Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Di Sebalik Uniform. Hari ini Taufik nak kongsi satu topik yang selalu ditanya oleh orang awam, apa itu Parol dan apa tanggungjawab bekas banduan bila mereka dibebaskan secara parol?
Ramai orang masih salah faham tentang parol ni. Ada yang ingat kalau seseorang tu dah keluar penjara, maksudnya dia bebas sepenuhnya macam orang biasa. Hakikatnya, tak semudah itu. Ada proses, ada syarat, ada pengawasan.
Parol adalah satu bentuk pembebasan awal dari penjara yang diberikan kepada banduan tertentu, sebelum tamat hukuman sebenar mereka. Tapi parol ni bukan tiket untuk bebas sepenuhnya. Ia bersyarat.
Contoh mudah: Katakan seseorang dihukum penjara 5 tahun. Tapi selepas 3 tahun dia tunjukkan kelakuan baik, dia layak dipertimbangkan untuk pembebasan secara parol, maksudnya dia keluar dari penjara lebih awal, tapi masih dalam pemantauan pihak berkuasa.
Siapa Yang Layak Dapat Parol? Tak semua banduan layak untuk parol. Antara syarat asas:
- Mestilah banduan kategori berisiko rendah
- Telah menjalani sebahagian hukuman (biasanya lebih 1/3 tempoh)
- Menunjukkan kelakuan baik sepanjang dalam penjara
- Tidak terlibat dalam kesalahan serius seperti rogol, bunuh, jenayah seksual terhadap kanak-kanak, pengedaran dadah, dan seumpamanya
Lembaga Parol akan nilai kes demi kes. Kalau layak, baru diluluskan.
Perlu Lapor Diri Ke? Ya, WAJIB! Setiap bekas banduan yang dibebaskan secara parol akan ditempatkan di bawah pemantauan Pegawai Parol (di bawah Jabatan Penjara Malaysia).
Mereka mesti:
- Lapor diri secara berkala, biasanya seminggu atau sebulan sekali bergantung kepada tahap pemantauan
- Berikan maklumat lengkap tempat tinggal dan pekerjaan
- Ikut segala arahan Pegawai Parol
- Dilarang keluar kawasan tertentu tanpa kebenaran
Kalau gagal lapor diri atau langgar syarat, parol akan ditarik balik dan mereka boleh diperintahkan masuk penjara semula untuk habiskan baki hukuman.
Tujuan utama sistem parol bukan nak 'ringan-ringan' hukum banduan, tapi lebih kepada:
- Reintegrasi semula ke dalam masyarakat
- Memberi peluang kedua kepada mereka yang betul-betul berubah
- Kurangkan kesesakan penjara
- Bantu mereka bangun kehidupan baru dengan bimbingan
Ingat, bukan semua orang yang masuk penjara tu jahat sepanjang hayat. Ada yang betul-betul insaf. Sistem parol ni bagi mereka peluang kedua dengan syarat mereka ikut peraturan dan tunjukkan perubahan.
Katakanlah ada seorang bekas banduan bernama Amir (bukan nama sebenar). Dia jalani hukuman penjara 4 tahun atas kesalahan curi. Selepas 3 tahun, dia dibebaskan secara parol.
Setiap minggu dia kena:
- Lapor diri ke pejabat Parol daerah tempat tinggalnya
- Hadiri sesi kaunseling
- Bekerja di kilang berhampiran dan pastikan maklumat majikan dikemaskini
Dalam tempoh parol ni, Amir kena jaga tingkah laku, tak boleh terlibat dengan jenayah, dan kalau nak tukar tempat tinggal atau kerja pun kena minta kebenaran Pegawai Parol. Kalau dia ikut semua, selepas tempoh parol tamat, barulah dia bebas sepenuhnya.
Ini part penting yang Taufik nak tekankan, masyarakat kena beri peluang kedua.
Jangan terus pandang serong pada bekas banduan yang dibebaskan secara parol. Kalau mereka ikhlas nak berubah dan nak hidup cara halal, kita sebagai jiran, kawan, majikan, atau masyarakat, kena buka ruang.
Kadangkala mereka ni hanya perlukan sedikit kepercayaan dan sokongan moral untuk mulakan semula hidup yang lurus. Tapi kalau kita terus menghukum dan pinggirkan, tak mustahil mereka kembali ke jalan salah. Siapa rugi? Kita juga.
Kalau korang kenal seseorang yang dibebaskan secara parol dan nampak mereka langgar syarat, atau nampak mereka dalam keadaan berisiko tinggi untuk kembali buat jenayah, korang boleh laporkan kepada:
- Pejabat Parol berhampiran
- Balai polis berdekatan
- Talian Jabatan Penjara Malaysia
Tu bukan tindakan untuk ‘menganiaya’ mereka, tapi langkah pencegahan demi keselamatan semua pihak.
Jadi jawapan untuk soalan ini, ya, bekas banduan yang dibebaskan secara parol perlu lapor diri secara berkala, dan mereka masih dalam pemantauan.
Parol bukan jalan pintas untuk lari dari hukuman, tapi satu peluang kedua yang bersyarat. Kita sebagai masyarakat, marilah beri ruang mereka berubah dan kembali kepada hidup yang lebih baik.
semua org deserved 2nd chance dan moga2 yg pernah dihukum takkan mengulanginya lagi...saya ada kenal someone yg berkali2 kuar masuk penjara tapi mcm tak serik jer.. :(
ReplyDeleteItu kalau orang dah bagi peluang tapi masih buat benda yang sama.... Memang dah hati batu tu...
Deleteterus teringat cerita korea..dok pakai gelang kaki tu...malaysia pun katanya nak buat juga..mcm pernah dengar berita...tapi, of course lah untuk kes yang serius sangat...
ReplyDeletesemoga mereka nie insaf dan tidak mengulangi kesilapan yang sama..semoga kita juga tidak terjebak dalam kancah jenayah...aamin
Yaa.... Sebab sudah diberikan kelonggaran untuk berada di luar penjara bagi menghabiskan hukuman.tapi mereka kena tunjukkan yang mereka betul-betul dah berubah
Deletekalau terlibat jenayah terpaksa ambil tahu semua ni jadi mesti jauhi semua maslahah mungkar
ReplyDeleteYa betul, sebab banyak yang mereka boleh ambil info berkaitan diri mereka.
DeleteOh macam tu. Yang terus berkelakuan baik dan insaf tu okay lagilah. Tak semua orang masuk penjara tu salah. Mungkin juga dianiaya, jadi kambing hitam ke kan. Kadang banyak tengok cerita macam tu. Masyarakat mungkin tak tahu hal macam ni. Asal banduan je mereka pandang serong.
ReplyDeleteYa, sebab mungkin ada yang buat benda tu sebab untuk melindungi keluarga mereka dan diri nya yang jadi kambing hitam..... Tapi mereka kena tunjukkan dan cuba ubah persepsi masyarakat
Deleteooooo ingatkan bila dah dibebaskan tak ada sudah lapor diri, rupanya kena lapor diri...
ReplyDeletetetap kena lapor..tapi ini tertakluk kerana dia berkelakuan baik ...kalau tak dia kena habiskan sisa dalam penjara
Deletemereka juga berhak peluang kedua.. tiada manusia yang terlepas daripada melakukan kesalahan.. semoga peluang ini dapat digunakan sebaik mungkin..
ReplyDeleteya, harap peluang yang diberi tidak di sia sia kan
DeleteMoga yang dapat parol ni berkelakuan baik juga ketika itu. Perkataan ni selalu dengar dalam movie omputih. Oh baru la tahu maksud sebenarnya.
ReplyDeletebetul, kalau mereka tidak guna peluang kedua ini dengan baik...mereka akan di masukkan semula dalam penjara
DeleteKadang mereka juga mangsa keadaan kan... Kalau betul nak berubah atau dah nenyesal mmg sewajarnya diberi peluang kedua terutama yg kesalahannya ringan.
ReplyDeleteya, adakala mereka yang masuk ke dalam merupakan kambing hitam.... ini tertakluk untuk kes kes yang ringan sahaja
Deletepertama dengar kata parol bingung banget tapi setelah lihat kata bebas bersyarat baru paham sistemnya, efek suka nonton film korea berbau kasus
ReplyDeletebetul tu, dia masih tertakluk dengan hukuman lagi cuma mereka diberi peluang untuk bersama masyarakat.
DeleteSaya pernah dengar juga ttg sistem parol ini. Walau kadang masyarakat sekitar suka cemas dengan orang2 yg dibebaskan bersyarat, Krn kuatir mereka melakukan kesalahan sama, tp sebenernya kita perlu support juga, agar mereka bisa kembali hidup bermasyarakat seperti dulu. Apalagi bagi yg sudah betul2 bertobat kan
ReplyDeletekita kena support mereka yang betul betul nak berubah...tapi kalau dah masuk penjara sampai 3 ke 4 kali...itu bukan peluang dah tu
DeleteSalam singgah ya..Semoga yang mendapat Parol tu betul- betul insaf..jangan lagi terlibat nak buat onar..
ReplyDeletebetul tu, sudah diberikan peluang kedua..kena tunjukkan diri itu betul betul sudah berubah
Deleteterima kasih, perkongsian yang bermanfaat.. biasa dengar dan hari ni baru faham..
ReplyDeletesama sama....mudah mudahan perkongsian ini dapat manfaat kepada yang memerlukan
DeletePeluang kedua itu wajib diberikan.. dia berubah atau tidak itu cerita kemudian.. yang pasti kalau dia dpt perhatian yg baik dari masyarakat maka blh la dia nak berubah.. kalau dipandang sinis mungkin dia akan kembali menjadi penjenayah..
ReplyDeletebetul tu, peluang kedua patut diberikan kepada mereka...harap mereka guna kan sebaik baik nya
DeleteTk perkongsian maklumat yang bermanfaat
ReplyDeletesama sama....mudah mudahan perkongsian ini dapat manfaat kepada yang memerlukan
Delete