Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sahabat pembaca blog! Hari ini Taufik nak kupas dan berkongsi sikit tentang satu tempat yang selalu kita dengar bila sebut pasal polis — Bukit Aman.
Soalannya mudah tapi sangat menarik:
"Bukit Aman tu sebenarnya HQ (ibu pejabat) bagi PDRM ke?"
Jawapannya, YA. Bukit Aman adalah Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terletak di Kuala Lumpur. Tapi bukan sekadar ibu pejabat biasa-biasa ya, Bukit Aman adalah nadi utama, pusat pentadbiran, dan tempat jatuh bangunnya segala perancangan keselamatan negara di bawah seliaan pasukan polis.
Bukit Aman adalah nama yang sangat sinonim dengan PDRM. Ia merupakan lokasi utama pentadbiran polis Malaysia yang menempatkan pejabat tertinggi dalam hierarki PDRM, termasuk:
- Ketua Polis Negara (KPN)
- Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN)
- Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM
- Cawangan Khas, Siasatan Jenayah, Narkotik, Integriti, Jenayah Komersial dan lain-lain
Bangunan Bukit Aman terletak berhampiran dengan Taman Botani Perdana (dulu dikenali sebagai Taman Tasik Perdana) di tengah-tengah Kuala Lumpur. Kalau dari Parlimen atau Dataran Merdeka, memang tak jauh.
Nama Bukit Aman tu sendiri membawa maksud yang sangat dalam. Dalam bahasa Melayu, "Bukit" merujuk kepada kawasan tinggi dan "Aman" pula membawa maksud keamanan atau keselamatan.
Jadi, secara simbolik:
Bukit Aman = Tempat tertinggi bagi menjamin keamanan negara.
Ia melambangkan kedudukan tertinggi pasukan polis sebagai penjaga keamanan dan ketenteraman awam di Malaysia.
Bukit Aman bukan sekadar bangunan, tapi pusat strategik yang mengawal dan memantau segala operasi PDRM seluruh negara. Antara fungsi utamanya:
-
Pentadbiran dan Dasar
- Semua keputusan berkaitan dasar keselamatan, struktur perjawatan, dan arahan keselamatan dikeluarkan dari sini.
-
Perancangan Operasi
- Operasi besar-besaran, serbuan sindiket, kawalan rusuhan, serta kawalan keselamatan VIP semuanya dirancang dari Bukit Aman.
-
Pusat Kawalan dan Komunikasi
- Termasuk urusan Interpol, keselamatan siber, dan perhubungan antarabangsa antara polis Malaysia dan agensi luar negara.
-
Pengurusan Sumber Manusia dan Latihan
- Ujian kenaikan pangkat, pertukaran pegawai, kursus dalaman dan latihan luar negara semuanya dipantau dari sini.
-
Jabatan-Jabatan Khas
- Contoh:
- JSJ – Jabatan Siasatan Jenayah
- JSJN – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
- JIM – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard
- JSJK – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
- Cawangan Khas (SB) – unit risikan paling rahsia
- Pasukan Gerakan Khas (PGK) – termasuk UTK dan VAT 69
- Contoh:
Di Bukit Aman, anda akan jumpa pegawai dan anggota polis paling berpengalaman dan berjawatan tinggi. Kumpulan staf di sana terdiri daripada:
- Pegawai berpangkat Komisioner dan Deputi Komisioner
- Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP)
- Inspektor kanan
- Pegawai Risikan
- Pegawai Teknikal dan sokongan
Biasanya, mereka yang berkhidmat di Bukit Aman telah melalui banyak pengalaman lapangan dan pernah memegang jawatan penting di peringkat negeri atau kontinjen.
Istilah | Maksud |
---|---|
Bukit Aman | Ibu Pejabat PDRM Malaysia (peringkat kebangsaan) |
IPK (Contoh: IPK Johor) | Ibu Pejabat Polis Kontinjen – merujuk kepada peringkat negeri |
IPD (Contoh: IPD Kluang) | Ibu Pejabat Polis Daerah – peringkat daerah |
Balai Polis | Unit paling kecil – tempat rakyat berurusan harian |
Jadi bila ada isu besar contohnya kes melibatkan sindiket antarabangsa, Bukit Aman akan ambil alih atau pantau secara terus operasi tersebut.
Kawasan ini sangat terkawal, dan hanya pegawai polis, staf sokongan, atau individu yang ada urusan rasmi sahaja dibenarkan masuk. Kawalan keselamatan di sini memang sangat ketat kerana melibatkan dokumen rahsia dan perancangan penting negara.
Taufik sendiri pernah ada urusan rasmi di Bukit Aman sebelum masuk polis sebab nak hantar borang XRAY masa mohon Polis. Kawasan dalam tu sangat tersusun, bersih dan penuh dengan anggota pelbagai jabatan. Bila tengok suasana dalam tu, terasa bangga sebagai anggota polis sebab ini pusat utama bagi ribuan anggota seluruh Malaysia!
Jadi untuk soalan "Bukit Aman tu HQ ke?", jawapannya memang sah-sah ya. Malah, ia jantung utama PDRM. Tempat inilah segala perancangan, pengurusan dan strategi polis seluruh negara dibentuk.
Sebagai anggota PDRM, dapat menjejakkan kaki ke Bukit Aman tu ibarat satu pengalaman yang membuka mata, betapa besar dan pentingnya peranan kita sebagai penguatkuasa undang-undang.
Jangan lupa untuk sertai CONTEST taufik ye... Setiap hari ada petunjuk hingga hujung bulan...teka seberapa banyak
tak pernah sampai sana lagi.. yang pernah sampai paling dekat dengan bukit aman - ikan bakar jalan tanglin.. ^^
ReplyDeleteKak SA pernah pi beberapa kali je balai polis..Bukit Aman ni x pernah jejak lagi...
ReplyDeletepernah la waze bawa lalu depan Bukit Aman tu... hihihi
ReplyDeleteBila cakap pasal Bukit Aman ni teringat pulak citer Gerak Khas. Memang akan mention Bukit Aman ni.
ReplyDeleteBukit Aman ni ada aura. Dengar nama pun dah ketar lutut 😅
ReplyDeleteada makna rupanya disebalik nama 'BUKIT AMAN'
ReplyDeletebukan setakat nadi dah tu..kira jantung PDRM.
ReplyDeleteSelalu dengar Bukit Aman...belum pernah sampai...
ReplyDeleteKalau Bukit Aman nadi utama, Pulapol pula?
ReplyDeletePejabat polis mesti warna biru putih kan..Selamat Hari Pahlawan kepada Tuan Muhamad Taufik
ReplyDelete