Hari ni, aku tak ditugaskan ke PKD seperti biasa. Sebaliknya, aku diarahkan untuk bantu semasa mesyuarat bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD). Tugas aku nampak mudah saja — jaga slide presentation untuk mesyuarat.
Aku sampai awal pagi, dan sempat alas perut dengan beberapa ketul kuih dan segelas air putih yang disediakan pihak urus setia. Persediaan tetap kena teliti — kabel HDMI, laptop, pointer, fail sandaran — semua diperiksa satu per satu. Nampak remeh, tapi bila kau duduk depan pegawai-pegawai kanan IPD, kau tahu… salah tekan satu slide pun boleh buat seluruh dewan pandang kau serentak.
Sepanjang mesyuarat, aku duduk sebelah kanan layar. Bila Ketua Polis Daerah sebut “Slaid seterusnya”, tangan kena pantas, mata kena fokus. Slide bukan sekadar paparan — ia gambaran prestasi balai, statistik jenayah, isu semasa dan pencapaian bulanan. Silap susun pun boleh beri gambaran yang salah.
Dalam masa yang sama, aku juga curi-curi kutip ilmu. Dengar gaya pegawai-pegawai bentang laporan, cara mereka jawab soalan dan ulas isu-isu semasa. Walaupun tugasan aku senyap di balik layar, pengalaman dan pembelajaran semalam memang bernilai.
Di Sebalik Uniform
Orang selalu ingat polis cuma kejar penjenayah, buat sekatan jalan raya, atau menyiasat kes. Tapi hakikatnya, ada juga hari-hari di mana kami jadi sokongan kepada sistem — termasuk urus mesyuarat. Walaupun tak berpeluh kejar suspek, tanggungjawab tetap berat — sebab yang kau bantu tu adalah jantung pentadbiran pasukan.
Setiap peranan ada tempatnya. Dan semua tetap dilakukan dengan penuh amanah… dan uniform biru yang kami banggakan.
Sama dengan SA, tangan kena laju bila dalam meeting, samada menaip, menulis atau merakam..selalunya rakam guna recorder dari awal meeting..sampai habis..lepas tu kena buat minit mesyuarat berpandukan apa yang kita rakam dan catat...lebih kurang sama aje kan...
ReplyDeleteBetul tu, semua nak kena laju... Komputer hang sikit haaa siap..... Buat minit mesyuarat pulak tak boleh tak tulis langsung walaupun ada rekoder...datang soalan cepumas terus kaku.
Deletesemuanya dah elok berada di tempatnya...jadi, janganlah banding2 kan kerja...insya-Allah, kalau kita kerja dengan ikhlas, ada ganjarannya
ReplyDeleteIn shaa Allah, semoga kita kuat dalam mencari rezeki.
DeleteSelamat bertugas
ReplyDeleteTerima kasih...
DeleteSometimes kerja pejabat pun kena cuci toilet...Hakikat yang orang lain x nampak...
ReplyDeleteItu memang tak boleh di nafikan... Sebab kalau dah takde orang kita juga lah kena bantu.
DeleteMasing-masing ada peranannya. Saling melengkapi kata orang.
ReplyDeleteBetul tu, setuju
DeleteTang salah slide berpuluh mata tajam memandang memang seriau sepanjang hayat le gamaknya. Apa pun semuga di permudahkan urusan kerja
ReplyDeletebila tang salah slide tu, ramai-ramai pandang terus rasa macam semua benda buat tak jadi.
Deletekita tolong tengok je masa tuan asben camni dulu, maleh den. dia jaga rakyat, kita jaga dia. eheh! kena tak tu?
ReplyDeletehihihi...kena sangat tu, baru lah pelengkap ihihihi
DeleteMoga dipermudah urusan di tempat kerja.
ReplyDeleteaminnnn , terima kasih.
DeleteSatu hari nanti MT plak yang present depan pegawai lain.
ReplyDeleteIn Shaa Allah... Aminnnn semoga ada rezeki di suatu hari
Deletemasa mesyuarat saya sendiri yang gerakkan slide ...memang mencabar kerana banyak kerja dalam satu masa
ReplyDeletelagi-lagi kalau nak ada pembetulan semula ayat dalam slide hihihi....
DeleteAda yg bilang, tak ada pekerjaan yg sepele. Semua penting dan saling terkait. Sepi tas nampak mudah, tp kalo dikerjakan sembarangan, bisa fatal akibatnya ☺️. Jaga slide saat presentasi pun penting. Betul tuh bang, kalo sampai salah slide, padam muka π
ReplyDeletesemua memandang....buat kerja apa pun tak jadi.
Delete