Setiap kali musim perayaan atau cuti sekolah, mesti kita dengar "BOOM! DUMM! POP!" dari jauh. Tak lain tak bukan, mercun dan bunga api lah tu.
Memang betul, mercun ni salah satu ‘hiburan tradisi’ bila sambut raya, tahun baru Cina, Deepavali, dan sebagainya. Tapi ramai tak tahu, bukan semua mercun dan bunga api dibenarkan, dan bukan semua boleh dinyalakan sesuka hati.
⚠️ Apa Yang Dibenarkan & Apa Yang Dilarang?
✅ Dibenarkan:
- Bunga api ringan (contoh: Pop-pop, sparklers, Happy Boom kecil)
- Tapi masih tertakluk kepada garis panduan & lokasi selamat
❌ Tidak dibenarkan (kecuali dengan permit khas):
- Mercun bola
- Mercun roket
- Mercun Thunder Clap
- Mercun buatan sendiri
- Bunga api berskala besar (komersial)
Semua ini perlukan permit daripada pihak berkuasa!
📜 Undang-undang Berkaitan
Tahu tak?
Di bawah Seksyen 4(2), Akta Bahan Letupan 1957, individu yang memiliki atau menyalakan bahan letupan (mercun) tanpa kebenaran boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 7 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.
😢 Akibat Yang Pernah Berlaku
- Jari putus sebab mercun bola
- Rumah terbakar sebab bunga api jatuh ke bumbung
- Kanak-kanak trauma sebab letupan dekat sangat
- Haiwan peliharaan lari tak tentu arah
- Warga emas terkejut dan jatuh
Ini bukan sekadar menakut-nakutkan, semua ini pernah berlaku dan masuk berita.
👮♂️ Dari Sisi Polis
Biasanya bila musim perayaan tiba, kami akan:
- Buat rondaan di kawasan taman dan kampung
- Terima banyak aduan dari penduduk: “Budak main mercun kuat sangat malam-malam”
- Tindakan sita dan tahan jika tangkap individu dengan mercun larangan
- Buat kes jenayah jika mercun tersebut bawa risiko besar kepada nyawa atau harta benda
🤝 Apa Anda Boleh Buat?
- Pantau anak-anak, jangan biar mereka beli dan main sendiri
- Tegur dengan baik jiran atau anak jiran yang main mercun
- Laporkan kepada polis jika ada aktiviti mercun berbahaya di kawasan anda
🧠 Fikir Sekejap…
"Main mercun ni seronok 5 saat. Tapi kalau jadi apa-apa, menangis 5 tahun tak selesai."
Sambut perayaan boleh. Nak gembira pun boleh. Tapi jangan sampai membahayakan diri sendiri, keluarga, jiran dan komuniti.
Kalau nak main bunga api, pastikan:
✔️ Dibenarkan undang-undang
✔️ Kawasan terbuka dan selamat
✔️ Dengan pengawasan
✔️ Ada permit (jika berskala besar)
#MercunBahaya
#BungaApiAdaUndangUndang
#PKDShareInfo
#PolisDanKomuniti
kalau meletop letop tu kak ana memang takut dan tak bagi pun anak-anak main huhu :) takad bunga api percik2 batang kertas tu sahaja kalau musim raya :)
ReplyDeleteyg penting kesedaran di kalangan masyarakat berkenaan larangan dan undg2 yg ada
ReplyDeleteDulu akak main mercun katak. Balik kat adik beradik hah apa lagi melompat-lompat depa mengelakkan mecun katak tu yang sedang melompat ke sana sini. Sekarang tak jumpa lagi. Dolu2 main bunga api cap kucing. Bengkok besi letak kat pokok bunga. Wah rasa meriah sungguh. Sekarang mercun macam-macam.
ReplyDeleteWalaupun dah diberikan peringatan, tapi tetaplah mereka nak main mercun depan rumah. Budak-budak pula tu. Perayaan lain okay lagi sebab sekejap je dalam sehari dua hari gitu. Tapi kalau perayaan kita dari mula bulan puasa sampailah raya. Masa terawih tu terganggu dibuatnya. Terkejut² kita. Pernah sekali, awal subuh tu dia boleh main mercun juga. Ish ish ish...
ReplyDeletemain mercun membahayakan diri elok jangan dibuat
ReplyDeleteMusim perayaan banyak yang jual mercun secara terbuka. Kalau pembeli dah beli, kena minta permit dari polis ke?
ReplyDeleteSemoga ramai yang sedar dan faham larangan tersebut...bukan apa untuk kebaikan kita juga...buat apa dedahkan diri kepada bahaya jika boleh elak
ReplyDelete