Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca setia blog Di Sebalik Uniform. Hari ni Taufik nak kongsi satu topik yang selalu orang tanya bolehkah balai polis dijadikan tempat perjumpaan anak bagi pasangan yang dah bercerai?
Isu ni nampak kecil tapi sebenarnya melibatkan emosi, keselamatan dan juga undang-undang. Dalam situasi penceraian, lebih-lebih lagi bila masing-masing dah tak sehaluan dan sukar berkomunikasi secara baik, kadang-kadang anak jadi mangsa keadaan. Maka, timbul lah cadangan untuk jadikan balai polis sebagai tempat neutral untuk ambil dan hantar anak.
Situasi ni biasanya berlaku dalam kes-kes seperti:
- 🔹 Perintah Mahkamah Hak Penjagaan yang menetapkan waktu lawatan atau giliran jagaan.
- 🔹 Ibu atau bapa tak beri kerjasama untuk serahkan anak secara baik.
- 🔹 Ada gangguan emosi atau ugutan, contohnya bekas pasangan masih marah atau berdendam.
- 🔹 Salah seorang pihak rasa tak selamat nak jumpa bekas pasangan.
- 🔹 Untuk elak konflik depan anak-anak.
Jadi balai polis menjadi satu pilihan kerana ia tempat yang terbuka, ada pemantauan, dan dirasakan lebih selamat.
Ramai yang sangka ada bilik khas untuk perjumpaan macam dalam filem. Tapi realitinya, tiada bilik khas untuk perjumpaan anak-anak di balai. Namun, tak bermakna perjumpaan itu tak boleh dilakukan. Ia tetap boleh, tetapi perlu diatur dengan baik dan penuh berhemah.
Biasanya, ia dilakukan di kawasan:
- Ruang menunggu balai,
- Depan kaunter pertanyaan,
- Tempat letak kereta dalam kawasan pagar balai.
Yang penting, kedua-dua pihak kena maklumkan kepada anggota polis bertugas, supaya mereka tahu situasi dan boleh bantu pantau jika berlaku sesuatu.
Perlu Ada Pegawai Perhatikan Sepanjang Masa? Jawapan mudahnya tidak perlu, kecuali perlu.
Maksudnya, anggota polis tidak akan ikut serta secara formal dalam perjumpaan antara anak dan ibu/bapa, kecuali:
- Ada laporan polis terdahulu berkenaan gangguan atau ugutan.
- Ada perintah mahkamah yang perlu dipatuhi dan diawasi.
- Ada permintaan khas untuk pemantauan (atas faktor keselamatan).
Kebiasaannya, anggota hanya pantau dari jauh dan sedia membantu jika keadaan jadi tegang atau meruncing.
Untuk elakkan sebarang salah faham, ini langkah yang Taufik sarankan:
-
Buat laporan polis ringkas dan nyatakan waktu dan tujuan datang ke balai untuk perjumpaan anak.
-
Maklumkan kepada bekas pasangan lebih awal supaya tak jadi kecoh depan balai.
-
Bawa salinan perintah mahkamah jika ada supaya anggota tahu dan boleh rujuk jika perlu.
-
Pastikan anak dalam keadaan baik dan bersedia, jangan jadikan anak mangsa tekanan emosi.
Perlu kita ingat, walau pasangan dah bercerai, anak tetap perlukan kasih sayang kedua-dua ibu bapa. Bila proses perjumpaan atau penyerahan anak ni jadi susah sebab pergaduhan, dendam atau emosi yang tak stabil, anak yang akan paling terkesan.
Sebab tu balai polis jadi tempat alternatif bukan tempat menakutkan, tapi tempat neutral. Kalau dua-dua pihak masih boleh berkomunikasi secara baik, boleh saja buat perjumpaan di kedai makan atau taman. Tapi kalau dah tak boleh, balai jadi pilihan terbaik.
Soalan Lazim Yang Ramai Tertanya
❓ Kalau pasangan tak datang ikut masa, polis boleh tahan dia ke?
✳️ Tidak, kecuali ada perintah mahkamah yang dilanggar. Kalau ada pelanggaran, boleh buat laporan polis dan rujuk ke mahkamah.
❓ Kalau salah seorang tak nak lepaskan anak, polis boleh ambil paksa?
✳️ Tidak juga. Polis bukan penentu hak jagaan kecuali ada perintah mahkamah yang jelas.
❓ Boleh tak nak ambil anak tengah malam?
✳️ Sebaiknya dielakkan. Gunakan waktu yang munasabah dan berbincang elok-elok.
Kepada ibu bapa di luar sana, jangan jadikan anak sebagai mangsa keadaan. Kalau nak marah pasangan pun, anak bukan tempat untuk kita lepaskan geram.
Gunakan saluran yang betul. Kalau rasa tak selamat, buat laporan. Kalau susah nak bercakap, gunakan tempat neutral seperti balai polis. Jangan ugut, jangan buat tindakan melulu.
Dan satu lagi, kalau dah buat laporan pastikan patuhi janji temu, jangan menyusahkan pihak polis yang sedia membantu.
Jadi jawapannya, ya, balai polis boleh dijadikan tempat perjumpaan anak lepas penceraian, asalkan ada persetujuan dan dilakukan dengan cara yang betul. Kalau ada kes yang rumit, jangan malu untuk minta bantuan pegawai bertugas.
Semoga perkongsian Taufik kali ni memberi manfaat untuk semua yang sedang melalui fasa ini. Kalau ada sahabat blogger yang nak kongsikan pengalaman boleh tinggalkan komen. Sama-sama kita bantu mereka yang memerlukan.
#PolisDanHakPenjagaan
#AnakSelepasPenceraian
#DiSebalikUniform
#TaufikBloggerPolis
kesian dekat anak-anak, pertemuan dekat balai :(:(
ReplyDeleteJika sudah tiada jalan penyelesaian lain bagi sesuatu hubungan
DeleteOo boleh juga macam tu ye untuk tujuan keselamatan. Sekarang pelik-pelik kesnya. Kesian anak jadi mangsa keadaan ibu bapa yang tak mahu turun ego. Ada yang mengancam nyawa tu lagi parah.
ReplyDeleteitu laaa.....kesian kat anak anak yang masih kecil yang tak tahu apa apa
Deletepaling yang taknak adalah perceraian kan? kesian anak-anak :(
ReplyDeletebetul tu, tak pasal pasal anak yang jadi mangsa keadaan....
DeleteTerima kasih atas pencerahan🥰
ReplyDeleteSama sama kak......
Delete