Hari kedua program induksi untuk Pegawai Rendah Polis berpangkat Koperal Time Base bermula dengan suasana yang berbeza dari hari biasa. Taufik bangun lebih awal daripada kebiasaan, tepat jam 4 pagi. Perkara pertama yang dilakukan adalah memasang eksesori pada pakaian uniform kerja. Disebabkan pakaian itu baru dibasuh malam tadi, Taufik mengambil masa hampir 20 minit untuk memasangnya. Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali ada program formal atau tugasan khas, Taufik akan pasang sendiri semua aksesori uniform sebabnya cerewet sikit bab eksesori ni hahaha
Selesai memasang eksesori, dia terus mandi dan mengenakan pakaian berkolar serta seluar tracksuit dan kasut sukan. Uniform kerja, tuala mandi dan kasut kerja pula dibungkus kemas dalam plastik. Alasannya mudah, malas nak balik ke rumah semata-mata untuk tukar pakaian nanti. Tepat jam 5 pagi, Taufik menjenguk keluar tingkap. Cuaca nampak mendung dan angin bertiup agak kuat. "Mesti hujan kejap lagi ni," bisik hati kecilnya. Tak tunggu lama, aku terus panaskan enjin motor. Betul tekaan Taufik, sebaik sahaja bergerak keluar rumah jam 5.10 pagi, hujan mula membasahi bumi. Nasib baik sempat pakai baju hujan, kalau tidak basah kuyup sebelum sampai ke destinasi.
Destinasi pertama hari itu adalah Masjid berdekatan IPD, tempat program bermula dengan Solat Subuh berjemaah. Setibanya di masjid, Taufik terus mendaftar kehadiran dan menunaikan solat bersama rakan-rakan. Selesai solat, program diteruskan dengan aktiviti senaman pagi (PT pagi) di dataran kawad kaki IPD. Kali ini sesi dikendalikan oleh seorang Sarjan yang mengajar pergerakan Karate sebagai sebahagian daripada senaman. Walaupun letih, latihan ini penting untuk mengingatkan kembali asas pergerakan mempertahankan diri.
Selepas sesi PT pagi tamat, peserta diberi masa rehat selama 45 minit untuk sarapan dan menukar pakaian. Taufik memilih untuk mandi di tandas pejabat dan bersiap dengan uniform kerja. Sarapan ringkas sahaja biskut dan kopi Kluang sudah cukup untuk mengalas perut sebelum kelas bermula.
Jam 8 pagi hingga 10 pagi, slot pertama dimulakan dengan kelas pengucapan awam. Dalam sesi ini, para peserta diajar teknik untuk bercakap di hadapan orang ramai. Ini penting kerana sebagai koperal, ada kalanya kita akan diminta memberikan ucapan ringkas semasa majlis rasmi atau sesi taklimat kepada orang awam. Bagi Taufik, sesi ini sangat membantu menambah keyakinan diri.
Sesi seterusnya jam 10 pagi hingga 12 tengahari adalah berkenaan dengan penyeliaan dan tatatertib. Banyak perkara penting dikongsikan, termasuk tanggungjawab sebagai seorang penyelia, bagaimana memberi arahan dengan jelas, serta bagaimana menangani salah laku anggota bawahan. Taufik mengakui banyak ilmu baru yang dipelajari.
Jam 12 tengahari, peserta diberi waktu rehat selama 2 jam. Taufik mengambil peluang ini untuk lepak bersama seorang rakan dari BKDNKA di sebuah kedai makan. Rezeki tidak disangka, kawannya belanja makan tengah hari. Menu Taufik hari itu: Nasi Ayam Penyek dan Teh O Ais. Selesai makan, mereka kembali ke pejabat untuk mandi dan berehat seketika.
Jam 2.30 petang, program bersambung dengan slot ketiga: Arahan-arahan Semasa. Sesi ini memberi penekanan kepada semua arahan terkini yang perlu diketahui oleh setiap penyelia termasuk pekeliling baru, SOP operasi, dan prosedur penugasan semasa. Dalam dunia kepolisan yang sentiasa berubah, penyelia perlu sentiasa peka dengan perkembangan terkini.
Selesai kelas jam 4.30 petang, para peserta Muslim bersiap untuk Solat Asar berjemaah di masjid berdekatan IPD. Selesai solat, program untuk hari kedua pun berakhir. Taufik dan rakan-rakan masing-masing pulang ke rumah dengan perasaan puas walaupun penat, ilmu dan pengalaman yang diperoleh sangat berbaloi.
Nantikan sambungan hari ketiga/terakhir dalam entri seterusnya, kerana lebih banyak modul dan latihan menanti.
Rezeki makan tengahari, sedap.. selamat berkursus dengan penuh semangat..
ReplyDeleteAlhamdulillah...ni kedai 6ang dekat dekat je ....malas nak jauh²...
Deletebagus pengisian program/training ni. moga terus sukses utk Tuan Taufik
ReplyDeleteBanyak ilmu yang bermanfaat Taufik belajar dalam program ni. Terima kasih... Aminnnnn
Deleteuoh kena ada berucap juga..bgs juga ada kelas sebegitu...lapar plak tgk menu nasi ayam penyet..tk sempat lunch lg
ReplyDeleteYa betul tu, sebab kat sekolah sekolah mesti ada sesi untuk ceramah dari PDRM
Deleteaksesori untuk uniform polis memang mengambil masa yang lama untuk dipasang.. belum lagi ambil masa untuk pakai full uniform..
ReplyDeleteBetul tu... Kena teliti.. kalau tidak.... Tak pasal-pasal kena denda.
Deletesedapnya ayam penyet jamu selera rezeki timba ilmu alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki...kawan nak belanja pulak
DeleteTerus teringat sek angkat adik...naseb baik tak dapat sek anak sendiri,kalau tak..memang 1 sekolah tau anak dia yang mana..hihihi..
ReplyDeleteHahaha .. kalau tak ...kecoh nanti 1 sekolah hihihi.... Asal ada program memang (budak² pun fuyohhhh mak kau laaaaaa)
DeleteGigih berprogram..ganjaran makan pun sedap..alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah.... Rezeki...sedap makanan nya...
DeleteBanyak modulnya tu ya....moga menjadi seorang Koperal yang berdedikasi!
ReplyDeleteya betul tu, sebab bila sudah menjadi penyelia ni macam macam tanggungjawab kena bawa......In shaa Allah Taufik akan cuba sebaik mungkin
DeleteAccesories kalau silap pasang tak boleh juga kan. Kena bersiap sendiri baru puas hati dan yakin gitu. Banyak pengisiannya di hari kedua ni.
ReplyDeletesilap pasang memang kena kiri kanan kiri kanan...berkawad tengah panas huhuhu
Delete