Hari ni Taufik nak kongsi sedikit berkenaan kawad kaki, satu aktiviti yang sinonim dengan polis, askar, bomba dan mana-mana pasukan beruniform. Dalam PDRM sendiri, kawad kaki bukan sekadar berjalan ikut gaya atau formasi semata-mata, tapi ia adalah satu bentuk disiplin fizikal dan mental yang cukup penting.
Mungkin ramai yang pernah tengok latihan kawad, tapi tak tahu maksud sebenar dan tujuan utama ia dijalankan dalam PDRM. Jadi, jom kita fahami dengan lebih terperinci!
Kawad kaki ialah satu bentuk latihan pergerakan berdisiplin secara berkumpulan yang dikendalikan dengan arahan suara atau wisel oleh seorang ketua atau jurulatih. Ia melibatkan susunan barisan, langkah kaki yang sekata, pusingan arah, tabik hormat dan pergerakan tersusun lain yang dilakukan secara seragam.
Dalam PDRM, kawad kaki diajar seawal hari pertama latihan asas polis. Ia akan terus dipraktikkan sepanjang perkhidmatan sama ada dalam latihan berkala, perbarisan rasmi, program induksi, ataupun majlis-majlis peringatan dan sambutan rasmi seperti Hari Polis.
Ramai ingat kawad kaki hanya untuk “nampak cantik masa berbaris.” Tapi realitinya, ia mempunyai nilai-nilai penting yang sangat berkait rapat dengan tugas harian seorang anggota polis:
-
Membentuk Disiplin dan Tumpuan
- Latihan kawad memerlukan 100% tumpuan pada arahan dan pergerakan serentak. Dari situ, ia latih anggota jadi lebih patuh, cekap dan disiplin.
-
Memupuk Semangat Kerjasama
- Setiap pergerakan perlu seragam dan dilakukan bersama. Ini membina semangat sepasukan dan saling memahami antara anggota.
-
Kepatuhan pada Arahan
- Dalam kawad, setiap pergerakan mengikut arahan yang diberikan secara spontan. Ini melatih anggota agar taat kepada arahan pegawai atasan dalam apa jua situasi.
-
Meningkatkan Daya Tahan dan Fizikal
- Kawad juga membantu dari segi ketahanan fizikal dan mental, apatah lagi kalau latihan dibuat di tengah panas dalam masa yang lama.
Berikut antara jenis kawad yang biasa dipraktikkan dalam PDRM:
- Kawad Asas (termasuk posisi sedia, senang diri, pusing kiri/kanan, ke belakang pusing, baris ke belakang, langkah kiri/kanan)
- Kawad Perarakan (kawad dalam barisan panjang untuk perarakan rasmi)
- Kawad Senjata (kawad senapang) (digunakan semasa kawad kehormat dan upacara rasmi)
- Kawad Tempur (Defensive Drill) (latihan taktikal semasa keadaan operasi)
- Kawad Tabik Hormat (digunakan dalam istiadat, tabik semasa lagu kebangsaan, hormat panji atau pegawai tinggi)
Dalam latihan polis, kegagalan mengikuti arahan kawad boleh menjejaskan markah prestasi latihan. Malah dalam situasi sebenar, kawad melatih anggota supaya cekap mengambil tindakan serentak dan pantas dalam kawalan situasi, contohnya ketika kawalan rusuhan atau perbarisan kawalan istiadat.
Biasanya kawad dikendalikan oleh Jurulatih Kawad atau Pegawai Kawad yang memang berpengalaman dan mempunyai latihan khas. Dalam program-program seperti Induksi Koperal Time Base yang Taufik pernah sertai sebelum ini, slot kawad akan dijalankan oleh anggota berpangkat Sarjan atau Sarjan Mejar yang tegas dan berdisiplin tinggi.
Kawad sangat penting dalam:
- Hari Polis (25 Mac setiap tahun)
- Majlis Tamat Latihan
- Penghormatan Pegawai yang Bersara
- Istiadat Pengebumian Polis yang gugur dalam tugas
Dalam semua majlis ini, kawad kaki jadi lambang kehormatan, hormat dan penghargaan tertinggi dalam PDRM.
Biasanya anggota akan jalani kawad dalam:
- Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
- Induksi atau kursus kenaikan pangkat
- Latihan asas di PULAPOL
- Latihan mingguan di IPD/Balai
- Hukuman gagal mematuhi arahan
Walaupun nampak macam aktiviti biasa, kawad kaki merupakan nadi pembinaan disiplin dalam PDRM. Ia latih kita untuk bergerak sebagai satu pasukan, hormat arahan, dan kekal fokus dalam situasi apa pun.
Macam Taufik sendiri, mula-mula masuk pasukan dulu, agak kekok juga nak buat pusingan dan tabik hormat seragam. Tapi lama-lama, kita jadi terbiasa. Kawad juga satu cara untuk kita ‘reset’ semangat dan kekal berdisiplin setiap minggu.
Jangan lupa untuk sertai CONTEST taufik ye... Setiap hari ada petunjuk hingga hujung bulan...teka seberapa banyak
Info yang menarik
ReplyDeletePatutlah adik yang bertugas dengan satu badan beruniform ni bila tamat latihan/kursus nanti akan berkawad juga.
ReplyDeletesemua dah pernah merasa kecuali kawad senjata dan kawad tempur.. sempat la join squad wonderpet masa zaman universiti dulu.. hehehe..
ReplyDeletekagum sgt2 dan MZ suka la tgk sbb serentak seragam ngam pergerakan semuanya!
ReplyDeleteoooo mcm-mcm kawad rupanya...berbeza setiap event
ReplyDeleteMasuk kawad auto self confidence tinggi...hihihi
ReplyDeleteberkawad penuh disiplin terbaik seni tersendiri n sesuai acaranya
ReplyDeleteSuka tengok anggota beruniform berkawad. Kemas dan bersemangat.
ReplyDeleteRupa-rupanya banyak nilai penting di sebalik kawad.