Satu masalah yang mungkin nampak kecil, tapi sebenarnya beri kesan besar dalam kehidupan seharian bila parking sesuka hati.
Mungkin kita pernah nampak (atau sendiri pernah buat 🤭):
- Park tepi simpang
- Park depan pagar orang
- Double park tapi tak tinggal nombor
- Suka-suka parking kat laluan bomba
- Parking kat lot OKU walaupun sihat walafiat
📍 Kenapa Parking Sesuka Hati Jadi Isu?
-
Ganggu laluan trafik
- Kereta lain kena elak, boleh sebabkan kemalangan.
-
Halang kecemasan
- Ambulan, bomba atau polis sukar nak masuk kalau jalan sempit tersekat.
-
Menyusahkan orang
- Bayangkan nak keluar rumah tapi ada kereta blocking depan pagar. 🙃
-
Boleh cetus pergaduhan
- Ya, benda semudah parking boleh buat orang bertumbuk. 😓
📜 Undang-undang & Tindakan
Di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 & Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya 1959, pihak polis atau pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh keluarkan saman, kena tunda kereta, atau kompaun sehingga RM300 bagi kesalahan parkir.
Antara kesalahan biasa:
- Parking di laluan pejalan kaki
- Parking di simpang jalan
- Parking di garisan kuning berganda
- Parking dalam petak OKU tanpa kebenaran
👮♂️ Dari Sisi Polis / PKD
- Kami sering terima aduan daripada orang awam.
- Dalam kes serius (halang laluan kecemasan), kami akan arahkan kereta ditunda terus.
- Kadang-kadang pemilik kereta sendiri naik angin bila ditegur… padahal dia yang salah.
🧠 Renung Sekejap…
“Sekadar nak cepat 5 minit… Tapi menyusahkan satu jalan. Berbaloi ke?”
✅ Tips Parking Beretika
- Hormat tanda jalan, kalau ada papan larangan, jangan parking.
- Jangan halang laluan keluar masuk rumah orang.
- Kalau double park, tinggalkan nombor telefon.
- Elak parking depan balai bomba / hospital / sekolah semasa waktu sibuk.
- Hormat lot khas OKU. Kalau anda sihat, itu bukan hak anda.
Kadang-kadang kita fikir “ala, sekejap je.”
Tapi “sekejap” tu boleh jadi punca besar kemalangan, kelewatan, kemarahan, dan macam-macam lagi.
Jadilah pemandu yang beretika dan prihatin.
Parking yang betul = hidup lebih tenteram.
#ParkingBeretika
#SedarDiriBilaMemandu
#PolisDanKomuniti
#PKDKongsiInfo
majority rakyat msia memang hampir2 tiada kesedaran bab2 illegal parking ni...susah nak ubah mentaliti minda kelas ketiga
ReplyDeletejenis parking takde tinggal nombor telefon....geram je
DeleteAda driver lain dalam kereta takpe.. Kalau takde tu, geram juga
ReplyDeletejenis parking takde tinggal nombor telefon....geram je
DeleteAda nombor telefon, tapi tak berangkat... Pun sama juga.. Hahaha
DeleteBetul jugak eak hahahaha.....poning poning 🤦
DeleteSelalunya bila 'ala sekejap je' tu la akan jadi macam²... PH lebih rela parking jauh dari block kereta orang atau park di tempat yg tak sepatutnya.
ReplyDeleteBetul tu, kalau tinggalkan nombor telefon takpe juga....dia punya sekejap tu makan setengah jam
Deletemenyirap, lepas tu bila tunggu nak alihkan terhegeh-hegeh. iskla...
ReplyDeletekita lebih rela cari proper parking, hati pun senang nak tinggalkan kereta utk berurusan, takut2 urusan kejap tu timbul problem lain, dah jadi lama pula.
Lepas tu Acah acah macam dia paling tersakiti kata orang tak bertimbang rasa.
Deletenak dapat lesen memandu mesti lulus parking dulu kan mesti parkir keta kat tempatnya
ReplyDeletedia macam ni, masa nak ambil lesen bijak...lepas da dapat lesen dia jadi bodoh plak
DeleteAda tgok kat Tik Tok hari tu, pasal org parking depan rumah org, selamba parking dalam rumah orang pas tu claim dia pn sri la apa la..pelik tul org leh sesuka hati parking rumah org ni..
ReplyDeletedia ikut kepala dia je..bukan pikir pasal orang lain. rumah sendiri ada tapi nak jugak menempek kat rumah orang. kalau atas dasar sekejap atau ada majlis sekejap ok lagi...ini dah tahap menetap menyusahkan orang
DeleteAda juga yang parking sekejap sebab nak beli barang.. lepas tu selamba badak masuk kereta terus jalan. Takde common sense. At least angkat tangan sikit tanda sorry pada yang menunggu, sejuklah hati sikit.
ReplyDeletetak patut, sepatut nya bagio la isyarat minta maaf....dah buat orang panas hati tambah lagi tak minta maaf lagio la orang marah
DeleteKadang kita bukan marah, cuma pelik. Parking jauh-jauh, tapi ada juga yang sumbat depan laluan
ReplyDeleteAda tu dah blok kereta orang bila call minta alihkan eh marah pulak bukannya minta maaf. Dah ko salah blok kereta orang. emmm memang generasi sekarang sudah hilang adap sopan.
ReplyDeletePaling tak suka kalau ada orang parkir depan rumah. Jiran ke atau saudara mara mereka datang ke. At least hormat tuan rumah. Jangan menyusahkan tuan rumah nak keluar rumah nanti. Dah terpaksa hon pula suruh alihkan kenderaan.
ReplyDeleteOrg jenis macam ni fikir hanya utk diri sendiri jer.. tak kesah la 5 mnt pun.. tapi menyusahkan ramai org lain..
ReplyDelete