Mari Klik

Thursday, May 8, 2025

"Takut Kena Samun, Rupanya Kes Kemalangan"

Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi.

Kami di Pusat Kawalan Daerah (PKD) menerima satu panggilan daripada seorang lelaki Melayu yang kedengaran agak cemas dan ragu-ragu.

"Tuan, saya tengah lalu satu selekoh tajam dekat kawasan kilang, nampak seorang lelaki Cina berdiri di tengah jalan. Macam nak tahan kenderaan. Tapi saya takut nak berhenti, risau kalau kena samun."

Pengadu terus memberikan lokasi, dan kami segera hubungi anggota balai berhampiran untuk gerakkan ke lokasi.


Tidak lama selepas itu, kami terima maklumat daripada anggota balai yang sampai ke tempat kejadian:

"Cik, menurut pengawal keselamatan kilang, lelaki tu sebenarnya baru terlibat dalam satu kemalangan motosikal berkuasa tinggi. Tapi dia dah dibawa ke hospital oleh orang awam yang lalu di kawasan tu tadi."

Tiada unsur jenayah. Mangsa hanya cedera dan memerlukan bantuan.
Yang tinggal hanya motosikalnya di tepi semak, berdekatan selekoh gelap tersebut.


Di Sebalik Uniform

Kisah mudah. Tapi beri kita banyak pengajaran.

  1. Jangan cepat menilai, terutama dalam situasi mencurigakan.
  2. Pengadu buat tindakan yang bijak – tak ambil risiko, terus maklumkan polis.
  3. Kami sebagai petugas PKD sentiasa anggap setiap panggilan itu penting – kerana dalam situasi kelam, satu tindakan cepat boleh selamatkan nyawa.

Seragam ini bukan hanya lambang kuasa. Ia lambang tanggungjawab – datang bila orang lain tak pasti harus buat apa.



16 comments:

  1. Takut juga jadi pengadu.. mana tau kalau sesuatu perkara tu jadi kes polis. Lepas tu pengadu kena soal siasat pula (banyak sangat ni tonton drama jenayah).

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, kebiasaan nya pegawai penyiasat akan soal pengadu jika ada menjadi saksi suatu kes.

      Delete
  2. Kalau ammi pun, diwaktu gelap gelita camtu takut juga nak berhenti. sekrang ni mcm2 MO org. Tapi mujur juga pengadu tu buat laporan at least ada yang pergi pantau dan selamatkan

    ReplyDelete
  3. jam 3 pagi, daku hanya terus berlalu pulang ke rumah tanpa menilai apa-apapun. kita penakut. hari terang pun kita nak lekas sampai rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seelok nya jika takut...teruskan perjalanan dan maklum pihak polis...mana tahu jika individu tersebut memerlukan bantuan.....risau juga kalau-kalau waktu malam dan pagi-pagi buta.

      Delete
  4. Sekarang nie, jadi takot kalau nak berhenti bila ada org memerlukan pertolongan, risau jadi terbalik pula situasinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kebanyakan begitu...orang akan ambil kesempatan bila kita nak membantu....kita pula jadi mangsa.....namun jika jadi macamtu...apa-apa hal hubungi pihak polis supaya ada pihak yang boleh membantu

      Delete
  5. kalau curiga elok call polis ja kan tanda prihatin n ambil tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kalau takut hubungi pihak polis sahaja.

      Delete
  6. Tindakan yg bijak oleh pengadu. Kalau PH pun tak berani nak berhenti. Sekarang payah nak beza betul² ditimpa kesusahan atau taktik org nak menyamun/buat jahat :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, jadi jika ada berlaku sebarang keraguan di tengah jalan terutama nya waktu malam....seeloknya hubungi saja pihak polis

      Delete
  7. Sudah benar langkah pengadu kan. Saya pun kalo ketemu seperti itu, malam hari pula pasti takut nak berhenti. Dengan banyak case samun skr ini. Memang better lapor langsung ke polisi biar dihandle lebih lanjut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan niat kita nak membantu je...tapi sebalik nya kita pula yang jadi mangsa oleh manusia yang suka-suka ambil kesempatan atas niat kebaikan kita

      Delete
  8. Siapa tak seram dan risau kalau berdepan situasi macam tu. 😱

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sebab dengan keadaan jalan yang gelap boleh mengundang macam macam hal. Kena sentiasa berjaga jaga.

      Delete

My Blog List