Skip to main content

Hadiah Giveaway dari Kak Notie Dah Sampai!


Alhamdulillah, hadiah giveaway daripada Kak Notie dah pun selamat sampai ke tangan Taufik. Aritu, masa tengah blogwalking macam biasa, tersinggah kat blog Kak Notie dan ternampak satu entry giveaway yang simple je syaratnya cuma komen perkataan “NAK” kat ruangan komen.

Taufik pun tanpa fikir panjang terus komen, saje nak try nasib. Tak sangka pulak tersenarai sebagai pemenang! Rezeki jangan ditolak, betul tak?

Balik je dari kerja, macam biasa terus menuju ke rumah. Sampai je depan pagar, mata terus tertumpu pada satu bungkusan yang tersandar elok kat tiang pagar. Dalam hati dah mula tertanya-tanya, “Barang siapa pulak ni?”

Bila tengok betul-betul... Eh, atas nama aku laaa! Terus rasa seronok tak terkata. Bukan selalu dapat kejutan macam ni kan? Rasa macam budak kecik dapat hadiah hari jadi pulak 😄

Taufik pun cepat-cepat ambil bungkusan tu dan buka perlahan-lahan… dan tadaaaa! Hadiahnya adalah kain pasang berwarna sangat cantik! Terus terlintas dalam kepala, “Ini kalau bagi kat isteri mesti dia suka!” Jadi Taufik ambil keputusan untuk hadiahkan kepada isteri tercinta sebagai tanda kasih sayang, dan sebagai simbol bahawa rezeki yang datang pun untuk dikongsi bersama orang tersayang.




Terima kasih yang tak terhingga Taufik ucapkan kepada Kak Notie atas hadiah ni. Semoga Kak Notie terus diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dan terus istiqamah berkongsi ilmu serta kebaikan di alam blog ni. Tak lupa juga, semoga Allah membalas segala kebaikan Kak Notie dengan ganjaran yang terbaik.

Untuk sahabat-sahabat blogger yang lain, jangan lupa support blog Kak Notie, dan juga blogger lain yang selalu aktif buat giveaway macam ni. Benda yang kecil, tapi sangat bermakna sebenarnya bila kita dapat rezeki dan kejutan daripada rakan blogger sendiri.

Blog bukan saja tempat luah rasa, tapi juga ruang untuk berkongsi kebaikan dan rezeki

Comments

  1. Wah...purple...i loikke...cantik kan...semoga murah rezeki Kak Notie

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaaaa betul kak.....cantik tu...belum siap buat baju pun da tengok cantik da

      Delete
  2. Wow! murah rezeki ..selalu dapat hadiah dari rakan blogger nampaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilllah rezeki dari sahabt sahabat blogger

      Delete
  3. Cantik tu...Mesti Puan Isteri tersenyum gembira...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki... Hadiah mesti senyum lebar hihihi

      Delete
  4. cantik sangat...alhamdullilah rezeki

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah sudah sampai. Terima kasih doanya. Memang akak ada sebut juga kalau yang kain tu bagilah untuk yang tersayang. Nanti Taufik carilah kain baju melayu warna purple juga boleh pakai sedondon gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak atas hadiah nya...In shaa Allah boleh dah tahun depan cari baju sedondon hihihi

      Delete
  6. tahniah... ada beberapa blogger lagi hari ni yg saya baca dah terima hadiah dari kak notie... rezeki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dari sahabat blogger kak Notie

      Delete
  7. Alhamdulillah.
    Gembira hati penerima, berganda gembiranya yang memberi. Kita pun tumpang gembira.

    ReplyDelete
  8. Wahhh cantiknya... memang rezeki lah

    ReplyDelete
  9. waahhhh kain pasang color ungu ye? bestnyaaa nti mesti Puan Isteri kata takpe abg rajin2 lah blogging lagi ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha....isteri Taufik pun pelik dulu youtube dapat sponsor barang elektronik je

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...