Skip to main content

Bila Dah Terjebak Drama Cina di TikTok… Payah Nak Berhenti! πŸ˜…

Petang tadi lepas siap urusan kerja, Taufik ambil masa untuk lepak santai kat rumah. Duduk dalam bilik, buka kipas angin, capai telefon dan mula scroll TikTok. Konon nak rehat sekejap je, hilangkan penat dan isi masa sebelum keluar jemput isteri balik kerja. Tapi… tahu-tahu, dah sejam lebih habiskan masa layan drama Cina bersiri dalam FYP TikTok! Hahahaha... Korang pernah tak terkena macam ni?

Mula-mula nampak satu klip pendek je. Dalam 1 minit, tunjuk babak watak utama lelaki, seorang CEO kaya, selamatkan heroin dari bahaya. Heroin jatuh dalam pelukan dia, muzik latar pun dramatik gila. Masa tu hati terus rasa, “Eh, menarik juga jalan cerita dia ni.” Lepas tu, automatik tangan scroll ke bawah cari sambungan part seterusnya.

Tapi biasalah, tak jumpa sambungan pun! πŸ˜… Babak seterusnya entah part ke berapa, terus melompat ke part 38. Kita yang baru tengok part 1 ni jadi tak tentu arah. Cari punya cari dalam akaun TikTok tu pun tak jumpa. Mulalah rasa geram dan… terus ‘terjebak’ lebih dalam.

Masa tu lah kita mula buka YouTube pula. Kadang cari kat Facebook, Telegram pun ada yang kongsi. Bila dah jumpa video penuh... layan sampai ke sudah! Ada satu masa tu, Taufik sendiri duduk depan skrin tengok sambungan cerita tu hampir 3 jam. Padahal mulanya nak rehat sekejap je konon. Bila cerita makin seronok, makin susah nak berhenti.

Cerita-cerita ni kebanyakan clichΓ© tapi padu. Heroin miskin, hero kaya, ada mak tiri jahat, lepas tu ada pula orang ketiga yang nak rampas lelaki tu. Tapi… walaupun kita dah boleh agak ending dia, tetap juga kita nak tengok. Sebab kita bukan tunggu ending sangat, kita nak tengok proses, nak tengok struggle watak utama tu.

Lagi satu yang buat drama Cina ni padu sebab soundtrack dia power! Lagu latar dia kadang buat hati tersentuh walaupun kita tak faham sepatah pun apa dia nyanyi. Tapi muzik dia sampai ke hati. Babak sedih, babak gaduh, babak romantik semua lengkap.

Fenomena ni memang besar sebenarnya. Ramai kawan Taufik pun mengaku, depa pun dah ‘tewas’. Ada yang tengok masa dalam kereta tunggu anak habis sekolah, ada yang curi masa rehat di tempat kerja. Kat rumah pula, sampai telefon pun tak lepas-lepas dari tangan sebab asyik nak tengok sambungan part seterusnya.

Dan yang paling menarik, semua cerita ni bersambung-sambung. Setiap video hanya 1-2 minit je, tapi cukup untuk tarik perhatian kita. Bila tak jumpa sambungan, kita rasa ‘gatal’ nak tahu apa jadi. TikTok ni pula bijak. Bila dah tengok satu, dia akan recommend banyak lagi video genre sama. FYP terus jadi penuh dengan drama bersiri.

Yang lucu, Taufik pun pernah kena tegur. Masa tengok drama tu, isteri tegur “Abang tengok apa sampai senyum sorang-sorang tu?” Kahkahkah! Bila jawab “cerita TikTok je ni,” terus dia balas “Dah tua-tua pun masih layan drama romantik!” πŸ˜‚

Tapi apa boleh buat... bila dah terjebak, memang payah nak tarik diri. Cerita drama Cina ni ada daya tarikan dia yang tersendiri. Kita rasa seolah-olah kita masuk dalam dunia diorang. Kadang sampai kita emo sekali bila heroin kena fitnah. Bila hero salah faham, kita yang rasa nak pergi nasihatkan dia. Hahaha!

Cuma kena pandai kawal masa lah. Taufik sendiri sekarang dah mula hadkan masa scroll TikTok. Kalau dah tahu nak layan cerita tu lama-lama, lebih baik buka YouTube cari full episode dan tengok masa betul-betul lapang. Jangan sampai abaikan tanggungjawab harian. Jangan layan sampai lupa jemput isteri, jangan sampai anak tak makan sebab ayah tengah ‘struggle’ dengan drama Cina. πŸ˜…

Dan satu lagi pesanan, kalau dah nampak diri sendiri terlalu taksub, elok slow-slow kurangkan. Kadang layan boleh jadi ketagih. Bukan tak elok, tapi bila dah mengganggu rutin seharian, itu petanda kita kena ubah sikit cara ‘bersantai’ kita tu.

Baiklah, Taufik nak tanya, korang pernah tak terjebak macam ni? Drama apa yang paling buat korang sanggup cari sampai ke YouTube, Telegram dan Facebook? Kalau ada, cuba share kat ruangan komen. Kita tengok ramai mana yang senasib dengan Taufik! Hahaha...

Comments

  1. Belum terjebak lagi, malas layan satgi ralit. Apa kerja tak jadi satgi πŸ˜…

    ReplyDelete
  2. Baik tak payah tengok awal-awal.. kalau dah tengok konfirm terjebak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu laaaa tu... Sebab dah terlayan ni... Habissss

      Delete
  3. Betul tue, macam saya la, terjebak dengan C-Drama, kalu K-Drama saya tak berapa nak layan.. salah satu sebab saya suka kostum pelakon cina yang cantik²..πŸ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiktok pandai.... Kita tengok lama sikit nanti dia tunjuk lagi episod seterus nya

      Delete
  4. Dari nak tengok sekejap, terus tersadai sejam. TikTok memang bahaya kalau ada drama

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...