Zaman sekarang, ramai orang suka bela haiwan peliharaan, kucing, anjing, arnab, ayam serama… macam-macam. Ada yang anggap haiwan ni macam anak sendiri. Tapi sedihnya, ramai juga yang suka bela, tapi tak jaga betul-betul.
Mungkin niat asal nak bela sebab suka atau ikut trend, tapi bila tak mampu beri komitmen, haiwan tu jadi mangsa.
❗ Isu-isu Yang Kerap Berlaku
-
Haiwan dilepaskan berkeliaran tanpa kawalan
– Kucing beranak dalam longkang
– Anjing berkeliaran sampai ke jalan utama, bahayakan pengguna jalan -
Tidak bersihkan najis haiwan
– Jiran-jiran terpaksa hidu bau hancing & busuk setiap hari -
Haiwan kurus, cedera atau sakit
– Tak cukup makan atau tak dibawa ke vet bila perlu -
Bunyi bising
– Anjing menyalak tak henti waktu malam, ganggu jiran satu blok
⚖️ Ada Akta Yang Lindungi Haiwan
Ramai tak tahu, kalau abaikan atau zalimi haiwan, boleh kena tindakan bawah undang-undang.
๐ Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772):
Sesiapa yang menyiksa, mengabaikan atau gagal beri penjagaan sepatutnya kepada haiwan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya.
๐ฎ Dari Sudut Polis dan Aduan Awam
Kadang-kadang kami di PKD terima aduan seperti:
- “Ada anjing jiran masuk halaman rumah saya, anak saya takut nak keluar rumah.”
- “Ada rumah bela kucing banyak, najis dan bau sangat kuat.”
- “Waktu malam bising, anjing menyalak macam ada orang pecah masuk.”
Aduan sebegini biasanya kami rujuk ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS). Tapi jika melibatkan gangguan keselamatan atau pergaduhan antara jiran, barulah boleh masuk ke dalam laporan polis.
๐ Apa Tuan Haiwan Patut Buat?
- Jangan lepas haiwan berkeliaran tanpa pengawasan
- Pastikan vaksinasi & rawatan lengkap
- Urus najis haiwan setiap hari
- Pastikan haiwan tidak ganggu ketenteraman jiran
- Kalau tak mampu jaga, cari tuan baru atau pusat jagaan haiwan
๐ฌ Kisah Benar
Pernah satu kes, jiran bela lebih 10 ekor kucing dalam rumah taman.
Tak buat kandang, tak bersihkan najis, dan rumah mula penuh lalat serta bau.
Jiran lain mula sakit kepala, malah anak-anak tak berani main di luar rumah.
Akhirnya, terpaksa lapor kepada pihak berkuasa tempatan dan haiwan tersebut diambil untuk rawatan & siasatan kebajikan.
✨ Pesanan Ikhlas
Haiwan bukan hiasan atau mainan.
Mereka hidup, ada rasa, ada hak.
Kalau kita tak mampu beri perhatian, lebih baik jangan bela langsung.
Nak bela haiwan? Silakan. Tapi jangan jadi tuan yang lalai dan menyusahkan orang lain.
Jadilah pemilik haiwan yang bertanggungjawab, penyayang dan bijak.
#BelaHaiwanBertanggungjawab
#PKDShareInfo
#JiranTersiksa
#PolisDanKomuniti
Kak SA x pernah terniat nak bela kucing..tp kucing jiran menyerahkan diri mintak dijaga oleh SA...hahahahah....sampai dia dah x nak balik rumah tuan dia dah...dah jadi permanent residence kat rumah tu...makan minum dia memang SA la keluar kos...demand plak nak makan Whiskas dan ikan goreng aje..siapa2 yang ada haiwan peliharaan memang kena amik tau kebajikan haiwan tersebut
ReplyDeleteTakpe ... Asalkan kita jaga dengan baik. Rezeki tu
Deletebetul tu nak bela haiwan takpe aslkan jgn terbiar je
ReplyDeleteYa, betul tu.
Delete