Semalam merupakan hari cuti atau istilah glamournya, offday buat Taufik. Tapi walaupun hari cuti, bukan bermakna boleh goyang kaki je. Kebetulan pula semalam ada job Data Entry yang Taufik terima, jadi memang dari jam 10 pagi lagi Taufik dah bersiap siaga menghadap komputer dalam mini studio yang ada di rumah. Fokus betul semalam sebab kerja ni nak kena submit cepat dan customer nak siap sebelum malam, jadi memang dari lepas Subuh tu terus buka komputer dan mulakan kerja.
Duduk berjam-jam dalam studio tu, langsung tak keluar tengok depan rumah. Kadang-kadang cuaca pun tak tahu cerah ke hujan. Tengah khusyuk siapkan kerja, tak sedar masa berlalu... tau-tau dah jam 5 petang. Terus siap-siap nak jemput isteri balik dari tempat kerja. Bila keluar rumah, baru laaa perasan ada bungkusan pos dekat atas bonet kereta. Tengok punya tengok, ehhhhh… nama atas bungkusan tu Taufik sendiri! Terus tersenyum lebar.
Dalam kepala ni, terus teringat hadiah yang blogger Jurnal Shikin Razali umumkan hari tu, sebab Taufik ada tersenarai sebagai salah seorang Pemenang Saguhati Top Commentator Bulan Julai. Rezeki sangat. Tapi masa barang sampai tu memang tak perasan langsung sebab mungkin masa penghantar datang hon, Taufik tengah fokus betul-betul dengan kerja Data Entry. Line telinga tak sambung ke dunia luar, kata orang. Jadi memang tak dengar pun bunyi hon atau orang ketuk pagar. Mujurlah penghantar letak elok-elok kat atas kereta, kalau tak mungkin lama laaa hadiah tu melepak depan rumah.
Hari ni baru laaa sempat nak unbox dan review hadiah yang diberikan oleh Kak Shikin Razali. Bungkusan tu kemas dan ringan. Bila buka, mula-mula Taufik macam blur jugak “Eh, ni benda apa ya?” Tapi lepas buat carian dalam Lazada, baru tahu nama penuh barang tu:
👉 Dual Wrist Rest Pad Gel Memory Foam untuk Keyboard dan Mouse.
Wahhhh, rezeki yang memang kena pada masanya! Taufik memang kerja banyak menaip dan mengadap skrin komputer. Dari buat blog, data entry, translate dokumen dan kadang-kadang edit video pun, semuanya perlukan masa duduk depan komputer yang lama. Jadi bila dapat wrist rest macam ni, memang rasa dihargai sangat-sangat. Macam Kak Shikin tahu-tahu je Taufik memang memerlukan barang ni untuk keselesaan kerja.
Barang ni memang sangat berguna, satu untuk letak pergelangan tangan masa menaip di keyboard, dan satu lagi untuk mouse pad. Bahannya gel memory foam yang sangat lembut dan sedap tangan nak rehat. Selama ni guna meja kosong je, sampai rasa kebas kadang-kadang, tapi lepas letak wrist rest ni, memang rasa selesa sangat. Boleh kurangkan tekanan pada pergelangan tangan dan elakkan sakit otot. Sesuai laa sangat untuk blogger sepenuh hati macam Taufik ni 😄
Taufik nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Blogger Shikin Razali atas hadiah yang sangat thoughtful dan praktikal ni. Walaupun cuma saguhati, bagi Taufik ianya lebih bernilai dari sekadar hadiah fizikal, sebab ini tanda penghargaan dan tanda hubungan yang erat dalam dunia blog. Jarang sekarang ni orang sanggup labur masa dan wang untuk hargai pembaca macam Kak Shikin. Moga Allah balas dengan ganjaran rezeki yang melimpah ruah.
Taufik percaya, ramai lagi yang belum kenal blog Jurnal Shikin Razali ni. Jadi jom kita support beramai-ramai. Kalau korang masuk je blog dia, memang nampak template dia meriah dan menarik. Tersusun elok, dan setiap entri ada aura tersendiri. Taufik pun secara jujur mengaku, tak reti sangat nak hias blog dengan widget dan tema macam tu. Tapi kagum betul tengok hasil kerja Kak Shikin.
Buat sahabat-sahabat blogger semua, jangan segan nak menyokong blog orang lain, walau kita sendiri masih baru atau kecil. Dengan sokongan sesama blogger, barulah komuniti blog Malaysia ni boleh terus hidup dan berkembang. Tak perlu tunggu ada ribuan followers baru nak saling menyapa. Kadang yang baru naik ni lah paling rajin support dan bagi semangat.
Sekali lagi, terima kasih Kak Shikin untuk hadiah ni. Taufik akan guna sebaik mungkin dan semestinya akan dikenang sebagai satu kenangan manis dalam perjalanan sebagai seorang blogger yang masih belajar dan menulis dari hati.
Tahniah!
ReplyDeleteSeronok betul dapat hadiah. Tak kisahlah hadiahnya apa, tetap teruja ketika menerimanya. Boleh terus digunakan.
Semoga pemberi dan penerima hadiah mendapat rezeki yang berlipatganda daripada-Nya. Amin.
terima kasih kak....Alhamdulillah rezeki..betul tu apa sahaja hadiah yang diterima memang cukup bersyukur
DeleteTahniah..
ReplyDeleteterima kasih atas ucapan
Deletetahniah
ReplyDeleteterima kasih atas ucapan
DeleteKembali lagi, dapat hadiah..rezeki bertambah tambah...Tahniah
ReplyDeleteterima kasih atas ucapan dan sudi singgah kembali
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteTahniah, rejeki dapat hadiah