Pagi ni lepas siap uruskan hal rutin harian, Taufik ambil sedikit masa santai untuk blogwalking. Kadang-kadang bila ada masa terluang, Taufik suka sangat singgah ke blog sahabat-sahabat blogger yang lain. Bukan sekadar baca entri, tapi juga tinggalkan komen sebagai satu bentuk sokongan. Tak kisah pun kalau entri tu panjang atau pendek, janji dapat berinteraksi dengan penulis dan hargai usaha mereka menulis. Lagipun, dunia blogger ni sangat unik walaupun tak pernah jumpa secara fizikal, tapi hubungan tu macam satu komuniti yang saling menyokong.
Tengah-tengah scrolling dan baca entri, Taufik pun singgah di satu blog yang baru baru ni Taufik baca blog Jurnal Shikin Razali. Banyak juga konten menarik yang Shikin Razali kongsikan, dari resepi, lifestyle, personal stories sehinggalah kepada aktiviti giveaway dan penghargaan kepada pembaca setia. Memang meriah blog dia dan penuh dengan aura positif. Jadi Taufik pun macam biasa, baca satu-satu entri dan tinggalkan komen. Tiba-tiba ternampak satu tajuk entri yang buat mata ni automatik fokus iaitu “Pemenang Top Commentator Bulan Jun & Julai 2025”.
Biasalah, Taufik ni kalau bab komen blog memang rajin juga laaaa. Kadang-kadang tengah sibuk pun sempat jenguk satu dua entri dan drop komen. Jadi bila nampak entri pengumuman macam tu, hati jadi berbunga-bunga juga. Taufik pun terus klik dan baca. Dalam hati ni memang takde harapan besar pun, tapi baca je lah kan… mana tahu nama kawan-kawan blogger lain naik, bolehlah ucap tahniah ke apa.
Tapi… ehhhh… terkebil-kebil mata baca nama sendiri naik! Ya Allah, terkejut betul! Tak sangka nama Taufik tersenarai sebagai Pemenang Saguhati untuk Top Commentator Bulan Julai 2025. Terus senyum sorang-sorang depan laptop. Rasa macam dapat anugerah besar pulak walaupun hakikatnya hanya sekadar saguhati. Tapi tu lah, benda ni walaupun kecil, sangat bermakna bagi Taufik sebab ianya bukti penghargaan atas kesungguhan kita beri sokongan.
Nak kata komen hari-hari tu tak juga, tapi bila ada masa, memang Taufik akan cuba sedaya upaya untuk tinggal jejak. Bila kita komen, sebenarnya kita bantu juga naikkan engagement blog orang lain. Saling bantu membantu. Macam mana kita nak orang baca blog kita, kita pun kena laaaa rajin baca blog orang. Lagipun, Taufik dah lama pegang satu prinsip kalau nak berjaya dalam komuniti, kena rajin bergaul dan saling menyokong. Bukan sekadar dalam dunia nyata, tapi dalam dunia maya pun sama.
Lagi satu, bila kita aktif komen, secara tak langsung trafik blog kita pun akan meningkat. Google pun akan anggap kita sebagai pengguna aktif yang relevan. Ini juga salah satu sebab kenapa Taufik sangat galakkan kawan-kawan blogger lain untuk aktif dalam ruangan komen, bukan sekadar letak “Nice entry” atau “Thanks for sharing”, tapi luangkan sikit masa untuk betul-betul baca dan beri respon.
Taufik juga nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan ribuan terima kasih kepada Blogger Shikin Razali atas usaha menganjurkan aktiviti macam ni. Walaupun nampak kecil, tapi ia satu bentuk motivasi yang sangat besar untuk blogger lain terus aktif dan menulis dengan semangat. Bila ada ganjaran dan penghargaan macam ni, ia buatkan semangat menulis tu makin membara. Rasa dihargai tu penting, bukan sekadar trafik semata-mata.
Untuk sahabat-sahabat blogger yang lain, jom kita support blog Jurnal Shikin Razali. Selain daripada konten menarik, beliau juga sangat konsisten dalam menyusun blog beliau dan aktif berinteraksi dengan pembaca. Boleh jadikan sebagai contoh blog yang positif dan sentiasa hidup.
Taufik anggap ni sebagai satu rezeki yang tak disangka-sangka. Walaupun baru pertengahan bulan Julai, tapi Allah dah bagi rasa gembira dengan pengumuman ni. Ingat ya sahabat semua rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari 😆. Apa pun bentuk rezeki yang kita dapat, walau sekadar ucapan terima kasih pun, ia sangat berharga bila datang dari hati yang ikhlas.
Semoga lebih ramai blogger akan terus aktif dan wujudkan komuniti yang positif macam ni. Kalau rasa blog kita sunyi, cuba mula dulu komen di blog orang lain. InshaAllah lepas tu, kita pun akan dapat tempias trafik dan sokongan balik. Win-win situation kata orang.
Terima kasih sekali lagi Kak Shikin Razali! Semoga diberi kesihatan yang baik, rezeki yang luas dan terus istiqamah dalam dunia penulisan blog ni. Taufik doakan semoga lebih ramai akan terus support blog-blog Malaysia yang semakin hari semakin kurang disedari.
Pokcik singgah baca.. tahniah
ReplyDeleteterima kasih atas ucapan dan singgah blog Taufik
DeleteWahhh... tahniah MT.
ReplyDeleteNampaknya bulan June & Julai bertambah² rezeki Taufik. Lumayan betul.
terima kasih atas ucapan...Alhamdulillah rezeki
DeleteWah menang lagi. Tahniah 3x 👏🏻👏🏻👏🏻
ReplyDeleteAkk pun bila sempat tu mmg tinggalkan jejak dekat blog kawan²... Sekadar menyapa pun cukuplah kan
Alhamdulillah kak...rezeki bulan lepas dengan bulan ni...
Deletein shaa Allah jika ada masa terluang ada rezeki untuk tinggalkan jejak komen
Alhamdulillah..tahniah...
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki..terima kasih atas ucapan
DeleteTahniah. Inilah uniknya persahabatan maya.
ReplyDeleteBetul tu, seronok dapat aktiff dalam blog
DeleteTahniah. Berbaloi mengomen tu dapat top komentator.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki kak ...
DeleteTahniah.. sudah kali ketiga :)
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki betul ni....huhuhu
Deletewahh tahniah pengomen tegar! saya nak singgah jugaklah empunya blog tu :D
ReplyDeleteTerima kasih atas ucapan.. singgah jgn tak singgah
DeleteDapat hadiah lai kan..ha ini hasilnya bila ikhlas drop komen..rezeki tak salah alamat..tahniah ya
ReplyDeleteAlhamdulillah...betul² rezeki bulan lepas dan bulan ni
Delete