Skip to main content

Musim Panas & Kebakaran Semak: Perokok Tolong Peka!

Musim sekarang cuaca memang panas dan kering. Hujan pun jarang turun, dan angin bertiup agak kuat. Keadaan ini memang mudah sangat mencetuskan kebakaran, walaupun berpunca dari perkara kecil.

Baru-baru ini, saya terima aduan berkaitan kebakaran semak di kawasan sekitar. Bila anggota ronda Balai sampai dan buat pemerhatian awal, antara benda yang mereka jumpa adalah sebatang rokok yang masih ada sisa bara, tak jauh dari kawasan kebakaran.

👉 Punca sebenar masih belum dapat dipastikan, tapi daripada petunjuk yang ada, besar kemungkinan berpunca daripada puntung rokok yang dibuang sebarangan.

Melihat situasi tersebut, aku terus arahkan anggota ronda dari balai berdekatan untuk pergi ke lokasi bagi pantauan dan tindakan awal sebelum keadaan jadi lebih teruk.


🔥 Kenapa puntung rokok bahaya waktu musim panas ni?

  • Rumput dan daun kering bertaburan di kawasan semak sangat mudah terbakar.
  • Angin kuat pula boleh cepat merebakkan api dari satu kawasan ke kawasan lain.
  • Bara kecil dari puntung rokok boleh hidup semula jadi api walaupun selepas beberapa minit dibuang.


🚫 Nasihat kepada para perokok:

  1. Jangan buang puntung rokok keluar tingkap kereta.

    • Bahaya kalau ada semak di tepi jalan, lagi-lagi waktu tengah hari yang panas.
  2. Pastikan rokok dipadam betul-betul.

    • Gunakan air atau pijak hingga habis bara sebelum buang ke dalam tong sampah.
  3. Elakkan merokok di kawasan berisiko tinggi.

    • Contohnya berhampiran kawasan semak, ladang, atau tempat menyimpan bahan mudah terbakar.


👮‍♂️ Langkah keselamatan yang kami ambil:

Sebagai pihak keselamatan, kami pantau lokasi kebakaran kecil macam ni sebab ia boleh jadi serius kalau tidak dikawal awal. Kami juga berhubung dengan bomba untuk tindakan lanjut jika api mula merebak. Arahan ronda turut dikeluarkan agar anggota dapat berada di lokasi dengan segera untuk pemantauan.

Kadang-kadang niat tak salah, tapi kelalaian kecil boleh sebabkan kerugian besar kepada orang lain.


Musim panas ni memang mencabar, dari sudut kesihatan, keselamatan, dan juga alam sekitar. Sama-sama kita jaga, dan tolong beri kerjasama.

Kepada perokok, tolong jadi perokok bertanggungjawab. Rokok tu pilihan korang, tapi keselamatan alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama.


#MusimPanas
#KebakaranSemak
#PuntungRokokBahaya
#ArahanRonda
#BloggerPolisSantai
#KesedaranMasyarakat

Comments

  1. Kita orang pernah alami situasi tidak di jangka tapi bukan kerana rokok tapi memang bakar rumput kering nak bersihkan kebun. Sekali angin bertiup bawa serpihan api ke kebun kelapa sawit jiran sebelah. Tak pasal kena panggil bomba menolong sebab ianya merebak dengan pantas. Maklum le bila daun kering dengan angin bertiup memang mudah api merebak. Lepas tu kalau bersihkan kebun kena le hati2 takut pisang berbuah 2 kali. aduhaiiii

    ReplyDelete
  2. moga2 kita semua di bawah lindunganNya...tq tuan for info sharing

    ReplyDelete
  3. betul sangat, semoga dijauhkanNya dari segala musibah.. aamiin

    ReplyDelete
  4. malam tadi baru hujan lebat , beserta angin kuat dekat Selayang nie..katanya siap ada pokok tumbang lagi

    ReplyDelete
  5. musim panas rumput kering api rokok pun cepat membakar berhati-hati pengguna api apalagi perokok

    ReplyDelete
  6. Walaupun kecil tapi boleh menyebabkan kebakaran besar berlaku. Harap perokok sekalian mendengar nasihat lah ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, buang dalam bakul sampah pun sama.... Tiba tiba berbau dan berasap je bakul

      Delete
  7. Saya selalu nampak orang hisap rokok buang puntung di jalan kemudian tak masuk pun dalam tong sampah. Tak pun buang je kat semak2 / rumput. Moga kita semua peka terhadap kebersihan dan persekitaran juga. Memang sekarang ni panas dia lain macam. Buatkan malas nak keluar rumah kalau tak ada apa2 yang penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taufik pun selalu nampak.... Bila kita tegur mula buat muka .. boleh menyebabkan kebakaran dan kawasan persekitaran tidak bersih. Ini semua atas sikap sesetengah orang juga.

      Delete
  8. Setitik api keciiiil saja, memang bisa membakar 1 gunung. Saya jadi ingat kebakaran di gunung Bromo. Hanya karena ada rombongan calon pengantin kurang berpendidikan, nak buat foto wedding, pakai flare . Bayangkan lah... Mereka pikir flare hanya asap, jadi tak mungkin buat kebakaran.

    Ternyata habis 1 Bromo, sampai ditutup. Nasib baik skr udah pulih kembali gunungnya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pepatah orang dulu dulu kata "api kecil jadi kawan, api besar jadi lawan".

      Awal nya seronok sesudahnya merana.

      Delete

Post a Comment