Mari Klik

Tuesday, July 1, 2025

Bila Suami Minta Polis Halau Isteri? 🤔

Hari ni aku nak kongsi satu kisah panggilan yang aku terima baru-baru ini yang agak… unik tapi penuh pengajaran.


Beberapa hari lepas, aku terima satu panggilan daripada seorang lelaki Melayu. Nada suara dia serius dan kecewa. Dia minta kami di pihak polis datang ke rumah sebab dia syak isterinya "liar" dan suka keluar dengan lelaki lain.

Katanya, dia nak kami datang untuk nasihatkan si isteri dan kalau boleh, halau isteri dia keluar dari rumah.


Aku terus jelaskan dengan baik kepada pengadu bahawa:

➡️ Tugas polis bukan untuk "menghalau" orang keluar dari rumah, lebih-lebih lagi kalau melibatkan isu rumah tangga.
➡️ Jika ada isu yang lebih serius seperti pergaduhan atau keselamatan terancam, baru boleh ambil tindakan tertentu.
➡️ Untuk kes macam ni, polis hanya boleh nasihat secara umum jika diminta bukan masuk campur secara agresif.
➡️ Kalau benar ada unsur perselingkuhan atau pelanggaran syarak, tindakan sewajarnya adalah buat laporan dan rujuk kepada Pejabat Agama.


Aku nasihatkan pengadu untuk:

✔️ Datang ke balai polis dan buat laporan rasmi jika ada bukti atau kejadian yang melibatkan keselamatan.
✔️ Dapatkan nasihat dan bimbingan dari pihak Pejabat Agama bagi membantu menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.


Bukan semua hal rumah tangga pihak polis boleh masuk campur.
Ada bidang kuasa tertentu yang perlu diikut — supaya hak semua pihak terpelihara.


#DiSebalikUniform
#IsuRumahtangga
#PerananPolis
#PolisNasihatBukanHalau


18 comments:

  1. Betul tu..channel yang sebenarnya adalah Jabatan Agama Islam..tapi kalau report polis untuk keselamatan diri sendiri should be ok kan

    ReplyDelete
  2. memang biasanya polis takkan masuk campur kalau isu rumahtangga semata2 unless ada domestic violence (unsur jenayah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau setakat syak ada hubungan lain itu di luar bidang.

      Delete
  3. macam2 masalah kehidupan polis terpaksa hadap ya pening juga kan agaknya kena panggil bomba kut halau isteri curang heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap² si suami tu kena jirus air kang hahahaha

      Delete
  4. polis kena hadap masalah begini juga dalam busy dengan isu jenayah dan keselamatan kan? pening juga tu

    ReplyDelete
  5. Aduhai... sudah melangkaui tugas polis pulak dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak suruh nasihat tu boleh lagi...nak halau tu bukan bidang kuasa dah

      Delete
  6. Akak banyak juga terima permohonan lapuran perubatan dari polis untuk kes rumah tangga jika melibatkan keganasan berlaku. Kadang kesian. Tapi kes macam ni patutnya panggil Jabatan agama yang lebih sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dia nak bawa kes ke mahkamah untuk tuntut cerai

      Delete
  7. Kesiannya apa nak jadi ni?....selingkuh etc ni....tugas polis jaga keselamatan ni nak suruh halau isteri pun tugas polis jugak....kena settle la secara berhemah sebabnya beliau ketua keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kena laaa profesional sikit... Da matangkan...

      Delete
  8. Tak pasal-pasal polis terlibat dalam kes macam ni pula. Semoga baik-baik je buat mereka dan dapat selesaikan dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn.... Harap nya begitu laaaa daat selesai dengan baik

      Delete
  9. Caprice pun dah tak nak amik kes rumah tangga.. byk plot twist katanya..

    ReplyDelete

My Blog List