Mari Klik

Tuesday, June 10, 2025

Jalan-Jalan, Jumpa Sushi RM1 & Kopi Bertaraf Starbucks di Seremban

Hari ni aku keluar jalan-jalan sekitar Seremban. Saja lepas geram nak tenangkan fikiran sambil tengok suasana luar daripada rutin biasa. Tengah pusing-pusing, mata ni tertarik dengan satu gerai tepi jalan yang agak meriah orang singgah.

Aku pun berhenti dan singgah jap. Tengok-tengok, ada jual sushi 🍣 dan kopi. Tapi yang buat aku tersentap sikit, masih ada orang jual sushi RM1 seketul! Dalam zaman sekarang ni, benda murah macam tu memang rare sangat dah nak jumpa.

Korang cari Banner ni


🍣 Sushi RM1? Biar Betul!

Rasa dia? Sedap dan kena dengan tekak orang Malaysia. Tak terlalu “pure Jepun” sampai kita tak boleh nak hadam, tapi cukup rasa, berbaloi dengan harga. Portion pun elok, tak kedekut langsung isi dia.


Kopi Bertaraf Starbucks, Tapi Harga Gerai!

Lepas beli sushi, aku try pula kopi dari gerai yang sama. Aku ni boleh dikira kaki kopi, sebab kat Kluang tempat aku tu, memang banyak port kopi best. Tapi yang ni… serius Rasa kopi dia aku boleh cakap bertaraf STARBUCKS! Dalam banyak-banyak kopi dalam menu, yang aku paling suka adalah Kopi Latte. Fuhhh memang ngam dengan tekak aku! Rasa dia smooth, tak terlalu pahit, tak manis sangat, just nice. Kalau korang jenis suka kopi yang lemak berkrim dan tak terlalu heavy, aku memang recommend try ni dulu. Rate? Aku bagi 9.5/10. Memang padu!


Harga gerai, rasa premium. Dan yang paling aku suka, boleh request nak manis atau kurang manis. Jarang dapat gerai yang bagi flexibility macam ni.

Lepas korang rasa boleh cuba rate

Ini antara menu air yang lain.

📍 Nak Try Juga? Ni Lokasi Dia

Kalau korang rasa nak rasa sendiri sushi RM1 dan kopi padu ni, Kalau korang nak try, boleh cari gerai D'KEMBAR KOPI & SUSHI. Lokasi dia berada di Jalan Metro Sendayan 1/1, Bandar Sri Sendayan, betul-betul berhadapan kedai KIDDO ZONE TOY SHOP.

Kedai dia betul betul depan kedai ni


🎒 Jalan-Jalan Ringkas Tapi Bermakna

Kadang-kadang bila keluar tanpa plan pun boleh dapat rezeki kecil yang buat hari kita jadi lebih best. Aku tak plan pun nak beli sushi hari ni, tapi dapat rasa sushi RM1 yang sedap dan kopi bertaraf Starbucks, memang puas hati.

Siapa sangka, gerai tepi jalan pun boleh bagi pengalaman makan yang premium dan berbaloi.


#JalanJalanSeremban
#SushiRM1
#KopiBertarafStarbucks
#DkembarKopiDanSushi
#BandarSriSendayan
#GeraiTepiJalanSedap

31 comments:

  1. Eh...Taufik ada kat Seremban? Bukan at Johor ke? Confius jap..Sendayan mmg banyak kedai2 kopi yg Hype...SA pun x habis explore

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya Kampung di Felda Jelai Gemas Negeri Sembilan... Jalan² seremban sekejap.

      Delete
    2. Laaaa..oghang Nismilan ghupo eh.....waghihhhhhhhh

      Delete
    3. Yo kak, sey ni oghang nismilan...
      bukan anak jati laaaa... Cumo ehhh mak dan ayah masuk rancangan Felda gitu.

      Delete
  2. Yg kopi tu kira murah utk saiz cup camtu. Kalau kt tmpt saya selalu rm6 atau rm7. Susah nak jumpa air hipster2 yg harga rm5 sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, saja try kopi kat situ... Rasa sedap semacam hihihi.... Alhamdulillah nampak murah sebat jelaaaa hahaha

      Delete
  3. Wahhhh nampak menarik sushi RM1. Susah la nak jumpa ya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa kalau ada rezeki boleh cuba Sushi rm1 tu...memang torbaik....

      Delete
  4. Replies
    1. Betul, sebab kat Kluang memang selalu minum kopi.

      Delete
  5. Saya Kampung di Felda Jelai Gemas Negeri Sembilan... Jalan² seremban sekejap.

    ReplyDelete
  6. Terkadang memang begitu bang. Adakalanya tak sengaja bertemu kafe atau tempat makan yg tak meyakinkan, tapi ternyata sedaaap wey rasanya 😄. Happy sangat jumpa yg begitu. Saya catat lah tempatnya ini. Sept nak ke KL, moga2 bisa mampir juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... Ada air yang sampai berbelas ringgit tiba tiba jumpa yang bawah RM10. Tapi rasa padu. Sushi pulak murah...mana ada orang jual RM1 lagi sekarang.

      Delete
  7. Baru nak tanya..sekali kak SA tanya dah..he he... Kat sendayan byk port makan sedap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sey memang org nogori kak... Hahahha... Kojo yo kek johor. Adik beradik ipar ramai tinggal kek soromban.

      Itu baru jumpa 1 kedai je da rasa lain mcm hahaha

      Delete
  8. ooooo taufik orang nogori rupanya. Ni kiranya jalan-jalan cari makan kat kampung ler ye. Susah nak jumpa sushi harga Rm1dengan kopi murah dan sedap. Nak cari kopi nak cari kopi. Kita pekena kopi o 434 dengan cecah biskut kering makan time hujan. walah weiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak... Sy org nogori.. ha ah semalam last cuti jalan jalan kejap sebelum balik johor. Betul kak susah dah nak jumpa sushi rm1 ni sekarang....kopi cap tupai tu kemang turun temurun kak hihihi

      Delete
  9. Sushi tepi jalan mmg rm1, kat sini pun ada... meriah je tengok sushi banyak²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang mula berniaga macam macam selepas covid...meriah...

      Delete
  10. Waduh rejeki terpijak ni jumpa sushi singgit ... Kopi pun nmpk mengancam 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu laaaa kak... Memang rezeki terpijak betul ni.

      Delete
  11. dekat kampung linda ad juga lagi sushi RM!..setiap hari rabu akan ada pasar jual makan2 depan dewan orang ramai...dekat je dengan rumah..anak2 kalau kebetulan ada kat kampung haru rabu, memang sorang RM10 tu dah tentu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh ada juga yeee..... Mantappp.... Memang rm10 tu dalam tangan laaaa kalau sushi rm1 ni

      Delete
  12. Zaman sekarang ni mudah dah nak cari makanan murah dan sedap, kalau dulu sushi RM1 kadang alahai takde seadanya sgt. Skrg ni kopi mahal ala-ala stabak banyak dah harga pun murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sekarang apa je yang makanan mahal mahal ada jual kat tepi jalan... Rasa pun tak kalah... Minuman pun sama .. nak rasa kopi mahal tepi jalan pun ada harga murah lagi.

      Delete
  13. Eh murah tu RM1. Kopi dia sedap ek. Cawan besar macam berbaloi beli tu. Ala jauh lah pulak kat Sendayan nun. Kot terlimpas situ, bolehlah membeli buat rasa-rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak RM1 je satu.... Murah sangat...kopi padu...

      Delete
  14. Best lah kopi camtu walaupun jual kat gerai tapi rasa kayangan.
    Pernah beli kopi kat gerai macam jual kat hari sukan sekolah... cair je 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye... Itu yang buat tarikan kepada pembeli bila harga murah tapi rasa kayangan.

      Delete

My Blog List