan biasanya di pakai sewaktu berkawad, sambut VVIP

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

EPISOD 14 AKHIR : PAHLAWAN KECIL KAMPUNG DAMAI

  ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT PAGI BUAT PEMBACA BLOG TAUFIK Jadi hari ini Taufik nak teruskan komik yang Taufik buat, walaupun bukan lah 100% Taufik yang buat, cuma idea sahaja dan AI yang buatkan huhuhuhu. sebelum terlupa, jika sudi untuk support boleh klik  di sini ...terima kasih . TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Teka 3 Angka Belakang Duit RM1 & Menang Hadiah!

Hari ni Taufik nak buat contest santai-santai untuk semua sahabat blogger dan pembaca blog ni. Senang je,  teka 3 angka terakhir nombor siri duit RM1 yang Taufik pegang sekarang ni! 🎁 Hadiah? Taufik akan hadiahkan Komik Digital Ujang (versi PDF) kepada 10 orang pemenang yang teka paling hampir atau betul! 📌 Cara Nak Join: Tinggalkan tekaan 3 angka terakhir dalam ruangan komen entri ni. Boleh teka seberapa banyak yang korang nak  tiada had! Syarat mudah sahaja : Tolong share contest ni di mana-mana platform (Blog, Facebook, IG, WhatsApp, TikTok dll). 📅 Tarikh Tutup: Tarikh tutup sehingga hujung bulan. Pemenang akan diumumkan dalam awal bulan . Selamat mencuba semua! Mana tahu rezeki korang kan 😄 Yang penting, kita seronok-seronok je. Jangan lupa share ye! Petunjuk untuk teka teki : kita bagi petunjuk bonus yang terakhir                                      ...