Jumaat lepas, aku dan isteri telah merancang satu perjalanan istimewa iaitu ke Nilai, Negeri Sembilan, bagi menghadiri majlis aqiqah anak saudara sebelah isteri. Perjalanan ini bukan sekadar untuk menghadiri kenduri semata-mata, tetapi juga menjadi salah satu cara kami nak eratkan hubungan kekeluargaan yang dah lama tak bersua muka. Bila masing-masing sibuk dengan urusan kerja, masa untuk berkumpul tu memang sangat terhad.
Kami bertolak dari Johor sekitar jam 10.30 pagi. Cuaca ketika itu elok, tidak terlalu panas, malah angin pun nyaman. Jalan pun mulanya tenang, tak banyak kenderaan. Tapi bila sampai kawasan sebelum Hentian Senawang, trafik mula perlahan. Memang agak sesak, biasalah cuti hujung minggu ramai yang keluar berjalan. Nasib baik destinasi kami cuma sampai simpang Labu / Seremban, kalau terus lagi, pasti akan terperangkap lebih lama dalam kesesakan.
Sebelum tiba di rumah abang ipar, isteri sempat beritahu nak singgah ke Cendol Sagu Rumbia, katanya dah lama teringin nak rasa semula. Tapi bila tengok jam dah masuk 1.30 tengahari, aku cadang terus ke rumah abang ipar nombor 3 di Tiara Sendayan sebab keluarga lain pun akan berkumpul di situ dahulu sebelum ke tempat kenduri. Risau juga kalau lewat sangat, takut kenduri dah hampir selesai.
Sampai sahaja di Tiara Sendayan, kami berehat sekejap. Tak lama selepas itu, kami bergerak pula ke Kampung Jijan, Nilai lokasi sebenar majlis aqiqah yang diadakan di rumah mertua abang ipar nombor 4. Sampai di sana, kami bersalaman dengan tuan rumah dan disambut mesra oleh keluarga sebelah sana. Makanan pun memang terbaik nasi putih, kambing masak kari, daging lemak, ayam goreng, air oren dan pelbagai kuih tradisional, memang lengkap menu kenduri. Lepas makan, kami duduk di luar rumah berbual-bual, bergelak ketawa dengan sanak saudara yang lama tak jumpa.
Disebabkan kami datang dari jauh, terasa rugi pula kalau hanya hadir kenduri dan terus balik. Jadi kami rancang untuk jalan-jalan sekitar kawasan Nilai. Abang ipar nombor 3 ajak bawa kami semua ke AEON Senawang. Turut serta ialah ayah mertua dan adik-beradik yang lain. AEON Senawang ni agak besar, dan macam-macam ada, dari pakaian ke barangan rumah, restoran, dan hiburan keluarga. Memang meriah suasana di situ.
Selesai bersiar-siar, kami semua singgah untuk solat Asar di Masjid Nilai. Masjid ni luas, bersih dan sangat selesa. Selesai solat, kami bincang nak ke Bagan Lalang untuk tengok matahari terbenam. Tapi memandangkan masa sudah agak lewat dan risau akan tersangkut dalam kesesakan balik, kami batalkan niat tersebut.
Sebagai gantinya, kami lepak di kawasan riadah City Park Nilai. Lokasi ini memang menjadi tumpuan ramai untuk bersantai. Suasana petang di situ sangat menenangkan, ada yang berbasikal, ada yang berjoging,ada yang Poco-Poco, ada yang sekadar duduk atas tikar sambil layan angin petang. Budak-budak pula seronok main buih sabun dan berkejar-kejar. Suasana kekeluargaan yang sangat damai. Kami ambil peluang itu untuk bergambar bersama dan nikmati momen tenang.
Selesai jalan-jalan, kami buat keputusan untuk bermalam di rumah abang ipar nombor 4, memandangkan beliau sibuk dengan majlis dan rumahnya tidak digunakan pada malam itu. Tapi kemudian abang ipar nombor 3 pula ajak kami semua tidur di rumahnya kerana katanya lebih selesa dan lebih dekat untuk semua berkumpul.
Malam tu, kami keluar makan malam di Gadong Steak House. Tempat makan ni memang popular di kalangan penduduk sekitar. Ramai sangat pelanggan sampaikan hampir tiada meja kosong. Mujur rezeki kami malam tu ada satu meja kosong, terus kami duduk dan buat pesanan. Antara menu yang kami pesan termasuklah chicken chop, Kueytiaw Kungfu, Maggi Sup dan nasi goreng kampung. Makanan sampai pun cepat dan memang sedap! Suasana malam yang damai, makan pula ramai-ramai memang nikmat.
Selesai makan, kami balik ke rumah abang ipar dan bersiap untuk tidur. Sebelum tidur, sempat lagi kami berbual panjang dari kisah lepas-lepas, kenangan lucu, sampai hal kerja. Masing-masing ketawa sakan, maklumlah dah lama tak duduk sembang macam tu. Inilah saat paling bermakna dapat berkumpul sekeluarga dan lupakan sekejap tekanan kerja harian.
Alhamdulillah..dapat eratkan hubungan silaturrahim
ReplyDeleteAlhamdulillah...betul tu
Deletebest dpt spend masa bersama keluarga dan sanak saudara, merapatkan jalinan silaturrahim
ReplyDeletebetul sangat kak....bukan selalu kan
DeleteAlhamdulillah dapat luangkan masa bersama keluarga.. pokcik pun lama dah tak pergi jalan ke Johor... In Sha Allah ada kelapangan nanti nak pergi ziarah kakak yang berada di Kg. Ulu Pulai..
ReplyDeletebetul tu, sekali sekala melawat keluarga kan....
DeleteAmbil masa untuk ziarah boleh eratkan lagi hubungan silaturahim
seronok dadat berkumpul seisi keluarga, alhamdulillah majlis berjalan lancar.
ReplyDeleteAlhamdulillah....selesai
DeleteSemoga ukhuwah terus berpanjangan. Silaturrahim antara keluarga itulah yang perlu diutamakan.
ReplyDeletebetul tu kak, setuju sangat...
DeleteSeronok bila berkumpul tu dan ipar duai semua boleh ngam.
ReplyDeleteya, macam Taufik ni memang kaki borak...jadi senang nak mesra berbual hihihi
DeleteBermula dari menghadiri majlis aqiqah, dianjut dengan jalan-jalan dan kemudian menginap...ah perjalanan yang mengasyikan dan memperpanjang tali silaturahmi...
ReplyDeleteSalam,
betul tu, penat memang penat tapi seronok
DeleteBaguus juga bisa menginap kan. Silaturahmi sekalian. Kalo tempat agak jauh begitu, saya pun lebih suka menginap dulu ntah di hotel atau rumah saudara, dan bisa sekalian jalan2 👍☺️
ReplyDeleteya betul tu, sebab saudara sebelah isteri ramai yang duduk di seremban
DeleteBaguus juga bisa menginap kan. Silaturahmi sekalian. Kalo tempat agak jauh begitu, saya pun lebih suka menginap dulu ntah di hotel atau rumah saudara, dan bisa sekalian jalan2 👍☺️
ReplyDeletecenggini haaaaaaa 👍🏻
DeleteGambar dalam masjid tumpuan saya, bahagia dapat jumpa sanak saudara, majlis ilmu ni kita anggap majlis ilmu aqiqah bersama family yang disayangi
ReplyDeletebetul tu...bersama keluarga memang bagus
Deletealhamdulillah.. bukan selalu dapat berkumpul dengan sanak saudara dek kerana kesibukan kerja.. semoga hubungan silaturahim sentiasa terjalin.. ^^
ReplyDeletebetul la tu, Taufik memang antara yang paling payah nak nampak muka kalau ada kenduri..
DeleteBerkumpul dgn ahli keluargalah momen paling seronokkan...
ReplyDeleteya betul tu, itu laaa yang paling seronok sekali hihihi
Deleteseronok dpt spend masa dgn keluarga mcm ni..alhamdulillah
ReplyDeletealhamdulillah seronok
DeleteAeon Senawang ke Aeon Nilai Taufik? ke Aeon Seremban 2? sebab gambar city park tu macam kat Seremban...bab gathering dengan keluarga ni memang selalu Kak SA look into it..tapi selalunya susah nak berkumpul sebab semua dah ada keluarga dan aktiviti dengan keluarga kan
ReplyDeleterasa macam kat Nilai hihihi...lama tak singgah seremban jadi lupa dah nama tempat hihihihi
Deletealhamdulillah erat ukhuwah kekeluargaan
ReplyDeleteAlhamdulillah...syukur
Delete