Skip to main content

Hadiah Misteri Dari Kak SA & Nantikan Dari CCL 🎁💙


Semalam masa aku tengah kerja, tiba-tiba dapat satu WhatsApp daripada abang J&T yang memang selalu hantar parcel ke rumah. Aku macam biasa laaa ucap “terima kasih” dan anggap biasa-biasa je, sebab selalunya barang atas nama isteri aku.

Tapi kali ni pelik sikit… Isteri aku kata, nama atas parcel tu nama aku sendiri. Aku pun jadi curious. Sebab rasanya barang Shopee semua aku set untuk self-pickup, bukan dihantar terus ke rumah.

Bila tengok betul-betul... memang betul nama aku. Baru aku teringat, beberapa hari lepas Kak SA (Suria Amanda) ada email kata dia dah order hadiah sebab aku menang Top Komentator bulan Jun dalam blog dia.

Malam tu aku tak sempat nak buka lagi. Ada urgent job Data Entry, client minta siapkan segera untuk submit pagi. Aku pun duduk menaip dari 12.30 tengah malam sampai 6.30 pagi. Penat memang penat, tapi aku anggap rezeki jangan ditolak, apatah lagi kita buat kerja jujur bantu orang.

Lepas siap kerja, sempat la rehat kejap sambil tunggu waktu nak kejut isteri bangun kerja. Pukul 8 pagi hantar isteri, dan lepas balik rumah terus excited nak buka parcel.

jeng jeng jeng


Parcel tu warna hitam, kotak kemas. Bila buka…

Wahhhh! Sejadah lembut warna biru! Cantik sangat.




Tambah lagi best, dalam tu ada juga zikir elektronik kecil sesuai sangat untuk kegunaan harian. Memang hadiah paling thoughtful. Macam Kak SA boleh baca hati aku, tahu aku suka warna biru dan suka benda praktikal macam ni. Memang sangat menghargai, terima kasih Kak SA!

Tapi bukan itu je…

Sekarang ni aku masih menanti satu lagi hadiah dari blogger CCL, Cik Cappuccino Latte. Ramai juga yang tertanya-tanya agaknya hadiah apa dari CCL nanti... Haa kita nantikan bersama-sama ya!

✨ Untuk korang yang belum tahu, aku sangat galakkan korang support blog Suria Amanda & CikCappuccinoLatte. Dua-dua blog ni memang aktif, mesra pembaca dan rajin menghargai komen korang. Mana tahu bulan depan korang pula yang terima hadiah 😄

Jadi kalau rajin komen dan follow perkembangan mereka, memang berbaloi. Blog mereka ni bukan saja berkongsi tentang kehidupan harian, tapi juga penuh positiviti dan aura mesra.

Sekali lagi terima kasih Kak SA & tak sabar nak terima dari CCL!


#TopKomentatorJun
#HadiahDariBlogger
#SuriaAmanda
#CikCappuccinoLatte
#SupportBloggerMalaysia
#RezekiTanpaDiduga
#ZikirElektronik
#SejadahCantik
#WarnaBiruFavourite
#BloggerKongsiRezeki
#DiSebalikUniform


Comments

  1. Alhamdulillah selamat sampai..first time rasanya pemenang lelaki tahun ni..tu yang risau nak bagi hadiah takut tak menepati citarasa.. syukur Taufik suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak...terima kasih atas hadiah nya...
      ini pun da cukup bersyukur dah...

      Delete
  2. WAhhh tahniah ya,.... nampak gebus sejadahnya tu.

    ReplyDelete
  3. Biru mata hitam ku. Akak pun dapat sejadah macam ni daripada kawan bila pindah dari ibu pejabat ke hpj. Alhamdulillah gebu gebas sejadahnya. Semuga si penerima mendapat manfaatnya. Kita pun peminat warna biru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaaaaa bila pegang tadi lembut gebu jeee....wahh ada geng warna biru.

      Delete
  4. Tahniah..bestnya dapat hadiah :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...tahniah...macam warna tema polis lah tu...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih ... Haaaa tulaaaaa memang tema polis betul hihihi.

      Delete
  6. alhamdulillah.. cantik sejadah tu.. tahniah.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... Alhamdulillah memang cantik sangat...

      Delete
  7. waahhh tahniahhhh en.taufik dpt sejadah baldu biruuuuuuuuu!

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..congrats. hadiah yg sgt bermakna...

    ReplyDelete
  9. Tahniah 👍🏻
    Rezeki tak salah alamat hihi...
    Teruskan berblog ya 💪🏻

    ReplyDelete
  10. Bestnya dapat sejadah. Gebus je sejadah tu bila sujud. Tahniah jadi pemenang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Bila Perlu Minta Bantuan Polis & Apa Benda Tak Boleh Didedahkan

Terima kasih kepada sahabat Blogger kita Notie atas soalan pada entry yang lepas. Ramai orang masih keliru bila sebenarnya kita boleh minta bantuan polis. Ada yang takut, ada yang malu, ada pula yang tak tahu langsung apa fungsi sebenar polis selain dari tahan orang atau saman trafik. Situasi di Mana Anda Boleh Minta Bantuan Polis: 1. Kecemasan Jenayah Kecurian, rompakan, pecah rumah, gaduh, ugutan dan seumpamanya. Jangan tangguh! Terus hubungi 999.